Anda di halaman 1dari 7

SJK(T) BANDAR SEGAMAT

Km8, Jalan Genuang, 85000, Segamat Johor

Kertas Kerja
KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL

2022
Tarikh :
Hari :
Tempat : SJKT Bandar Segamat

Unit Kokurikulum
SJK(T) Bandar Segamat
KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
ANTARA KELAB & PERSATUAN SEKOLAH

2022

Tajuk : Pertandingan Permainan Tradisional Antara Kelab & Persatuan

SJK (T) Bandar Segamat


Dikemukakan oleh : Kelab & Persatuan

1.0 PENGENALAN

Permainan tradisional adalah merupakan salah satu lambang kebudayaan bagi


sesebuah masyarakat. Ianya dimulakan dan diperkenalkan terlebih awal oleh
nenek moyang terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya
sehingga sekarang. Permainan Tradisional turut dikenali sebagai permainan rakyat.
Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi dimainkan sehingga kini.
Namun, terdapat juga permainan tradisional yang tidak dimainkan lagi dan hanya
diketahui oleh nenek moyang terdahulu. Antara permainan tradisional yang masih
lagi dimainkan sehingga sekarang adalah seperti gasing, congkak, ketingting, wau,
batu seremban, Sepak raga, dan lain-lain.

Permainan Tradisional ini adalah bertujuan untuk memberi pengalaman dan


pengenalan kepada murid-murid mengenai permainan tradisional yang menjadi
kebanggaan negara kita. Sekaligus, untuk mengangkat budaya permainan
tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

2.0 TUJUAN
Antara tujuan utama penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah seperti
yang berikut:

1.1 Menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan murid-


murid.
1.2 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid-murid dalam
menyelesaikan masalah.
1.3 Meningkatkan tahap disiplin murid-murid melalui penetapan peraturan
permainan.
1.4 Melahirkan individu yang sedia menghadapi cabaran

3.0 OBJKTIF
Antara objektif penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional adalah seperti
Yang berikut :

3.1 Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan murid-murid


di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat
3.2 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat
kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri
murid-murid.

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Nama Program : Pertandingan Permainan Tradisional Antara Kelab &


Persatuan
Tema Program : Permainan Tradisional, pemangkin warisan budaya
Penganjur : Kelab & Persatuan SJK(T) Bandar Segamat
Tarikh / Hari :
Masa : 8.00 am – 12.00pm
Tempat : Dewan Perumainar, SJK(T) Bandar Segamat
Penyertaan : Murid-murid tahun 4, 5, dan 6
5.0 SASARAN PESERTA

5.1 Murid Tahap Dua

6.0 JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


ANTARA KELAB & PERSATUAN

7.00 am – 7.30 am Ketibaan murid-murid dan Guru


7.30 am- 8.00 am Pendaftaran peserta
8.00 am- 9.00 am Perasmian Pembukaan Pertandingan Permainan
Tradisional Antara Kelab & Persatuan
Senaman pagi
Taklimat
9.00 am – 10.15 am Permainan Tradisional Sesi I
10.30 am – 11. 45 Permainan Tradisional Sesi II
am
11. 45 am – 12.15 Aktiviti Kemuncak
pm
12.15 pm – 12.45 pm Slot permainan Gasing
1.30 pm – 2.30 pm Majlis Penutupan
- Ketibaan murid-murid dan guru
- Nyanyian lagu Negaraku
- Ucapan pengerusi PertandinganPermainan
Tradisional
- Ucapan Perasmian Penutupan Pertandingan
Permainan Tradisional oleh Guru Besar
SJK(T) Bandar Segamat
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Bersurai
7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Penaung : Encik.Govinthan a/l Perumall

Penyelaras : Pn.Letchumi a/p Nadarajah

Pengerusi : Pn.Kasturi a/p Sanmugam

Naib pengerusi : Pn.Kavitha a/p Velmurugan

Bendahari : Pn.Nalamani Selvi a/p Subramaniam

Setiausaha : Pn.Baanurekha a/p Ravihchandran

Naib Setiausaha : Encik.Megalan a/l Krishnan

AHLI JAWATANKUASA KECIL


Pengerusi majlis : Encik.Rammudo a/l Sinnathamby

AJK Pendaftaran : Pn.Nalamani Selvi a/p Subramaniam

AJK Pendokumentasian : Pn.Baanurekha a/p Ravihchandran

AJK Buku Program : En.Megalan a/l Krishnan

AJK Protokol & Persediaan tempat : Encik.Saravanan a/l Subramaniam

Urusetia : Pn.Kasturi a/p Sanmugam

AJK Publisiti : Pn.Baanurekha a/p Ravihchandran

AJK Peralatan & Teknikal : En.Megalan a/l Krishnan


Pn.Nalamani Selvi a/p Subramaniam
AJK Cenderahati & Hadiah : Pn.Letchumi a/p Nadarajah
Pn.Baanurekha a/p Ravihchandran
AJK Kebersihan :Semua guru penasihat Kelab & Persatuan

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga

1 Johan = 13 × RM 2 = RM 26.00
Naib Johan = 13 × RM 2 = RM 26.00
RM 126.00
Ketiga = 13 × RM 2 = RM 26.00
Saguhati = 24 × RM 2 = RM 48.00
2 Pengurusan RM 24.00
Sijil = RM24.00
Jumlah RM 150.00

- Penyampaian hadiah akan dijalankan pada ...........................................


Sumber Kewangan :

HADIAH & PENGURUSAN : RM 150 - Dana sekolah

9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, Pertandingan Permainan Tradisional diantara kelab & persatuan
ini adalah sebahagian daripada perancangan tahunan kokurikulum. Pertandingan
Permainan Tradisional ini juga adalah bertujuan untuk memberi pengalaman dan
pengenalan kepada murid-murid mengenai permainan tradisional yang menjadi
kebanggaan negara kita. Diharapkan Komitmen dan kerjasama daripada semua
pihak murid terutamanya akan dapat merealisasikan objektif & matlamat
Pertandingan Permainan Tradisional Antara Kelab & Persatuan ini.

Disediakan, Disahkan oleh,


Pn.R.Baanurekha
Setiausaha
Pertandingan Permainan Tradisional
Antara Kelab & Persatuan Peringkat Sekolah

Anda mungkin juga menyukai