Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM SUKAN DAN REKREASI GGGE2153 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


TAJUK : FAKTOR-FAKTOR MENGHALANG PENGGUNAAN MEDIA DIKALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

DISEDIAKAN UNTUK :
MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :
AZLAN BIN HASAN A 129514

MOHD FAHAROZI BIN HATMAN A129534 NUR AFIFAH BT MOHMED NOR A 129623 SITI NURHAWA BT JAAFAR ZUHASNITA BT MAT JARI A129637 A129456

1. PENGENALAN Dalam dekad 80-an, senario pendidikan di rantau Asia-Pasifik mula menampakkan gelombang perubahan yang menarik kerana banyak negara di rantau ini telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula sistem pendidikan masing-masing dan melancarkan reformasi pendidikan. Selaras dengan Wawasan 2020 yang bermatlamat ke arah sebuah negara maju, para pendidik di Malaysia harus mengorak langkah untuk memasuki era baru ini bagi memastikan generasi pelajar akan datang mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju lain.

Terdapat berbagai-bagai idea pemikiran dan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini. Salah satu usaha yang telah dan sedang dilakukan ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan. Sumbangan teknologi pendidikan yang merangkumi penggunaan media elektronik bagi membantu kegiatan dan keperluan pendidikan telah pun diketahui dan diperakui oleh negara-negara maju .

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. 1. PENYATA MASALAH Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan. Proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga perlu berubah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara. Perubahan isi kandungan sukatan mata pelajaran sahaja tanpa sebarang perubahan terhadap cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh menyebabkan mata pelajaran itu tidak akan dapat mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.

Berlandaskan kepada pembaharuan di dalam kurikulum, maka sewajarnyalah para pendidik memikirkan cara yang lebih berkesan bagi meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selain daripada apa yang telah dan sedang dipraktikkan sekarang ini. Selaras dengan tuntutan keadaan ini, maka teknologi pendidikan telah diperkembangkan sehingga alat media tidak terbatas penggunaannya. Contohnya, bagi guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Sejak tahun 1970-an lagi Kementerian Pendidikan, dengan penuh kesedarannya telah menggalakkan para pendidik memperluaskan penggunaan bahan-bahan sokongan seperti alat pandang dan dengar dan media elektronik.

Penggunaan teknologi pendidikan diharap berupaya merealisasikan harapan yang dinyatakan disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan dan berjaya. Hasrat ini adalah selaras dengan falsafah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) yang menekankan bahawa penggunaan pelbagai jenis media elektronik secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah. Penggunaan pelbagai jenis media elektronik juga memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Md. Yusof bin Ayob 1993). 2. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang penggunaan media pengajaran di kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Faktor-faktor ini akan dikategorikan kepada tiga faktor utama iaitu faktor kemahiran tenaga pengajar, kemudahan dan infrastruktur dan badan organisasi. 3. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk :
1) Mengenalpasti halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan media di kalangan

guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

2) Mengenalpasti tahap kemahiran dan bentuk penggunaan media di kalangan guru

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
3) Mengenalpasti cara mengatasi halangan-halangan terhadap penggunaan media di

kalangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). 4. PERSOALAN Persoalan kajian kami adalah untuk membuat pemerhatian tentang masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Jasmani dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran seperti penggunaan media semasa proses pengajaran. 5. METODOLOGI
5.1 Sampel kajian

Sampel kajian yang dijalankan adalah sampel jenis bertujuan, iaitu yang melibatkan guruguru, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar, kumpulan professional dan lain-lain kategori. Namun kumpulan kami telah memilih lokasi di sekolah sebagai lokasi kajian. Jumlah kesemua guru yang dipilih adalah seramai 15 orang.
5.2 Instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik yang baik akan mencapai objektif yang dikehendaki dengan memperolehi maklumat paling tepat serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian yang dijalankan. Satu set soal selidik dibina untuk diedarkan kepada responden. Soal selidik ini dibentuk berdasarkan : Kemahiran tenaga pengajar Kemudahan dan infrastruktur Badan organisasi

Set soal selidik mempunyai empat bahagian seperti berikut :

i. ii. iii. iv.

Bahagian A : Demografi responden Bahagian B : Kemahiran tenaga pengajar Bahagian C : Kemudahan dan infrastruktur Bahagian D : Badan organisasi

Pernyataan dan persoalan yang dikemukakan pada borang soal selidik ini sebahagiannya adalah dibina sendiri oleh penyelidik. Set soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian A,B,C dan D dimana ia melibatkan 5 soalan di bahagian A, 9 soalan di bahagian B, 7 soalan di bahagian C dan bahagian D. 6. DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian yang telah di analisis, kami telah membahagikan permasalahan ini kepada tiga bahagian iaitu kemahiran tenaga pengajar, kemudahan dan infrastruktur, dan badan organisasi. Pembahagian ini telah melibatkan guru, infrastruktur dan pihak sekolah yang mana menjadi faktor utama berkenaan dengan permasalahan ini. Kemahiran tenaga pengajar

Graf bar ini menunjukkan beberapa faktor yang menjadi penghalang untuk guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menggunakan media di dalam P & P. Seramai 7 orang telah mengatakan tidak bersetuju tentang beban guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah berat. Tidak kurang juga yang bersetuju iaitu seramai 5 orang daripada 15 responden. Ramai yang bersetuju bahawa mereka tidak pandai mengendalikan bahan-bahan media iaitu 7 orang daripada 15 responden dan hanya beberapa orang sahaja yang tidak bersetuju dengan faktor ini. Di samping itu, majoriti responden sangat bersetuju dengan masa belajar yang singkat semasa proses P & P. 6 daripada 15 responden telah bersetuju bahawa tiada pendedahan yang diberikan untuk mengendalikan bahan media di sekolah. Selain itu, majoriti tidak bersetuju tentang guru tidak berminat terhadap bahan media semasa sesi pengajaran. Seramai 7 orang tidak bersetuju berkenaan dengan penggunaan media boleh mengurangkan tumpuan belajar para pelajar. Seterusnya, majoriti guru bersetuju mereka perlu membawa banyak alatan apabila menggunakan bahan media ketika proses pengajaran. Kemudahan dan infrastruktur

Graf ini pula menunjukkan dapatan kajian tentang kemudahan dan infrastruktur yang mana menjadi penyumbang kepada kekurangan penggunaan media dikalangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Rata-rata responden bersetuju bahawa kurang koleksi media yang boleh dijadikan bahan bantuan mengajar di sekolah iaitu seramai 8 orang daripada 15

responden. Berkenaan dengan tiada kemudahan tempat media pula hanya orang sahaja yang bersetuju dengan faktor ini. Seterusnya ialah seramai 5 orang sahaja yang tidak bersetuju di sekolah tidak disediakan kemudahan talian internet dan selebihnya bersetuju dengan faktor tersebut. Majoriti guru tidak bersetuju yang mana terdapat peralatan media yang tidak diselenggarakan dan dibaiki oleh pihak sekolah. Jumlah sama diperolehi berkaitan dengan pengurusan penggunaan media yang kurang cepat antara guru yang setuju dan tidak setuju. Selain itu, majoriti bersetuju bahawa perisian yang disediakan tidak sesuai dengan kegunaan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan hanya 1 orang sahaja yang tidak bersetuju. Seramai 6 daripada 15 responden sangat tidak bersetuju terdapat pertindihan jadual yang menyebabkan guru PJ tidak dapat menggunakan bilik media. Badan organisasi

Graf ini menunjukkan hasil dapatan kajian berkenaan dengan badan organisasi iaitu pihak sekolah yang mana turut disenaraikan sebagai faktor kekurangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menggunakan bahan media semasa mengajar di dalam kelas. Majoriti iaitu 9 daripada 15 responden telah sangat bersetuju bahawa peruntukan yang disediakan oleh pihak sekolah tidak mencukupi dan tiada yang tidak bersetuju dengan faktor ini. Sekali lagi majoriti responden sangat bersetuju yang pihak sekolah tidak memberi galakan untuk menggunakan bahan media semasa P & P. Selain itu, seramai 7 orang daripada 15 responden sangat bersetuju pihak sekolah tidak menyediakan bahan media yang diperlukan oleh guru. Selain itu, kebanyakkan responden

sangat bersetuju bahawa Pengetua sekolah tidak menggalakkan penggunaan media semasa mengajar.

7. PERBINCANGAN Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, kebanyakkan guru tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa penggunaan media dalam P&P akan menambah beban kepada guru itu sendiri. Hal ini kerana penggunaan media dianggap lebih mudah untuk mengawal pergerakan dan tingkahlaku pelajar kerana mereka berada di dalam satu kelas berbanding mereka berada di padang yang mana ia lebih berisiko dan sukar mengawal pelajar. Ia akan memudahkan guru untuk mengendalikan kelas dan menarik minat pelajar seperti membuat tayangan video berkenaan dengan sukan yang akan diajar nanti. Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mengakui bahawa mereka tidak pandai menggunakan alatan media semasa proses pengajaran. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan pendedahan dan kursus kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berkenaan dengan pengendalian bahan media di dalam kelas. Faktor dalaman guru itu sendiri yang tidak berminat dengan alatan media turut menjadi punca guru Pendidikan Jasmani kurang menggunakan media sebagai bahan bantuan mengajar kerana mereka perlu membawa banyak alatan media sewaktu sesi pengajaran. Bagi sesetengah guru ini dianggap melecehkan dan membebankan mereka untuk membawa banyak alatan semasa ke kelas.

Di samping itu, kemudahan dan infrastruktur turut menjadi faktor dalam permasalahan ini. Kemudahan bilik media yang tidak lengkap dengan pelbagai alatan media turut memberi kesan kepada semua guru termasuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Hal ini kerana bahan media yang kurang akan menyebabkan guru kekurangan sumber rujukan yang boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu pengetahuan yang baru. Terdapat juga alatan media yang tidak diselenggara dan dibaik pulih dengan baik yang menyebabkan alatan itu tidak boleh digunakan oleh guru dalam suatu tempoh masa dan ini akan menyebabkan rancangan mengajar guru terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar. Ia akan memberi tekanan

kepada guru untuk membuat back-up plan secara mengejut bagi memastikan proses pembelajaran boleh berjalan dengan baik. Kebiasaannya guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan mengalami sedikit masalah ketika ingin menggunakan bilik media kerana pertindihan jadual waktu dengan kelas lain dan sememangnya keutamaan akan diberikan kepada mata pelajaran teras berbanding dengan mata pelajaran elektif ini.

Seterusnya, peruntukan yang disediakan untuk penambahbaikan bahan media di sekolah tidak mencukupi kerana peralatan elektronik ini sangat mahal dan memerlukan penjagaan yang teliti. Hal ini mungkin telah menyebabkan ada sesetengah Pengetua dan pihak pentadbir tidak menggalakkan penggunaan alatan media kerana harga penyelenggaraannya itu agak tinggi. Oleh sebab itu juga guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak membenarkan penggunaan bahan media sewenang-wenangnya dan mesti mendapat kebenaran daripada pihak atasan. Hal ini kerana mereka akan member keutamaan kepada guru Sains dan Matematik untuk menggunakannya disebabkan kedua-dua mata pelajaran ini sangat penting berbanding dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

8. CADANGAN Terdapat beberapa cadangan yang boleh diberi perhatian oleh semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan antaranya ialah guru seharusnya belajar sendiri bagaimana untuk mengedalikan alatan media supaya dapat menggunakannya dengan baik. Mereka boleh mencari maklumat berkenaan dengan alatan media yang digunakan dengan menggunakan engin pencarian seperti Google. Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga perlu diberi peluang untuk menghadiri kursus berkenaan dengan penggunaan media di dalam proses P & P supaya mereka turut setaraf dengan guru Sains dan Matematik yang kebiasaannya mahir dalam penggunaan media ini.

Selain itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan infrastruktur yang sempurna supaya semua pihak mendapat faedah daripada bahan media tersebut. Bilik media perlulah

diperbanyakkan supaya tidak berlaku pertindihan jadual antara dua kelas. Hal ini penting kerana bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat keperluan yang diingini agar proses pembelajaran akan berjalan dengan baik dan guru dapat mengajar seperti yang telah dirancangkan agar objektif pengajaran dapat dicapai. Pihak sekolah turut perlu menambah alatan media seperti komputer di makmal supaya semua pelajar dapat merasa menggunakannya tanpa perlu berkongsi dengan rakan-rakan. Ini akan menjadikan proses pembelajaran pelajar lebih rancak kerana keperluan mereka dipenuhi dengan baik.

Di samping itu, bahagian pentadbiran seharusnya menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk menanggung kos pembelian dan penyelenggaraan alatan media supaya ia lebih tahan lama. Contoh alatan yang memerlukan penyelenggaraan ialah overhead projector yang mana ia amat penting untuk memancarkan gambar ke skrin. Jadi, Pengetua seharusnya menggalakkan para guru menggunakan bahan media semasa mengajar untuk mempelbagaikan stail pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. Beliau juga seharusnya member peluang yang sama rata kepada mana-mana guru yang ingin menggunakan peralatan media untuk dijadikan bahan bantuan mengajar mereka dengan syarat guru perlu bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan itu semasa digunakan. 9. KESIMPULAN Berdasarkan hasil dapatan kajian, kami mendapati bahawa penggunaan alat media di kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkhidmat di sekolah yang kami jalankan kajian masih berada di tahap yang sederhana. Mereka menyatakan bahawa kekangan masa menjadi penghalang utama bagi mereka untuk menggunakan alatan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di dalam era teknologi yang canggih ini, kami mendapati masih ada segelintir guru yang tidak berminat langsung untuk menggunakan teknologi yang canggih ini. Diharap semua para guru tidak kira sama ada yang berkhidmat di kawasan bandar atau luar bandar dapat mengubah persepsi mereka terhadap penggunaan alatan media khususnya computer atau ICT boleh memudahkan lagi proses P&P mereka.

10. RUJUKAN
1) http://eprints.utm.my/11032/1/Halangan_Terhadap_Penggunaan_Komputer_D an_Ict_Di_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran.pdf 2) http://shafnur.tripod.com/teknopen.htm 3) http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf 4) http://www.ukm.my/jiae/pdf/20.pdf 5) http://www.scribd.com/doc/22717710/tesis-penggunaan-alat-bantu-mengajardikalangan-guru-pelatih 6) http://www.dailybust.com/pdf-files/Alat-alat-bantuan-mengajarmenggunakan-komputer 7) http://www.docstoc.com/docs/18317480/PENGGUNAAN-KOMPUTER-DALAMPENGAJARAN-PEMBELAJARAN-DI-KALANGAN-GURU 8) http://www.docstoc.com/docs/37668995/KESAN-PENGAJARANPEMBELAJARAN-(PP)-INKUIRI-BERBANTU-TEKNOLOGI 9) http://www.docstoc.com/docs/27085953/kesan-penggunaan-multimediadalam-pengajaran-dan-pembelajaran-PJK 10) http://teknologidalampnp.blogspot.com/2010/07/tajuk-3-media-

pengajaran.html

11. LAMPIRAN

BORANG SOALAN KAJI SELIDIK FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) BAHAGIAN A DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan : sila tandakan (/) di petak yang disediakan. 1. Jantina Lelaki Perempuan 2. Umur

3. Bangsa Melayu Cina India Lain-lain (nyatakan) :

4. Kategori Pelajar

Pensyarah/Guru

Kumpulan Profesional

Lain-lain (nyatakan) :

5. Kemahiran menggunakan alat media

Tidak mahir

Mahir

Lain-lain (nyatakan) :

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Setuju 3

Sangat setuju 4

Jadual Skala

BAHAGIAN B Kemahiran tenaga pengajar

BAHAGIAN C

BIL 1 2 3

6 7

PERNYATAAN Beban tugas guru PJK yang agak berat Guru PJK tidak mahir mengendalikan bahan-bahan media Masa untuk mata pelajaran PJK sangat singkat,guru tidak sempat untuk membawa pelajar ke bilik media atau makmal komputer atau bilik tayangan Guru-guru PJK tidak diberi peluang bagi mengikuti khusus, latihan atau bengkel mengenai media pengajaran Guru PJK tidak diberi pendedahan tentang cara penggunaan bahan media secara lengkap Guru PJK tidak berminat dalam mengendalikan bahan-bahan media Guru PJK berpendapat sekiranya penggunaan media contohnya komputer dlm P&P boleh menjejaskan dalam menghabiskan silibus pelajaran Guru PJK menganggap sekiranya menggunakan alat media seperti komputer menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan Guru terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD, buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas

Kemudahan dan infrastruktur

BAHAGIAN D PERNYATAAN 1 Kekurangan koleksi peralatan sumber media 2 Sekolah tidak ada bilik media atau makmal komputer atau bilik tayangan yang khusus 3 Sukar untuk mendapatkan bahan-bahan media kerana tiadanya hubungan internet 4 Peralatan media rosak dan tidak dibaik pulih 5 Pengurusan media pengajaran yang kurang cekap contohnya, pusat sumber sekolah 6 Perisian yang dibekalkan di sekolah tidak bersesuaian dengan guru PJK 7 Penyusunan jadual waktu yang tidak sistematik yang menyebabkan berlaku pertindihan kelas Badan organisasi
BIL

BIL
1 2

3 4 5

PERNYATAAN Peruntukan untuk membeli peralatan media yang baru tidak mencukupi Tiada galakkan daripada pihak pentadbir sekolah untuk guru PJK mendalami bidang media Pihak sekolah tidak menyimpan atau tidak menyediakan bahan media di sekolah Pengetua tidak menggalakkan guru PJK menggunakan alat media pengajaran Pihak sekolah tidak membenarkan menggunakan alatan media tanpa meminta kebenaran Pihak pentadbir memilih bidang guru yang memerlukan penggunaan media sahaja Pihak sekolah tidak memberi kepercayaan kepada guru PJK dalam mengendalikan penggunaan media

Anda mungkin juga menyukai