Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LADANG SUNGAI TINGGI


45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
YANG KE-95

DIKEMUKAKAN OLEH:

UNIT KOKURIKULUM,
SJKT LADANG SUNGAI TINGGI,
45600 BESTARI JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

1
KERTAS KERJA PROJEK
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN YANG KE- 95
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI TINGGI
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

1. TAJUK :

Kejohanan Sukan Tahunan yang ke-95, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


Ladang Sungai Tinggi, Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. DIKEMUKAKAN OLEH :

Unit Kokurikulum,
SJKT Ladang Sungai Tinggi,
Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan.

3. PENGENALAN :

Sukan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan individu.


Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai
kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), sukan dapat menggalakkan pertumbuhan murid-
murid yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Atas
kesedaran inilah, SJKT Ladang Sungai Tinggi akan mengadakan Sukan Tahunan
yang ke-94 menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui sukan
tahunan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid
SJKT Ladang Sungai Tinggi sekaligus mencapai ke arah matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

2
4. MATLAMAT :

Sukan Tahunan yang ke-95 ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid SJKT
Ladang Sungai Tinggi dengan acara-acara sukan serta memberikan pengalaman
yang berguna kepada mereka yang menyertainya. Selain itu, kejohanan ini juga
dapat mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan bagi mengetengahkan
mereka ke tahap yang lebih tinggi.

5. OBJEKTIF :

Selepas menjalankan Sukan Tahunan yang ke-95 ini, murid-murid dapat :


a) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan rakan.
b) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu
pasukan.
c) Mengembangkan bakat istimewa dalam bidang sukan untuk diserlahkan pada
peringkat yang lebih tinggi.

5. ASAS PERTIMBANGAN :
Kejohanan Sukan Tahunan ini bertujuan memenuhi kehendak perancangan
aktiviti tahunan Unit Kokurikulum Sekolah.

6. TARIKH : 10 Oktober 2018 (Rabu)

7. TEMPAT : Padang Sekolah,


SJKT Ladang Sungai Tinggi,
45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan.
8. KUMPULAN SASARAN : Murid-murid sekolah- Lampiran A

9. AKTIVITI : Jadual aktiviti projek – Lampiran B

10. AHLI JAWATANKUASA :

Penaung : Pn. Marpuaton binti Sastero

3
(PPD Kuala Selangor)
: En.T.Parameswaran
(Pengurus Ladang Sungai Tinggi)

Ex. offisio : En. Balasubramaniam


(Yang Dipertua PIBG)
Pengerusi : Pn.M. Tamilselvi
(Guru Besar)
Tim. Pengerusi : Pn.S. Geetha
(PK KoKurikulum)
Naib Pengerusi : En.M. Shanmugam
(PK HEM)
Setiausaha Kokurikulum : En. G. Sundaramoorthi

AJK Pelaksana
Penyelaras : Pn.S. Geetha
Setiausaha Sukan : En.S. Yogeswaran
Bendahari : Pn. N. Thiruselvi

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Rumah Biru : Cik K. Krishnavani (Ketua)
Pn. R. Sackthyamah
En. S. Yogeswaran
Rumah Kuning : Pn. S. Umah (Ketua)
En. G. Sundaramoorthi
Pn. N. Thiruselvi

Rumah Merah : En. S. Partiban (Ketua)


Pn. P. Preyma
Cik B. Punida
En. M. Shanmugam

Jemputan VIP : Pn. M. Tamilselvi


Pn. S. Geetha
En. M. Shanmugam
Sambutan : Cik. K.Krishnavani (rozet)
Pn. Mahanom (rozet)
Buku Program & : En. G. Sundaramoorthi

4
Kad Jemputan
Surat – menyurat : En. S. Yogeswaran
Khemah dan Padang : En. M. Shanmugam
En. S. Yogeswaran
En. Yacob bin Isnin
En. Hashim
Keceriaan Padang : Semua guru dan semua kakitangan sekolah
Ikrar Sukan : S. Neesshantan (murid)

Jamuan VIP : Pn. N. Thiruselvi


Pn. M. Thilagawathy (AJK PIBG)
Pn. Umamageswari (AJK PIBG)
Juru acara : Pn. P. Preyma
Fotografi : En. M. Shanmugam
Makanan minuman : Pn. Seeta (Pekerja Swasta)
peserta Pn. Punitha (Pekerja Swasta)
Persembahan murid : Cik B. Punida
Cik K. Krishnavani
PA Sistem : En. S.Partiban
Banner : En. M. Shanmugam
Dokumentasi : En. S. Yogeswaran
Hadiah / Cenderahati : Pn. S. Umah
Pn. Mahanom

Penghakiman : Pn. S. Geetha


En. M. Shanmugam
Keselamatan dan : Pn. R. Sackthyamah
Disiplin murid : Cik Janaki (Pengawal Sekolah)
Pn. Amutha (Pengawal Sekolah)
Peralatan Sukan : Pn. P. Preyma
En. S. Yogeswaran

Perbarisan : Semua ketua rumah sukan

11. SUMBER PENDAPATAN :


1. Bantuan Sukan Sekolah : RM 300.00
2. Sumbangan PIBG : RM 4000.00

5
12. ANGGARAN PERBELANJAAN :

HARGA
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
1 Cenderahati VIP 5 RM 20.00 RM 100.00

2 Trofi (Acara kumpulan) 63 RM 7.00 RM 441.00


Hanging Medal
3 36 RM 6.00 RM 216.00
(Acara Individu)
Trofi (Olahragawan &
4 2 RM 50.00 RM 100.00
Olahragawati)
5 Acara Ibubapa 6 RM 10.00 RM 60.00

6 Acara bekas murid 6 RM 10.00 RM 60.00

7 Acara guru 6 RM 10.00 RM 60.00

8 Acara Perbarisan 3 RM 50.00 RM 150.00

9 Kanopi 3 RM 100.00 RM 300.00

10 Baju ‘T’ Sukan - - RM 1020.00

11 Makanan murid 60 RM 3.00 RM 180.00

12 PA Sistem - - RM 250.00
Makanan VIP, Ibubapa &
13 - - RM 600.00
Guru
14 Lain – lain - - RM 500.00

JUMLAH RM 4037.00

12. PENUTUP :

Kejohanan Sukan Tahunan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada


semua murid SJKT Ladang Sungai Tinggi merasai sendiri pengalaman menyertai
sukan tahunan. Selain itu, kejohanan ini juga dapat meningkatkan semangat

6
persaingan sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk
mewakili sekolah dalam acara-acara sukan.

Disediakan oleh,

________________________
(EN. YOGESWARAN SREEDARAN)

Setiausaha Sukan

Disemak oleh,

_________________________
(PN. GEETHA SUPERMANI)
PK kokurikulum
SJKT Ladang Sungai Tinggi

Disahkan oleh,

_________________________
(PN. TAMILSELVI MANICKAM)
Guru BesarSJKT Ladang Sungai Tinggi

LAMPIRAN 1

PERANCANGAN AKTIVITI

7
TARIKH : 10 Oktober 2018 (Rabu)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH, SJK (T) LDG SG TINGGI
MASA : 02.00 – 05.00 Petang

MASA AKTIVITI

1.30 pm Ketibaan ibubapa dan VIP

2.00 pm Perbarisan rumah sukan

2.15 pm Nyanyian Lagu Negaraku dan negeri Selangor

2.20 pm Bacaan doa

2.30 pm Ikrar sukan

2.40 pm Ucapan aluan (Guru Besar)

2.50 pm Ucapan perasmian

3.00 pm Persembahan murid

3.15 pm Acara sukan bermula

5.00 pm Penyampaian hadiah

5.30 pm Ucapan terima kasih

5.40 pm Bersurai

LAMPIRAN 2

SENARAI ACARA SUKAN TAHUNAN 2018

8
1. Meggelongsor bola dengan gelung (Tahap 1)
2. Mengisi air dalam botol (Tahap 1)
3. Bola kangroo (Tahap 1)
4. Berlari sambil mengutip bola (Tahap 1)
5. Membuang pundi kacang ke dalam gelung (Tahap 1)
6. Membawa bola pingpong dengan sudu (Tahap 1)
7. Menyusun tin (Tahap 2)
8. Mengelecek bola hoki (Tahap 2)
9. Lari dalam guni dan Skiping (Tahap 2)
10.Berlari dengan kasut getah dan membonceng bola (Tahap 2)
11.Larian baton (Tahap 2)
12.Menggelongsor rim motor (Tahap 2)
13.Tarikh tali (Pusingan Akhir) (Tahap 2)
14.Lontar peluru (Tahap 2)
15.Acara Bekas murid (Lari dalam guni)
16.Acara Ibubapa (Bowling kelapa)

Anda mungkin juga menyukai