Anda di halaman 1dari 2

7.0 Refleksi Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya ,dapat jua saya menyiapkan tugasan ini.

Pada semester ini, tugasan bagi Pendidikan Jasmani (PJM 3101) ialah membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bagi subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani . Sememangnya kesulitan dan masalah itu seringkali ada dan wujud dalam melaksanankan sesuatu tugasan. Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah menghadapi masalah mencari format penulisan RPH KSSR yang betul beserta contohnya sekali.Hal ini memandangkan Kurikulum ini baru sahaja dilancarkan serta digunapkai oleh sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bermula tahun 2011.Saya faham bahawa kurikulum ini didakwa oleh setengah pihak bahawa ringkas dan mudah untuk disediakan.Namun begitu bagi seorang guru pelatih yang masih menuntut di IPG ini merasakan agak terkial-kial dalam melakukannya.Namun ia bukanlah suatu penghalang.Saya telah berjaya menanganinya dengan merujuk dan

meminta bantuan pensyarah subjek ini iaitu Tn Syed Muhd Kamal B. S.A Bakar, serta rakan sekelas yang lain.Oleh yang demikian,terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membantu. Dalam pada itu,melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan peranan dan tanggungjawab atau juga situasi sebenar seorang guru kelak di mana Rancangan Pengajaran Harian sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi dalam kehidupan seorang guru. Ia menjadi satu panduan dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) agar menjadi lebih bermakna dan menarik serta juga mencapai standard dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.Sebagai bakal guru yang bakal ditempatkan di sekolah kelak,guru perlu menentukan objektif P&P dengan jelas dan mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar dan menarik. Guru turut perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada muridmuridnya semasa P&P dijalankan supaya murid dapat menerapkan nilai tersebut dalam kehidupan mereka. Selepas pengajaran, guru juga perlu membuat penilaian agar dapat menentukan sama ada tindakan susulan perlu dijalankan ataupun tidak.

Walau bagaimanapun,menariknya dalam penghasilan tugasan subjek ini, saya menyedari bahawa RPH pendidikan Jasmani terdapat kelainan atau perbezaan berbanding RPH subjek yang lain.Hal ini kerana,pentaksirannya yang agak kompleks iaitu merangkumi pentaksiran bagi domain kognitif,domain psikomotor serta domain afektif.Domain- domain tersebut secara tidak langsung telah mencabar para guru untuk menjana idea yang lebih

kritis dan kreatif dalam bagaimana untuk memastikan PdP mereka berjaya ataupun gagal pada hari itu.Sebagai contoh,menjadi lumrah kehidupan bahawa kanak-kanak memang

suka bermain.Akan tetapi,adakah kita sebagai guru yang akan mengajar Pendidikan Jasmani kelak di sekolah akan hanya menjadi seorang cikgu main iaitu dengan memberi sebiji bola sepak kepada murid-murid dan membiarkan mereka menjalani mata pelajaran ini tanpa manfaat apa pun? Saya merasakan ianya sebagai suatu kegagalan yang besar bagi sesi PdP yang telah sesorang guru itu rancang.Sebaliknya ,kita seharusnya memikirkan elemen apa yang boleh digabungjalinkan dalam RPH Pendidikan Jasmani kita,sebagai contoh elemen muzik,sains dan sebagainya agar sesi PdP pada hari itu berjalan dengan lancar dan seterusnya berjaya menarik minat murid daripada awal hinggalah ke akhir pengajaran.Maka bertitik tolak daripada itu juga kita akan dapat mencipta mahupun

menjana perintis kepada ahli sukan yang terkemuka seperti mana negara kita pernah miliki suatu masa dahulu .Contohnya Allahyarham Mohktar Dahari ,jaguh bola sepak lagenda kita. Tuntasnya,tugasan ini mendedahkan kepada saya akan kefahaman dalam bagaimana untuk mengajar dengan betul di sekolah kelak dengan merujuk RPH yang telah disediakan.Hal ini kerana,tanpa penyediaan RPH yang sesuai,mana mungkin kita dapat mengajak minat pelajar dalam proses PdP kelak.Walaubagaimanapun,murid juga harus memainkan peranan bagi mewujudkan pembelajaran dua hala antara guru dan murid walaupun pelajar itu sendiri mempunyai tahap kecerdasan dan kecergasan yang

berbeza,adalah menjadi tanggungjawab guru dalam mencungkil bakat serta kemahiran pelajar tersebut. Akhir kalam,sebagai guru muda yang masih lagi banyak untuk di pelajari dalam bidang pendidikan ini , sebenarnya telah bersedia dalam apa jua perubahan dasar yang bakal dijalankan seperti Transformasi pendidikan yang telah pun dilalui . Sememangnya untuk mencapai sebuah negara bangsa yang maju bukanlah mudah,ia amat berkait rapat dengan sistem pendidikan yang baik dan cemerlang.Oleh yang demikian,untuk mencapai tahap yang diimpikan itu ,sokongan yang padu seharusnya diberikan kepada pemimpin negara kita dalam merencana hala tuju negara kita pada masa yang akan datang . Yang benar, ________________________ (Muhammad Imran b Ibrahim)

Anda mungkin juga menyukai