Anda di halaman 1dari 5

Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Ibu Bapa

i)

Tiada Pendedahan
Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai

sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong


pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Konsep 1M1S inilah yang tidak difahami oleh ibu bapa atau penjaga
berikutan tiada pendedahan tentang perkara tersebut kepada mereka.
Oleh itu, ibu bapa tidak faham tentang objektif sebenar program tersebut.
Apabila tidak faham, mereka membuat andaian sendiri dan menganggap
sukan tidak penting dalam proses pembelajaran anak mereka.

ii)

Galakan dan Sokongan


Aktiviti sukan merupakan satu aktiviti yang wajib di sekolah dan

telah ditetapkan lebih awal lagi melalui Surat Pekeliling Bil.1/1989


bertajuk Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di Sekolah bertarikh 3
Januari 1989. Namun demikian, aktiviti sukan tidak dilaksanakan dengan
sepatutnya dan lama kelamaan dipinggirkan sebagai aktiviti yang tidak
penting kerana pencapaian akademik lebih diutamakan. Menurut Mustafa
Kamal (2000), dalam kajiannya Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan
Pelajar Melayu Tingkatan Empat dalam Aktiviti Kokurikulum di Rancangan
Felda Daerah Segamat Selatan mendapati ibu bapa kurang mendorong
penglibatan anak-anak untuk bergiat dalam aktiviti kokurikulum. Ibu bapa
menganggap sukan hanya

untuk

Sehubungan itu, mereka tidak

memenuhi masa

lapang sahaja.

menggalakkan anak mereka

untuk

menyertai aktiviti sukan di sekolah pada waktu petang dan lebih


cenderung untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan atau kelas
kemahiran yang lain. Ramai ibu bapa yang tidak memberi sokongan
kepada anak mereka untuk menyertai sukan kerana mereka lebih

mementingkan bidang akademik daripada sukan untuk menjamin masa


depan yang cemerlang. Keadaan ini berlaku apabila sistem pendidikan
kita

berorientasikan

peperiksaan

bukannya

berorientasikan

ilmu.

Peperiksaan dilihat sebagai satu petunjuk kejayaan atau kegagalan hidup


seorang pelajar.

iii)

Tahap Ekonomi Keluarga


Selain itu, tahap ekonomi keluarga yang rendah juga merupakan

faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan. Kajian


Permasalahan Aktiviti Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Agama
Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas oleh Mohd Suzli (1997)
menyatakan bahawa pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan
kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Terdapat
sesetengah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah terpaksa
menolong ibu bapa mereka mencari nafkah seperti berniaga kecil-kecilan
pada waktu petang. Ada juga pelajar yang tidak dapat hadir ke aktiviti
sukan kerana mereka perlu menjaga adik-adik di rumah sementara ibu
bapa

mereka

keluar

bekerja.

Golongan

seperti

ini

terpaksa

mengutamakan keadaan keluarga mereka daripada terlibat dengan


kegiatan kokurikulum di sekolah.

Isu dan Cabaran Dasar 1 Murid 1 Sukan dari Aspek Pentadbir


i)

Peralatan
Kebanyakan pelajar tidak minat untuk melibatkan diri dalam

kegiatan kokurikulum terutamanya sukan kerana kekurangan peralatan


sukan di sekolah. Jika ada sekalipun, kemungkinan peralatan yang ada itu
terhad dan hampir tidak dapat digunakan lagi. Peralatan sukan ini dapat
disamakan dengan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Bahan bantu
berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran.
Oleh sebab itu, guru-guru digalakkan untuk menyediakan pelbagai bahan

bantu mengajar bagi melicinkan proses pengajaran. Hal ini sama juga
dengan keperluan peralatan sukan yang mencukupi bagi menjalankan
aktiviti

sukan

menyebabkan
mengakibatkan

di

padang.

pelajar

Kekurangan

peralatan

tidak

untuk

berasa

mereka

tidak

puas

mempunyai

sukan

bersukan.

semangat

dapat
Hal

ini

kesukanan

seterusnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

ii)

Prasarana
Selain peralatan, kemudahan atau prasarana sukan juga antara

halangan yang dihadapi bagi menjayakan program 1M1S di sekolah.


Menurut

Mohd

Jaflus

Bahari

dalam

kajiannya

Faktor-Faktor

yang

Menghalang Penglibatan Pelajar dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan di


Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban
mendapati faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum ialah faktor struktur iaitu kemudahan. Tidak semua sekolah
mempunyai kemudahan sukan yang lengkap seperti padang, gelanggang
dan track. Keadaan ini menyukarkan pihak guru untuk melaksanakan
aktiviti sukan di sekolah. Ketiadaan atau kekurangan kemudahan tempat
latihan di sekolah juga menyebabkan peralatan-peralatan yang disediakan
tidak dapat digunakan. Di samping itu, peralatan sukan yang dibekalkan
oleh Bahagian Sukan juga tidak disimpan di tempat yang bersesuaian dan
secara teratur dan tanpa kawalan yang sewajarnya.

iii)

Kewangan
Mohd Suzli Abdullah (1997) dalam kajiannya tentang Permasalahan

Aktiviti Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam


Kelantan Daerah Pasir Mas mendapati sekolah-sekolah yang dikaji
menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak
mencukupi, di samping penjadualan yang tidak bersistem. Masalah
kewangan sekolah juga menjadi salah satu faktor dalam isu program

1M1S ini. Sesetengah sekolah kadangkala tidak mempunyai sumber


kewangan yang mencukupi terutama sekolah-sekolah gred B atau
Sekolah Kurang Murid (SKM). Keadaan ini akan menimbulkan masalah jika
sekolah ingin mengadakan aktiviti sukan yang menelan belanja yang agak
banyak.

Keadaan ini selalunya berlaku bagi sekolah-sekolah yang

terdapat di luar bandar. Sebarang kutipan daripada murid tentunya akan


membebankan ibu bapa. Selain itu, sumber kewangan sekolah itu juga
lebih banyak dibelanjakan untuk tujuan kurikulum dan kurang diberi
perhatian terhadap bidang kokurikulum. Dalam satu kajian yang dibuat
oleh Siti Hajar Ismail (2000) mengenai Hubungan Pengurusan dengan
Pencapaian dalam Bidang Kokurikulum menyatakan bahawa amalan
pengurusan kokurikulum yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun,
memimpin dan mengawal berada di tahap sederhana.

Kesimpulan
Kegiatan sukan melalui dasar 1M1S yang dijalankan di sekolahsekolah amat penting dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang
seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Aktiviti sukan dan permainan merupakan lanjutan daripada mata
pelajaran

Pendidikan

Jasmani

yang

diajar

di

dalam

bilik

darjah.

Penglibatan pelajar secara menyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan


membolehkan para pelajar menghayati falsafah sebenar kokurikulum
tersebut

seterusnya

dapat

membantu

mereka

untuk

bergaul

dan

berhadapan dengan masyarakat pada masa hadapan.


Pengelolaan aktiviti kokurikulum terutamanya bidang sukan yang
teratur dan sistematik akan memberi keberkesanan dalam mencapai
hasrat FPK. Aktiviti yang teratur dan menarik akan menyebabkan para
pelajar memberi tumpuan

seperti mana yang berlaku terhadap bidang

akademik. Hal ini adalah kerana penyertaan dan penglibatan para pelajar
untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah dipengaruhi oleh aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan


oleh pihak sekolah.
Di samping itu, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi
penyertaan para pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang
dirancangkan.

Guru-guru

penasihat

juga

seharusnya

mempunyai

kemahiran untuk mengelolakan aktiviti agar dapat menarik minat para


pelajar.

Para pentadbir haruslah menghantar guru-guru yang tidak

berpengalaman untuk berkursus.

Begitu juga dengan ibu bapa dan

masyarakat yang harus bersama-sama menggerakkan aktiviti kokurikulum


dengan pihak sekolah bagi melahirkan insan yang benar-benar seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah.

Anda mungkin juga menyukai