Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang member tumpuan ke arah melahirkan insan yang
seimbang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Dasar
Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar ini member perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif
supaa mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama bakat murid
yang berpotensi akan digilapkan dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi (SPTS).

Bidang sukan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid dengan


ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletk Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini
bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat,
cergas dan produktif agar dapat member sumbangan kepada kesejahteraan social serta
pembangunan ekonomi Negaa. Justeru itu pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan di bawah
Program 1M1S bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid
menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Peruntukan Kementerian
Pendidikan yang menambah jumlah dana hamper empat kali ganda bagi sekolah rendah
dan lima kali ganda bagi sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan
bahawa kokurikulum merupakan aktiviti yang amat relevan bagi melahirkan pelajar yang
berketrampilan. Penambahan dana ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dari aspek intelek,
tetapi juga dari aspek social, rohani dan jasmani melalui penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum (Aziz Jaaafar, 2002).

Oleh yang demikian, pengurusan program 1M1S di sekolah adalah suatu perkara
yang sangat penting. Ini adalah untuk memastikan agar setiap matlamat dan objektif yang
ingin dicapai dapat direalisasikan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang
wujud kesan daripada pelaksanaan program ini. Justeru, satu kajian telah dijalankan di

1
Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan (SKMS) untuk mengenal pasti pengurusan
program 1M1S dan juga beberapa cabaran yang dihadapi oleh piahk sekolah dalam
melaksanakan program tersebut. Dalam pada itu, perbincangan juga akan turut dijalankan
ke atas beberapa cadangan yang boleh diguna pakai dalam menambah baik pelaksanaan
program tersebut pada masa akan datang.

2.0 Cara Pengumpulan Data


Dalam mengenal pasti isu dna cabaran pelaksanaan program 1M1S, temubual telah
dilaksanakan ke atas beberapa orang guru di SKMS. Temubual ringkas telah dilaksanakan
ke atas guru-guru berkenaan bagi mendapatkan maklum balas yang lebih jelas berkenaan
dengan isu dan cabaran yang mereka hadapi dalam melaksanakan dan menjayakan
program 1M1S di sekolah mereka. Berikut adalah maklumat beberapa orang respondan
yang telah ditemubual:-

a) Guru 1
Nama : Encik Sulaiman Hassan
Tempoh Berkhidmat : 13 Tahun
Kelab Sukan Permainan : Bola Sepak

b) Guru 2
Nama : Encik Safni Kili
Tempoh Berkhidmat : 15 Tahun
Kelab Sukan Permainan : Hoki

c) Guru 3
Nama : Puan Norhaizam Abd Manan
Tempoh Berkhidmat : 11 Tahun
Kelab Sukan Permainan : Bola Baling

2
d) Guru 4
Nama : Puan Kamaria Muluk
Tempoh Berkhidmat : 13 Tahun
Kelab Sukan Permainan : Bola Tampar

Daripada maklumat yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa soalan yang telah
diajukan kepada mereka. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
a) Pada pandangan anda, adakah pelaksanaan program 1M1S di sekolah ini
mampu mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan?
b) Bagaimanakah penyertaan dan penerimaan murid di sekolah ini terhadap
pelaksanaan program 1M1S?
c) Adakah pihak sekolah dan kementerian menyediakan kemudahan dan
peralatan sukan yang mencukupi untuk kegunaan guru dan murid?
d) Bagaimanakah perancangan dan pelaksanaan program 1M1S di sekolah.
Adakah berjalan seperti mana yang dirancangkan atau sebaliknya.
e) Adakah guru yang dilantin untuk mengurus dan mengendalikan satu
kelab sukan permainan mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkenaan dengan
sukan permainan tersebut atau sebaliknya?

Oleh yang demikian, lima persoalan di atas adalah persoalan utama yang telah
diajukan kepada empat orang respondan bagi mendapatkan reaksi mereka berkenaan
dengan pelaksanaan program 1M1S di sekolah yang dikaji. Dapatan kajian yang diperolehi
akan memberikan gambaran berkenaan dengan beberapa cabaran dan isu yang mungkin
dihadapi oleh guru, murid dan sekolah dalam menjayakan program 1M1S berkenaan.

3.0 Latar Belakang Dasar


Pelaksanaan program 1M1S di SKMS adalah antara program yang sangat
diutamakan. Kesemua guru tidak hanya melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebaliknya,
turut mengambil bahagian dalam memastikan matlamat dan objektif program 1M1S dapat

3
dicapai dan direalisasikan dengan berkenaan. Di SKMS, program 1M1S diketuai oleh guru
besar dan dibantu oleh Encik Ridzwan Muhammad yang merupakan ketua guru panitia
kokurikulum. Beliau adalah individu yang bertanggung jawab dalam merancang dan
menyusun jadual pelaksanaan program 1M1S pada setiap bulan. Ini penting agar aktiviti
yang melibatkan program 1M1S tidak bertindih dengan aktiviti sekolah yang lain yang
boleh menyebabkan program ini ditangguhkan atau dibatalkan. Dalam pada itu, beliau
juga adalah individu yang bertanggung jawab untuk memastikan segala kemudahan dan
peralatan sukan yang diperlukan dalam menjayakan program 1M1S dapat disediakan
untuk kegunaan guru dan murid.

4.0 Isu dan Cabaran Program


Temubual yang telah dilaksanakan ke atas kesemua empat orang guru di SKMS
mendapati bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
menjayakan program 1M1S. Oleh itu, berikut adalah rumusan terhadap hasil temubual
yang telah dilaksanakan:-

a) Penyertaan dan Penerimaan Murid


Salah satu isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurus dan
melaksanakan program 1M1S adalah penyertaan murid yang kurang terhadap
program ini. Hasil temubual yang diperolehi mendapati bahawa tidak ramai murid
yang bersungguh-sungguh mengikuti program 1M1S yang telah dilaksanakan.
Encik Safni menyatakan bahawa hanya 12 orang murid sahaja yang memilih sukan
hoki sebagai sukan kegemaran mereka. Menurut beliau lagi, terdapat juga beberapa
sukan permainan lain yang mempunyai ahli yang kurang daripada 10 orang.
Contohnya seperti sukan ping pong dan catur yang mempunyai ahli yang sangat
kurang. Dalam pada itu, Puan Norhaizam juga menyatakan bahawa tidak ramai
murid yang hadir semasa hari kokum dilaksanakan pada setiap bulan. Walaupun
murid telah diarahkan untuk hadir setiap bulan yang telah ditetapkan untuk
menjayakan hari program 1M1S, namun masih terdapat murid yang memberikan

4
alasan untuk tidak hadir. Situasi seperti ini memperlihatkan minat murid yang
kurang memuaskan terhadap pelaksanaan program 1M1S ini.

Encuk Sulaiman menyatakan bahawa ramai murid beranggapan kegiatan


kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai
sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan murid
dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-
program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari
kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan murid yang sememangnya
kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya, murid
sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (2010) walaupun
sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih
kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum
sebagai kegiatan luar.

b) Kemudahan dan Peralatan Sukan


Isu dan cabaran kedua yang dikenal pasti dalam menjayakan program 1M1S adalah
berkenaan dengan kemudahan dan peralatan sukan yang masih tidak mencukupi.
Puan Kamaria menyatakan bahawa terdapat beberapa kelab sukan permainan yang
masih tidak mempunyai kemudahan dan peralatan yang mencukupi. Contohnya
seperti kelab bola tampar di mana pihak sekolah hanya menyediakan dua buah bola
tampar untuk kegunaan murid yang memilih sukan permainan ini. Begitu juga
dengan pandangan Encik Safni yang menyatakan bahawa kekurangan kayu dan
bola hoki di sekolah adalah antara penyebab yang menyukarkan beliau
melaksanakan latihan sukan bermain hoki setiap kali aktiviti dilaksanakan.
Keadaan ini menyebabkan beliau menyediakan sendiri beberapa kayu hoki untuk
kegunaan murid yang menunjukkan minat terhadap sukan permainan hoki ini.
Sekiranya beliau tidak bertindak sedemikian, maka adalah sukar untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid terhadap sukan permainan hoki.
Justeru, beliau telah memilih untuk menyediakan beberapa kayu hoki untuk
kegunaan murid-muridnya setiap kali aktiviti sukan permainan hoki dilaksanakan.

5
Ini bermakna bahawa kekurangan peralatan dan kemudahan dalam beberapa sukan
permainan di SKMS menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan aktiviti kokum
dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharpakan. Keadaan ini juga
menyebabkan guru mengalami kesukaran untuk menjayakan program 1M1S yang
diharapkan mampu meningkatkan tahap kecergasan murid menerusi aktiviti
bersukan.

c) Perancangan dan Pelaksanaan Program


Hasil temubual yang telah dijalankan juga mendapati bahawa isu ketiga yang
dihadapi oleh guru dalam menjayakan program 1M1S adalah berkenaan dengan
perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Menurut Encik Sulaiman, terdapat
beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru yang terlibat dengan program 1M1S.
Salah satu daripadanya adalah berkenaan dengan perancangan dan penjadualan
aktiviti kokurikulum yang dihadapi oleh pihak pengurusan dan seringkali berlaku
pertindanan jadual antara kelas tambahan dengan latihan sukan dan akhirnya apa
yang terjadi murid akan memberikan tumpuan kepada kelas tambahan. Di samping
itu, pihak sekolah juga kurang menitik beratkan minat, kehendak, kebolehan dan
kebolehan individu menyebabkan murid kurang melibatkan diri secara aktif dalam
kokurikulum. Penglibatan mereka hanyalah sekadar memenuhi kehendak dan
peraturan sekolah yang mewajibkan setiap murid menceburi dalam aktiviti
kokurikulum.

Walaupun program 1M1S ini mewajibkan setiap murd di sekolah rendah memilih
satu sukan permainan sebagai sukan permainan pilihan mereka, namun masih
terdapat ramai murid yang tidak terlibat secara aktif dalam program 1M1S ini.
Keadaan ini menyebabkan pelaksanaan program 1M1S di SKMS masih
berhadapan dengan masalah khususnya dari aspek perancangan dan pelaksanaan
aktiviti yang kurang memuaskan. Dalam keadaan seperti ini, pihak seharusnya
perlu menyusun jadual tahunan yang lebih baik dan tersusun agar setiap
perancangan aktiviti dapat dilakukan dengan baik tanpa mengganggu aktiviti lain
termasuklah pelaksanaan aktiviti dalam program 1M1S.

6
d) Pengetahuan dan Kemahiran Guru
Isu keempat yang wujud dalam pelaksanaan program 1M1S ini adalah berkenaan
dengan pengetahuan dan kemahiran guru yang dipilih untuk mengendalikan satu
sukan. Menurut Puan Norhaizam, tidak semua guru yang terlibat dengan program
1M1S ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang baik terhadap sukan yang
dikendalikan. Beliau misalnya yang diberi tanggung jawab untuk mengendalikan
sukan permainan bola baling tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan
kemahiran dalam sukan permainan ini. Selepas dilantik untuk mengendalikan
sukan permainan bola baling, beliau telah mendapatkan pelbagai maklumat
daripada pelbagai sumber agar pengetahuan beliau dapat ditingkatkan. Ini penting
agar beliau dapat mengajar dan melatih murid untuk menguasai permainan bola
baling dengan baik. Namun begitu, kemahiran yang tidak baik terhadap sukan
permainan bola baling ini telah menyukarkan beliau melaksanakan aktiviti bermain
bola baling. Ini bermakna bahawa perlantikan guru ke dalam kelab sukan
permainan yang tidak sesuai dilihat sebagai satu isu lain yang boleh merencatkan
kejayaan pelaksanaan program 1M1S di SKMS.

Puan Kamaria menyatakan bahawa perlantikan guru penasihat antara lain yang
menjadi punca masalah pengurusan kokurikulum tidak berkesan. Sebagai contoh,
sekolah melantik guru yang tidak berminat, dan tidk mempunyai pengalaman serta
pengetahuan dalam bidang yang dibimbing menyebabkan mereka mencari alas an
untuk mengelak dan tidak turut serta dalam dalam sesuatu badan. Terdapat juga
guru yang bersifat pasif, tidak berinovatif, tidak kreatif dan tidak kritis. Begitu juga
dari segi perlantikan yang kurang pertimbangan dari segi jantina dan tempat tinggal
guru penasihat yang menyebabkan aktiviti unit tidak dapat berjalan dengan lancar.
Sebab itu terdapat hanya sebahagian guru di sekolah yang melibatkan diri dengan
aktiviti kokurikulum dan sebahagan yang lain tidak langsung menceburinya (Abu
Bakar Nordin 2001).

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat


beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan dan menjayakan

7
program 1M1S. Kesemua isu dan cabaran ini adalah antara tunjang utama yang perlu
dipandang berat oleh setiap guru besar agar tidak wujud sebarang kekangan yang boleh
menyebabkan pelaksanaan program 1M1S tidak berjaya dilaksanakan. Justeru, pelbagai
tindakan susulan perlu dilakukan untuk mengatasi setiap isu dan permasalahan yang wujud
dalam menjayakan program 1M1S ini.

5.0 Cadangan Penambah Baikan Program


Dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan program 1M1S khususnya di SKMS,
terdapat beberapa cadangan penambah baikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah
seperti mana yang berikut:-

a) Pelaksanaan Aktiviti Yang Pelbagai


Salah satu cadangan penambah baikan yang boleh dilaksanakan adalah
mempelbagaikan aktiviti. Setiap guru yang telah diberi tanggung jawab untuk
mengendalikan satu aktiviti sukan perlu menyediakan perancangan aktiviti mereka
sepanjang tahun. Perancangan aktiviti ini adlah sangat penting agar guru tidak
melaksanakan aktiviti yang sama pada setiap aktiviti. Ini juga adalah untuk
meningkatkan minat murid terhadap aktiviti sukan yang dilaksanakan di sekolah.
Sekiranya guru hanya melaksanakan aktiviti yang sama setiap kali pelaksanaan
aktiviti kokum atau aktiviti sukan di sekolah seperti aktiviti syarahan dengan
memberikan penerangan kepada murid tentang perkara yang berkaitan dengan
sukan tersebut, maka pelaksanaan aktiviti seperti ini tidak akan merangsang minat
murid untuk mengikuti sukan tersebut. Sebaliknya, aktiviti seperti ini hanya akan
menjauhkan murid daripada pelaksanaan aktiviti sukan yang dilaksanakan di
sekolah. Oleh yang demikian, guru yang terlibat dengan program 1M1S perlu peka
terhadap perancangan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat dan kesungguhan
murid untuk menjayakan program tersebut. Dalam masa yang sama, pengetahuan
dan kemahiran murid terhadap sukan tersebut juga akan dapat ditingkatkan.

8
b) Mempelbagaikan Peralatan dan Prasarana
Cadangan penambah baikan kedua yang boleh dilaksanakan adalah dengan
menambah atau mempelbagaikan peralatan dan prasarana sukan yang boleh
digunakan oleh guru dan murid dalam pelbagai aktiviti sukan. Seperti mana yang
telah dinyatakan di atas, masalah yang dihadapi oleh guru adalah kekurangan
kemudahan dan peralatan sukan yang menyebabkan pelaksanaan aktiviti sukan di
sekolah menjadi terhad. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu mengambil
inisiatif untuk mendapatkan pelbagai bentuk peralatan dan kemudahan sukan yang
boleh digunakan oleh guru dan murid khususnya semasa minggu kokum di
sekolah. Ini penting agar kemudahan dan peralatan sukan yang tersedia
membolehkan guru mempelbagaikan aktiviti sukan di sekolah dan tidak hanya
terhad kepada penyampaikan kandungan pengajaran sukan. Sebaliknya, guru dapat
mempelbagaikan pelaksanaan aktiviti sukan di sekolah.

c) Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Guru


Cadangan lain yang boleh dilaksanakan adalah dengan meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru berkenaan dengan jenis sukan yang dikendalikan. Seperti
mana yang telah dinyatakan di atas, isu yang turut dihadapi oleh guru di SKMS
yang terlibat dengan program 1M1S adalah perlantikan guru yang tidak sesuai
dengan jenis sukan yang dikendalikan. Keadaan ini menyebabkan guru sukan
merancang dan melaksanakan aktiviti sukan untuk jenis sukan yang dikendalikan.
Oleh itu, pihak berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) perlu merangka satu program atau aktiviti yang
melibatkan semua guru yang terlibat dengan program 1M1S. Program atau aktiviti
tersebut akan mendedahkan guru dengan pelbagai bentuk pengetahuan dan
kemahiran berkenaan dengan sukan yang dikendalikan. Pelaksanaan usaha seperti
ini tidak hanya memberikan manfaat kepada guru khususnya semasa guru
merancang dan melaksanakan aktiviti sukan atau aktiviti kokum di sekolah.
Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh guru akan dapat
digunakan dan dimanfaatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
murid terhadap sukan yang diceburi. Secara tidak langsung, perkara seperti ini

9
akan dapat merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan program 1M1S pada masa
akan datang.

d) Perancangan Aktiviti Yang Lebih Tersusun


Cadangan lain yang boleh dilaksanakan adalah perancangan aktiviti sukan yang
lebih tersusun dan lebih baik. Pihak berwajib seperti guru kokurikulum sekolah
perlu memainkan peranan untuk memastikan pelaksanaan program 1M1S setiap
bulan di sekolah dapat dilaksanakan dan direalisasikan. Walaupun terdapat aktiviti
di sekolah yang mungkin menyekat atau menghalang pelaksanaan program 1M1S
pada setiap bulan, namun guru tersebut perlu membuat tindakan susulan agar
perkara tersebut dapat dielakkan. Contohnya, mengganti waktu pelaksanaan
program 1M1S ke satu tarikh lain. Dengan cara seperti ini, maka pelaksanaan
program 1M1S setiap bulan di SKMS dapat dijayakan. Dalam masa yang sama,
perbincangan dengan guru besar juga perlu dilakukan agar tidak berlaku sebarang
pertindihan jadual yang boleh menghalang kelancaran pelaksanaan program 1M1S
ini.

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat


beberapa cadangan penambah baikan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan aktiviti
yang dirancang dalam program 1M1S dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan dan
kekangan.

6.0 Penutup
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan
diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Seterusnya
dilihat dari aspek yang lebih luas, kemajuan dalam bidang sukan pada hari ini menjadi
semakin penting kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan

10
serta meningkatkan imej sesebuah Negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan
terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan
mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah
Negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, maka penekanan bidang
sukan perlulah dimulakan seawal dibangku persekolahan lagi.

Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan
melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang
tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang
bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara
tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan
murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan.

Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang wujud dalam menjayakan
program 1M1S ini seperti mana yang telah dibincangkan dalam tugasan ini. Oleh itu,
terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan isu dan cabaran
ini dapat diatasi seperti mana yang telah dibincangkan. Ini penting agar setiap matlamat
dan objektif program 1M1S ini dapat dicapai dan direalisasikan dengan lebih cemerlang
dan memuaskan.

Jumlah : 2,805 Patah Perkataan

11
Rujukan
Azizah Nordin (2001). Kokurikulum dan Sumbangan Terhadap Perkembangan Diri Individu
Secara Menyeluruh. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perancangan Penyelidikan Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia(1980). Pelajaran di Malaysia 1978. Kuala Lumpur
:Dewan Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Meng (2005) Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu . Kuala Lumpur :Fajar Bakti.

Gholson (2007). Studying Cuurriculum . Buckingham,: Open University Press

Hendry (1983). Raising Good Children. New York: Bantam

Mohd. Noor bin Che Noh (2005). Beberapa Pertimbangan Dalam Pengelolaan dan
Pentadbiran Program Kokurikulum Sekolah. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jilid 29

Vasudevant,T.A., (2009). Youth Activities Through Leisure, Sports and Cocurricular


Programmes from a National Perspective. Kertas Kerja Alam Seminar Adolescence
Development-Universiti Pertanian Malaysia.

Vasudevant,T.A., (2007). Kegiatan Kokurikulum Penyeliaan dan Pentadbiran. Petaling Jaya:


Penerbit Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe (2006). Gerak Kerja Kokurikulum ( Sukan). Kepong: Print Pack Sdn.Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai