Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

6HB MEI 2023 - 7HB MEI 2023


(SABTU DAN AHAD)

DEWAN SERBAGUNA PUCHONG INDAH


PADANG AWAM MBSJ PUCHONG INDAH

PERSATUAN EKONOMI USAHAWAN BUMIPUTERA


NEGERI SELANGOR (PeKUSEL)
MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) ZON 13
PENDAHULUAN

Tujuan cadangan kertas kerja ini adalah bagi penganjuran Karnival Belia MADANI Puchong
2023 yang buat julung kalinya diadakan ini bagi mendapatkan pertimbangan Urusetia Geran
Komuniti MBSJ dalam permohonan geran komuniti MBSJ dan meluluskan permohonan
geran/dana berjumlah RM10,000.00.00 pada 6hb Mei- 7hb Mei 2023.

TUJUAN

Program ini dicadangkan bagi meneruskan usaha membangun dan memperkasa generasi
muda Negeri Selangor dengan program dan aktiviti yang dianjurkan serta memastikan para
belia membuat persiapan lengkap bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang akan
ditempuh dengan lebih hebat dan canggih dengan pengetahuan serta kemahiran asas yang
kukuh dan lengkap. Antara pengisian utama Karnival Belia Bersama Komuniti Puchong
Indah 2023 adalah Festival Permotoran Belia Selangor, Pertandingan Aerodance Belia
Madani, Pertandingan Sepak Penalti, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan program
Arts and Green Culture.untuk semua kategori umur seperti Pertukangan Kayu, Bengkel
Kokedama dan Miniature Garden, Kelas Seni Gubahan Kreatif, dan Kelas Masakan Western
dan Tradisional. Karnival ini juga dimeriahkan dengan Demo Pertunjukan Seni
Mempertahankan Diri dari tiga kaum utama di Malaysia. Selain itu, program ini akan
dimeriahkan dengan gerai jualan seperti produk kraftangan, produk usahawan tempatan,
gerai makanan dan minuman, gerai pameran dan juga Foodtruck. Penganjuran Program ini
menepati empat (4) dari sepuluh (10) Domain Utama Dasar Belia Selangor iaitu Pekerjaan
dan Pembangunan Kemahiran, Keseimbangan alam sekitar, kebudayaan, kreativiti dan
sukan serta keusahawanan dan ekonomi digital
OBJEKTIF

 Program ini adalah untuk memperkasakan belia setempat dengan NGO tempatan,
pemimpin tempatan dan juga komuniti setempat.
 Memberi ruang dan peluang kepada belia setempat dengan program dan aktiviti
berdasarkan minat dan kemahiran mereka.
 Mewujudkan komuniti belia dan penduduk yang mendukung konsep perpaduan dan
Malaysia Madani agar menuju ke arah Malaysia Maju pada tahun 2030

KONSEP PROGRAM

 Program ini adalah anjuran dari pertubuhan bukan kerajaan NGO dan Majlis
Perwakilan Penduduk (MPP), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan
kerjasama ADUN dan Ahli Parlimen.Karnival Belia MADANI Puchong 2023 ini
mempunyai program/aktiviti yang amat menarik yang pasti menggamit ramai
pengunjung yang hadir

 Festival Belia Permotoran antara program yang menjadi permintaan belia di


Puchong/Subang dan seluruh Negeri Selangor. Pelbagai aktiviti telah disediakan
yang bertujuan untuk memeriahkan lagi acara ini. Antara yang mendapat perhatian
sepanjang acara ini berlangsung ialah Drag Racing, Autoshow Motosikal, gerai-
gerai jualan, pameran, cabutan bertuah serta 50 Hadiah Misteri.

 Manakala “Kursus DIY Pertukangan Kayu Palet” memberikan peluang kepada 5


orang belia meningkatkan kemahiran pertukangan dan meningkatkan minat belia
dalam kerjaya dalam bidang pertukangan dan pembuatan perabot kayu. Pencarian
peserta adalah melalui ebanner dan peserta yang berminat perlulah mendaftar
melalui google form.

 Kelas Asas Batik Masde Batik House pula akan dimulakan dengan penerangan
secara asas mengenai seni batik dari sudut sejarah dan jenis-jenisnya. Setiap
peserta juga dibekalkan dengan nota yang telah disediakan oleh penganjur.
Kemudian, kelas praktikal bermula dengan latihan penghasilan t-shirt batik tie-dye
atau batik ikat.

 Peserta diberikan sehelai t-shirt mengikut saiz yang diingini untuk diwarnakan
dengan teknik batik ikat.Kursus ini adalah percuma dan aktiviti ini akan bermula
dari jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari dan t-shirt yang siap diwarnakan dicuci dan
dijemur di sekitar perkarangan dewan serbaguna.
 Bagi praktikal penghasilan batik canting. Sebelum diajar teknik mencanting, peserta
diberikan satu set batik Do-It-Yourself (DIY) yang telah siap dicanting untuk
diwarnakan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan peserta mahir dengan kaedah
mencampur dan mengolah warna sebelum mula mencanting.
 Selain itu bengkel komuniti wanita dianjurkan antara Workshop Kokedama dan
miniature Garden serta Bengkel Gubahan Kreatif
ATURCARA PROGRAM

HARI PERTAMA : SABTU


Masa Perkara
8.00 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi Senamrobik Zumba
9.15 pagi Perasmian Pembukaan oleh YB Ahli Parlimen Subang
9.30 pagi Permulaan Program/Aktiviti

 Festival Belia Yamaha Y15/16ZR


 DIY Pertukangan Kayu Belia
 Kelas Membuat Tie Dye T-shirt
 Kelas Mencanting Batik
 Bengkel Gubahan Seni Kreatif (Bouquet Surprise
Bunga, Wang Kertas dan Chocolate
 Kokedama dan Miniature Garden Workshop

1.00 petang Makan tengahari/Solat Zuhur/Rehat


2.00 petang Aktiviti/program diteruskan
2.30 petang Kunjungan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya
Persembahan Seni Mempertahankan Diri Komuniti
Perpaduan
3.00 petang Pertandingan Sepak Penalti Hari Pertama
6.00 petang Aktiviti/program ditangguhkan utk Solat Maghrib/Solat
Isyak
9.00 malam Persembahan Dikir Barat
11.30 malam Karnival Hari Pertama Tamat
HARI KEDUA: AHAD

Masa Perkara
9.00 pagi Karnival Hari Kedua Bermula

9.30 pagi Senaman Kesihatan Meditasi Kaum Perpaduan


Yoga dan Taici

10.30 pagi Mini Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ahli Majlis
Zon 13

11.00 pagi Bengkel dan Demo Masakan dari Chef Datuk Fazley
Yaakob
Recycled Gasing Making Workshop
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

2.00 petang Pertandingan Sepak Penalti Hari ke 2

4.00 petang Upacara Perasmian penutup bermula

4.15 petang Cabutan Bertuah kepada 50 orang pengunjung bertuah

Cabutan Bertuah khas kepada Belia Y15/Y16Z

5.00 petang Perasmian Penutup oleh YB Ng Sze Han, ADUN N30


Kinrara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan
Pembangunan Kampung Baru
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Bil Aktiviti Jumlah


1 Festival Permotoran Belia RM3000.00
Tshirt Percuma kepada 100 orang belia
2 Hadiah Pemenang Pertandingan Aerodance RM1000.00
3 Hadiah Pemenang Sepak Penalti RM1000.00
4 Program Green Art Culture RM3000.00
5 Design 6 poster/Backdrop Perasmian Penutup /Kad RM300.00
Jemputan Digital VIP/Socal Media Ads
6 Makanan RM700.00
7 Lain-lain RM1000.00
8 Sewa Dewan/Kanopi/Meja/Kerusi/Booth Tajaan AM13
9 Sewaan PA System/Combo MBSJ JPM, MBSJ
Jumlah RM10,000.00
PERTANDINGAN AERODANCE ALL TOGETHER NOW
Syarat-syarat Pertandingan:
1. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 5 – 7 orang sahaja.
2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur.
3. Tempoh persembahan untuk satu kumpulan adalah selama 10 minit sahaja.
4. Setiap kumpulan perlu melengkapkan persembahan dengan sekurang-kurangnya
empat(4) buah lagu yang telah dipilih sendiri.
5. Lagu dan pergerakan yang dipilih mestilah bersesuaian dan rentak dan tema
pertandingan.
6. Lagu-lagu yang dipilih boleh dicampurkan atau digabungkan dalam tempoh masa
selama 10 minit sahaja.
7. Tema pakaian adalah pilihan kumpulan sendiri dan bersesuaian dengan tema program.
8. Pergerakan asas senamrobik wajib ada dalam rutin persembahan untuk semua lagu.
9. Kreativiti dan koreografi yang menarik dalam persembahan adalah perkara penting
yang akan dinilai oleh juri.
10. Setiap kumpulan perlu berada 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula untuk
pendaftaran.
11. Ketua kumpulan perlu memastikan ahli kumpulan berada dalam keadaan baik sebelum
membuat persembahan dan sebarang kecederaan adalah tanggungjawab peserta
sendiri.
12. Keputusan juri adalah muktamad.

Hadiah
Tempat Pertama : Wang Tunai RM500, Plaque & E-cert
Tempat Kedua : Wang Tunai RM300, Plaque & E-cert
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM200, Plaque & E-cert
Tempat Keempat & Kelima : Wang Tunai RM100 & E-cert
PERTANDINGAN LIGA SEPAK PENALTI KARNIVAL BELIA MADANI 2023

Tempat : Padang Awam MBSJ Puchong Indah

PERATURAN AM
 Format perlawanan adalah mengikut undang - undang fam dan undang - undang
penganjur.
 Format pertandingan adalah secara perlawanan liga pada pusingan awal dan 2 (dua)
pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.
 Semua perlawanan akan dijalankan di padang bola sepak

SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua
2. Setiap pasukan perlu mendaftar minimum 5 pemain, maksimun 6 pemain dan 1 orang
pengurus
3. Seorang pemain tidak dibenarkan mewakili lebih dari 1 pasukan.
4. Setiap pemain hanya boleh mengambil sekali tendangan bagi setiap perlawanan,
melainkan jika ada keputusan seri.
5. Pada setiap perlawanan, jika keputusan seri, lentingan syiling akan di lakukan oleh
pengawai perlawanan, Pemenang lentingan syiling boleh memilih untuk menendang
atau bertahan. Jika jaringan dapat dilakukan, pasukan tersebut akan dikira sebagai
pemenang,namun jika jaringan tidak dapat dilakukan pihak lawan akan dikira sebagai
pemenang.
6. Jika keputusan seri semasa peringkat kumpulan, jaringan gol dan bolos akan diambil
kira sebagai penentu pasukan yang akan mara ke pusingan kalah mati.
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

Tempat : Pentas, Dewan Serbaguna Puchong Indah


Masa : 11.00 pagi hingga selesai (mengikut kategori)
Tempoh : 60 minit setiap kategori

KATEGORI PERTANDINGAN

Kategori A – 4 hingga 6 tahun

Kategori B – 7 hingga 9 tahun

Kategori C – 10 hingga 12 tahun

SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun mengikut


kategori yang telah ditetapkan.

1. Kertas mewarna akan disediakan oleh pihak penganjur

2. Peserta diminta membawa sendiri peralatan mewarna. (Pensel Warna/ Krayon/ Water
Color/ Magic Color) adalah dibenarkan.

3. Peserta diminta menulis nama penuh dan umur di belakang kertas mewarna.

4. Pengadil akan membunyikan loceng untuk memulakan acara.

5. Loceng amaran pertama akan dibunyikan 20 minit sebelum tamat tempoh mewarna.
Loceng amaran kedua akan dibunyikan 5 minit sebelum tamat tempoh mewarna.

6. Loceng tamat tempoh mewarna akan dibunyikan sebanyak 3 kali.

7. Pihak penganjur akan mengutip kertas mewarna untuk diadili.

8. Semua penyertaan akan menjadi hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak
untuk menggunakan lukisan tersebut tanpa sebarang persetujuan.

9. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hadiah tidak boleh ditebus dengan wang ringgit.

HADIAH PERTANDINGAN

Kategori A hingga Kategori C

 Tempat Pertama

 Tempat Kedua

 Tempat Ketiga

 Tempat Keempat

 Tempat Kelima
LAMPIRAN TEMPAT PENGANJURAN KARNIVAL

CADANGAN TEMPAT PENGANJURAN


GERAI JUALAN /BOOTH PAMERAN DAN FESTIVAL
LAMPIRAN: GAMBARAN PENGANJURAN FESTIVAL BELIA Y15/716Z
Rujukan Penganjuran Program

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0dD6y4G41Si4essF8zYGjZEpeEH
TjJc1V21tZHRFbDU4te93n7nwdaHwSrskC9SrUl&id=100081491054444&mibextid=N
if5oz

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid023Tqcxpnymf5cgjx4xKWekowre
m6ksDC9BcrzVKhUvBdLaqtqSZuNha35cUdibF89l&id=100081491054444&mibextid=
Nif5oz

Laman Website Rasmi Penganjur Program


www.pekusel.org.my

Sosial Media Rasmi


https://www.facebook.com/UsahawanBumiputeraSelangor/
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

YB TUAN NG SZE HAN

ADUN N30 KINRARA

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan


Pembangunan Kampung Baru

YB TUAN WONG CHENG


AHLI PARLIMEN SUBANG JAYA

Anda mungkin juga menyukai