Anda di halaman 1dari 2

CONTOH REFLEKSI AKTIVITI SUKAN TAHUNAN GERKO

RELEKSI

.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea yang
diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid
semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan yang tidak diingini.
Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang
dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak
membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru
berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran
sekolah dan pihak PULAPOL mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan
dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu
bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila
pihak sekolah memohon bantuan untuk menggunakan tenaga pengadil PULAPOL dan
bantuan kecemasan dari Pusat Kesihatan PULAPOL untuk temasya ini,
memandangkan kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia
mendatangkan beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan
silaturahim antara warga S.K.PULAPAH dan warga PULAPOL di samping mengeratkan
hubungan antara ibu bapa dan guru-guru.
Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan.
Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia
pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-
murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid
yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah
keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau
antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah
antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan
kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu
aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak PULAPOL.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-
alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk
acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian
semula dengan alatan yang baru.
Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah
apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa meminjam
daripada Pusat Latihan Polis Air Hitam (PU:LAPOL).
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama memandang
serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Dari segi
kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa orang guru terutamanya
bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan penambahan ini bukan sahaja
masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh
digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu
memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu
aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari
berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah,
namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu
diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila
sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan
kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan
mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini
cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai