Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3 – PEMBENTANGAN INDIVIDU

TAJUK: TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Jika ingin mendulang cadas,

Jangan lupa palu baja.

Jika murid tumbuh cerdas,

Guru pun bahagia.

Selamat sejahtera dan selamat pagi saya ucapakn kepada Encik Mohd Asri bin Abdul
Razak, dan rakan-rakan unit Bahasa Melayu (SJKC). Hari ini saya akan menyampaikan
sebuah ucapan bertemakan pendidikan yang bertajuk teknologi dalam pendidikan.

Pertama sekali, pendidikan yang berkesan membawa perkembangan menyeluruh


bagi potensi seseorang individu. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui
pendidikan boleh diaplikasikan oleh individu dalam kehidupan seharian mereka. Dalam abad
ke-21 ini, peranan teknologi dalam pendidikan adalah sangat penting disebabkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang luas dalam masyarakat.
Dengan bantuan pelbagai aplikasi untuk pendidikan dalam internet, guru dan murid sendiri
melihat kelebihan teknologi pendidikan. Sebagai seorang bakal guru sekolah rendah, saya
percaya bahawa mengintegrasikan teknologi ke dalam sistem pendidikan negara kita adalah
penting untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman pengajaran kita, untuk
meningkatkan dan memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran, dan
mengembangkan kecekapan guru dengan alat teknologi.

Saudara dan saudari sekalian,

Dengan mengintegrasikan teknologi ke dalam pendidikan, guru dapat meningkatkan


dan mengasah kemahiran mengajar mereka dan memperoleh lebih banyak pengalaman
untuk menjadi pendidik yang profesional. Sebagai contoh, guru-guru dibekalkan dengan
pelbagai aplikasi dan alat TMK sebagai alat bantu mengajar untuk membantu mereka dalam
proses pengajaran mereka. Aplikasi kuiz atas talian seperti Kahoot!, Quizizz, Socrative,
Edpuzzle, FrogPlay dan aplikasi lain yang berkaitan sangat membantu dalam menyediakan
tapak untuk guru menguji pemahaman para murid mengenai pelajaran yang diajar. Aplikasi
ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menguji pemahaman mereka tentang
pelajaran dengan cara yang lebih kompetitif dan menarik yang dapat merangsang keinginan
mereka untuk memahami dan mengetahui lebih banyak tentang pelajaran dengan cara yang
lebih sihat. Justeru itu, penggunaan papan hitam boleh digantikan dengan kaedah yang
lebih maju, iaitu unjuran projektor (LCD) yang mesra alam dan menjimatan kos dalam
jangka panjang. Dengan cara ini, guru boleh menjimatkan kos bahan cetakan dan latihan
dan pada masa yang sama, menarik perhatian pelajar sepenuhnya semasa pelajaran

Di samping itu, teknologi yang membentuk amalan pendidikan dapat meningkatkan


dan memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran sesuatu subjek. Teknologi
digunakan untuk menggabungkan pembelajaran dalam kelas dan di luar kelas yang
membentuk satu trend baru yang dipanggil pembelajaran bercampur, yang
memaksimumkan impak pendidikan untuk murid sebagai hasilnya. Pembelajaran bercampur
ini mengekalkan format tradisional hubungan guru dan murid semasa mengambil pelajaran
di luar bilik darjah dan membolehkan murid-murid belajar bila-bila masa serta di mana
sahaja. Bagi seorang guru, pembelajaran bercampur memaparkan semula peranan kita
sebagai pendidik, dan menawarkan kita cara penyampaian yang lebih fleksibel, bergantung
pada kandungan, subjek dan keupayaan murid. Dengan berbuat demikian, guru dapat
memenuhi gaya belajar setiap murid. Sebagai contoh, guru Sains boleh menunjukkan video
pendek tentang bagaimana jantung berfungsi sebelum memasuki topik sistem peredaran
darah dalam jantung. Oleh itu, penggabungan teknologi dan pendidikan adalah kaedah yang
baharu yang diutamakan dalam pedagogi pendidikan. Hal ini kerana dapat membantu guru
mengajar dengan lebih berkesan dan dapat memaksimumkan keupayaan murid untuk
menyerap ilmu pengetahuan yang diberi.

Selain itu, teknologi adalah penting untuk membangunkan kemahiran guru dalam
penggunaan alat teknologi, sama ada alat perkakasan seperti projektor komputer dan LCD
atau alat perisian seperti Microsoft Office, Aplikasi Desktop Creative Cloud Adobe dan
aplikasi kuiz atas talian. Alat-alat ini adalah penting kerana dapat membantu menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang mudah difahami secara mendalam dan
profesional. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknologi Mara, Encik Kamaruzaman Jaffar
berkata, "Guru perlu selesa dan yakin dengan penggunaan teknologi - itulah sebabnya kita
menggalakkan para pendidik untuk tidak hanya menyesuaikan diri, tetapi mengamalkan
teknologi abad ke-21." Untuk memaksimumkan potensi daripada generasi Z yang
menggunakan peralatan teknikal dan alat moden sejak kecil lagi, kita sebagai guru tidak
boleh memaksa kaedah kita sendiri pada murid, sebaliknya kita harus menyesuaikan diri
dengan bagaimana mereka ingin belajar dan mengajar mereka dengan cara yang mereka
suka dan sesuai dengan tahap pembelajaran murid, seperti yang dikatakan oleh Charles
Kuralt, "Guru yang baik tahu bagaimana untuk memimpin murid menjadi yang terbaik." Oleh
itu, dengan minat dan keperibadian kita sebagai guru, saya percaya kita akan melakukan
yang terbaik dalam menyesuaikan diri dengan menguasai dan mengadaptasi alat teknologi.
Sebagai kesimpulan, teknologi berfungsi dengan baik apabila ia menyokong intipati
sebenar pendidikan dan membantu guru dalam mengasah kemahiran serta pontensi
tersembunyi murid. Teknologi dalam pendidikan adalah pergerakan baru yang tidak dapat
dihentikan dari abad ini dan seterusnya, dan saya percaya semua pihak dapat mendapat
manfaat daripadanya, terutamanya guru dan muridnya. George Couros, penulis buku The
Innovator's Mindset, mengatakan bahawa teknologi tidak akan menggantikan guru yang
hebat tetapi teknologi di tangan guru adalah transformasi.

Izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Pohon jati kuat kayunya,

Pohon nyiur tinggi batangnya.

Murid sejati banyak ilmunya,

Bekal mengabdi nusa bangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai