Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan
Seni adalah satu aktiviti yang dapat meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di
peringkat sekolah rendah, mata pelajaran ini diperkenalkan untuk memastikan tahap
kreativiti dan imaginasi di kalangan pelajar akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
baik. Ini juga adalah selaras dengan matlamat pengenalan mata pelajaran ini yang
memperkenalkan empat bidang utama sebagai teras dalam meningkatkan daya kreativiti
dan imaginasi di kalangan pelajar seperti bidang menggambar, bidang corak dan rekaan,
bidang membentuk dan membuat binaan serta bidang kraf tradisional (Zailani dan Azimah,
2004). Kesemua aktiviti seni visual ini juga perlu dilaksanakan di dalam bilik seni yang
sangat penting dalam memastikan setiap aspek kreativiti dan imaginasi pelajar akan dapat
ditingkatkan sesuai dengan aspek kognitif mereka.

Laura Chapman (1986) menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti seni yang dijalankan ke
atas kanak-kanak akan memberikan banyak aspek perkembangan kepada kanak-kanak.
Antaranya ialah perkembangan kognitif, perkembangan afektif, perkembangan
psikomotor, perkembangan kreativiti dan juga perkembangan sosial. Namun begitu, proses
untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak memerlukan kemahiran dan pengetahuan
guru dalam menjalankan setiap aktiviti seni di dalam kelas. Oleh itu, setiap aktiviti seni
yang dijalankan memerlukan guru menekankan kepada tiga kaedah utama dalam proses
artistik seperti mana yang dinyatakan oleh Laura Chapman iaitu menjana idea, mengolah
idea dan juga mengolah bahan. Ini bermakna bahawa setiap guru PSV perlu mahir dalam
menjana idea khususnya dalam mempelbagaikan aktiviti seni di dalam kelas, dapat
membantu kanak-kanak menggunakan idea tersebut untuk menghasilkan karya seni yang
lebih menarik dan berkualiti serta kemahiran guru dalam menggunakan pelbagai jenis
bahan. Kesemua elemen ini penting untuk dimiliki oleh guru agar dapat membantu guru
menjalankan aktiviti artistik di dalam kelas dengan lebih berkesan. Ini juga akan turut
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak khususnya yang berkaitan dengan
perkembangan kognitif, psikomotor, efektif dan sebagainya.

1
2.0 Proses Artistik Seni
Kanak-kanak dan seni adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Bermula dari umur
3 tahun lagi, kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti khususnya yang berkaitan
dengan seni lukis seperti menconteng, melakar, melukis dan sebagainya. Di peringkat
kanak-kanak juga, kanak-kanak juga mula menunjukkan perkembangan psikomotor
mereka dengan menggunakan pelbagai alatan dan bahan lukisan untuk melakukan aktiviti
seni seperti menggunakan warna, pensil dan sebagainya. Walaupun penggunaan bahan dan
alatan ini masih menampakkan kekemasan dan ketelitian dalam menghasilkan lukisan seni
mereka, namun kanak-kanak telah memperlihatkan perkembangan dan pertumbuhan
mereka terhadap pelbagai aspek seni.

Walau bagaimanapun, proses untuk menjalankan aktiviti seni ke atas kanak-kanak


memerlukan guru untuk meneliti beberapa perkara. Salah satu daripadanya adalah kaedah
yang digunakan dalam menjalankan aktiviti artistik seni. Menurut Laura Chapman, kaedah
artistik seni boleh dibahagikan kepada tiga kaedah yang utama iaitu kaedah menjana idea,
kaedah mengolah idea dan juga kaedah mengolah bahan. Ketiga-tiga kaedah ini juga perlu
ada pada setiap guru seni agar dapat membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti seni
dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, berikut dijelaskan
dengan lebih terperinci berkenaan dengan ciri yang perlu ada pada diri seorang guru seni
dalam memastikan aktiviti artistik seni yang dijalankan ke atas kanak-kanak dapat
memberikan impak yang berkesan ke atas perkembangan kanak-kanak:-

1) Kaedah Menjana Idea


Kaedah pertama yang ditekankan oleh Laura Chapman dalam membantu
meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni adalah kaedah
penjanaan idea atau inception of idea. Menurut Laura, dalam penjanaan sesuatu idea,
pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Ini juga
perlu dan penting untuk memastikan proses menggalakkan perkembangan kognitif
dan kreativiti kanak-kanak akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih memuaskan.

2
Dalam menjalankan aktiviti seni ke atas kanak, guru seharusnya mempunyai pelbagai
bentuk pengetahuan dan pengalaman yang akan dapat digunakan untuk memastikan
kanak-kanak sentiasa mempunyai idea untuk dirujuk dan dijadikan sebagai panduan.
Dalam menjalankan aktiviti menggambar misalnya, guru perlu mempunyai
pengetahuan bentuk dan corak lukisan menggambar yang ingin digunakan, tema,
motif dan pelbagai elemen lain. Perkara seperti ini penting dalam memastikan proses
menggembangkan pemikiran kognitif kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang
lebih memuaskan.

Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif merujuk kepada keupayaan seseorang


untuk berfikir terhadap suatu perkara yang dilihat, memberikan pendapat,
menyatakan hipotesis, menyatakan sintesis dan memberikan ulasan dan idea terhadap
suatu perkara. Dalam konteks PSV, domain kognitif kanak-kanak dapat dikaitkan
dengan keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan suatu karya seni dengan
menghubung kaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengelaman mereka ke dalam
karya seni yang dihasilkan. Contohnya seperti pengetahuan kanak-kanak terhadap
keindahan alam semula jadi yang berada di persekitaran kaank-kanak yang boleh
diadaptasi ke dalam karya seni lukis. Dalam menghasilkan lukisan juga, kanak-kanak
juga akan didorong untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka terhadap
makna, tema dan motif yang diketengahkan dalam lukisan berkenaan. Ini seterusnya
akan menggalakkan perkembangan kemahiran kognitif kanak-kanak khususnya
dalam berfikir secara kreatif dan kritis.

Selain itu, guru yang bijak dan berpengetahuan juga seharusnya mampu merangsang
kanak-kanak sebelum dan semasa menjalankan aktiviti menghasilkan karya seni.
Contohnya seperti mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif dan
menyeronokkan. Ini kerana, persekitaran di dalam bilik darjah seperti ini juga akan
dapat memudahkan kanak-kanak untuk berfikir. Dalam masa yang sama, ianya akan
dapat membantu kanak-kanak menjana lebih banyak idea dan pandangan walaupun
tanpa bantuan menyeluruh daripada guru. Ini bermakna bahawa persekitaran
penmbelajaran di dalam kelas yang baik dan kondusif yang dapat merangsang

3
perkembangan kanak-kanak akan dapat membantu perkembangan kognitif kanak-
kanak khususnya dalam menjana idea sebelum proses menghasilkan karya seni.

2) Kaedah Mengolah Idea dan Pemurnian


Kaedah kedua yang ditekankan oleh Laura ialah kaedah mengolah idea dan
pemurnian. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, setiap guru seni perlu menjalankan
proses pengolahan dan pemurnian idea bagi mendapatkan kajian visual yang lebih
sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Menerusi
aplikasi kaedah seperti ini juga, guru seni juga perlu membantu kanak-kanak meneliti
beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk memastikan karya seni yang akan
dihasilkan adalah suatu bentuk karya yang bermutu dan berkualiti. Oleh itu, idea
kanak-kanak yang dibentuk dengan bantuan daripada guru seharusnya digunakan
oleh kanak-kanak untuk menghasilkan karya seni yang lebih menarik.

Contohnya, kanak-kanak bercadang untuk menghasilkan sebuah lukisan catan yang


bertemakan alam semula jadi. Dalam menghasilkan karya catan ini, maka guru perlu
merangsang tentang motif dan unsur yang perlu ditekankan untuk merealisasikan
karya catan yang bertemakan alam semula jadi. Antaranya adalah seperti tumbuh-
tumbuhan, haiwan, bunga, hutan, pokok, gunung-ganang dan sebagainya. Proses ini
dikenali sebagai pengolahan idea di mana idea yang telah dibentuk oleh kanak-kanak
pada kaedah penjanaan idea dikembangkan dan dimurnikan dalam bentuk lukisan
visual.

Menerusi pengaplikasikan kaedah ini juga, daya kreativiti dan imaginasi kanak-
kanak akan dapat ditingkatkan. Ini kerana kanak-kanak perlu menghuraikan idea
mereka ke dalam bentuk lukisan sebenar dengan menyelitkan pelbagai unsur seni
seperti lakaran, hiasan, garisan, objek dan sebagainya. Kreativiti adalah satu bentuk
kemahiran yang berkaitan dengan keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan suatu
karya yang menarik, kreatif dan mempunyai makna yang tersirat. Contohnya seperti
menghasilkan kolaj dengan menggabung jalinkan pelbagai unsur alam semula jadi

4
sehingga membentuk satu pemandangan yang bermakna dan menarik. Dalam pada
itu, aspek kreativiti kanak-kanak juga dapat dilihat menerusi kemampuan kanak-
kanak untuk menghasilkan karya arca yang unik dan mempunyai makna yang
tersendiri berdasarkan kepada daya kreativiti kanak-kanak. Ini bermakna bahawa
kreativiti adalah satu bentuk kemahiran dan keupayaan yang dapat dibentuk dan
ditingkatkan dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti seperti mana yang turut
ditekankan dalam mata pelajaran PSV.

3) Kaedah Mengolah Bahan


Kaedah ketiga yang dicadangkan oleh Laura untuk memastikan aktiviti artistik seni
dapat membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak adalah dengan
meningkatkan kemahiran guru dalam mengolah bahan dan alatan seni. Dalam aspek
itu, setiap guru seni perlu bimbingan kanak-kanak dalam menggunakan bahan dan
teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjuk cara
supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri. Kaedah pengolah
bahan ini dapat dikaitkan dengan perkembangan psikomotor kanak-kanak. Dalam
aktiviti seni, kanak-kanak perlu dibimbing dan diajar oleh guru untuk menggunakan
pelbagai bahan dan alatan seni untuk memastikan karya seni dapat dihasilkan dengan
sempurna. Contohnya seperti kemahiran menggunakan cat minyak, kemahiran
mewarna menggunakan berus dan warna air dan pelbagai bentuk kemahiran lain.

Dalam pada itu, kemahiran mengolah ayat ini juga dapat dikaitkan dengan
perkembangan kemahiran psikomotor. Domain prikomotor kanak-kanak dikaitkan
dengan dengan perkembangan kemahiran motor halus, motor kasar dan kemahiran
manipulasi alatan. Aktiviti seni yang dijalankan tidak hanya menekankan kepada
minda dan pemikiran kanak-kanak sahaja. Sebaliknya, aktiviti seni yang dijalankan
turut membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak seperti kemampuan kanak-
kanak dalam menggunakan bahan dan alatan lukisan. Dalam menghasilkan kraf
tradisional misalnya, kanak-kanak akan digalakkan untuk memanipulasikan pelbagai
bahan dan alatan yang mungkin tidak pernah digunakan untuk menghasilkan kraf
yang menarik. Cotnohnya seperti menggunakan daun kelapa untuk menghasilkan

5
anyaman tikar yang menarik dan unik. Begitu juga dengan penggunaan alatan
lukisan lain seperti pensil crayon, warna air, cat minyak dan sebagainya yang juga
akan dipelajari oleh kanak-kanak dalam menghasilkan satu karya seni.

Menurut Laura Chapman, aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak akan
menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan dan meneroka pelbagai bahan dan
alatan dengan cara yang kreatif dan kritis yang akan membantu perkembangan
kanak-kanak. Namun begitu, ianya memerlukan bimbingan menyeluruh daripada
guru. ini kerana, tidak semua kanak-kanak mampu menggunakan bahan dan alatan
seni dengan baik. Dalam menghasilkan lukisan menggambar misalnya, kanak-kanak
tidak akan mahir menggunakan berus warna dan warna air sekiranya tidak dididik
oleh guru. Begitu juga dengan kemahiran melukis dengan penggunakan pensil warna
dan krayon yang hanya akan dapat dibentuk dan ditingkatkan dengan bantuan guru.
Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan dan tanggung jawab yang
sangat luas dalam memastikan aktiviti menghasilkan karya seni akan dapat
meningkatkan perkembangan kanak-kanak sama ada yang berkaitan dengan
perkembangan kognitif, perkembangan kreativiti mahupun perkembangan
psikomotor.

Daripada analisis dan perbincangan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa guru
seharusnya mempunyai beberapa ciri yang utama sekiranya ingin melaksanakan aktiviti
menghasilkan karya seni. Tiga kaedah artistik yang dinyatakan oleh Laura iaitu kaedah
menjana idea, kaedah mengolah idea dan juga kaedah mengolah bahan adalah antara
bentuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru seni. Ini penting
agar empat organisasi kurikulum PSV akan dapat dilaksanakan dan dapat dicapai dengan
lebih memuaskan. Empat organisasi kurikulum PSV tersebut ialah pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kreatif dan kritis dengan bahan dan alatan, apresiasi seni secara
mudah dan juga menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Perkara yang sama
juga turut ditekankan oleh Laura Chapman yang menekankan kepada empat elemen utama
dalam menjalankan aktiviti seni. Antaranya ialah pemerhatian, penerokaan, apresiasi
dalam perlanjutan dan juga penghasilkan.

6
3.0 Analisis Karya Seni Kanak Berdasarkan Kepada Kaedah Laura Chapman
Patricia James (1999) menyatakan bahawa kanak-kanak atau seseorang pelajar belajar
kemahiran kreatif dan kritis melalui seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora
dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat
kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan pengetahuan, pengalaman
dan perasaan. Ini bermakna bahawa seni adalah satu aktiviti yang akan dapat membantu
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang menerusi pengetahuan, pengalaman
dan perasaan yang terbentuk semasa menghasilkan karya. Dalam erti kata lain, proses
untuk menghasilkan karya seni akan memberikan makna yang besar ke atas perkembangan
kanak-kanak khususnya yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti, kognitif dan
psikomotor kanak-kanak.

Untuk meneliti dan melihat aplikasi dan penjelasan berkenaan tiga kaedah artistik yang
dinyatakan oleh Laura Chapman, tiga karya seni kanak-kanak akan dianalisis dan dikaji
sama ada menekankan kepada ketiga-tiga kaedah ini atau sebaliknya. Dalam masa yang
sama, analisis juga akan dilakukan ke atas kesan penggunaan kaedah artistik Laura
Chapman ini dalam meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak:-

1) Karya Pertama
Karya pertama yang akan dianalisis adalah karya lukisan menggunakan warna air
seperti mana yang dinyatakan dalam rajah 1 di bawah:-

Rajah 1 : Lukisan Warna Air

7
Berdasarkan kepada karya lukisan yang dinyatakan di atasa, tema lukisan tersebut
adalah flora dan fauna di mana kanak-kanak yang menghasilkan lukisan ini
bercadang untuk menghasilkan sebuah lukisan dengan menggunakan warna air. Idea
utama yang dicadangkan oleh kanak-kanak ini adalah menghasilkan satu
pemandangan di suatu kawasan lapang seperti di kawasan padang, taman dan
sebagainya. Daripada idea ini, maka kanak-kanak tersebut perlu memuatkan pelbagai
objek flora dan fauna seperti bunga, haiwan dan sebagainya. Perkara ini juga turut
dapat dilihat pada lukisan tersebut di mana kanak-kanak yang menghasilkan lukisan
ini telah memuatkan rumput, bunga dan pokok yang diletakkan di bahagian baawah
dan tepi lukisan untuk menunjukkan objek flora. Dalam pada itu, kupu-kupu pula
adalah objek fauna yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak dalam lukisan tersebut.
Selain itu, lukisan tersebut juga turut memuarkan matahari dan awam yang
merupakan objek alam lain yang juga dimasukkan dalam lukisan menggambar
tersebut. Ini bermakna bahawa proses mengolah idea yang dihasilkan oleh kanak-
kanak tersebut telah dapat dilakukan dengan baik dan memuaskan. Ini juga turut
memperlihatkan perkembangan kreativiti kanak-kanak ini khususnya dalam
memasukkan pelbagai objek dan elemen dalam lukisan beliau.

Selain itu, kaedah mengolah bahan bagi kanak-kanak ini juag turut dapat dilakukan
dengan baik. Ini dapat dilihat menerusi warna yang digunakan oleh kanak-kanak
adalah menarik dan tidak menunjukkan kecelaruan warna. Contohnya seperti warna
tumbuhan yang diwarnakan dengan warna hijau, bunga yang diwarnakan dengan
warna merah dan biru dan sebagainya. Dalam pada itu, objek yang dilukis juga
adalah menarik dan menyerupai objek asalnya seperti bentuk kupu-kupu yang
menyerupai ciri fizikal kupu-kupu. Ini bermakna bahawa kemahiran kanak-kanak
dalam mengolah bahan lukisan seperti pensil dan warna juga berada pada tahap yang
baik dan seterusnya membantu meningkatkan perkembangan kreativiti kanak-kanak
tersebut.

8
2) Karya Kedua
Karya seni kedua adalah lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan warna
krayon. Penggunaan warna krayon adalah berbeza dengan menggunakan jenis warna
lain. Oleh itu, kanak-kanak perlu mahir dalam menggunakan warna krayon tersebut.

Rajah 2 : Lukisan Warna Krayon

Lukisan yang seharusnya dihasilkan oleh kanak-kanak ini adalah lukisan yang
bertemakan alam semula jadi. Oleh itu, pelbagai unsur dan objek alam semula jadi
boleh dimasukkan ke dalam lukisan kanak-kanak sepertu gunung-ganang, langit dan
awam, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Namun begitu, kaedah mengolah idea
yang dimiliki oleh kanak-kanak ini masih berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Ini kerana, lukisan yang dihasilkan masih tidak menerangkan pelbagai
elemen alam semula jadi pada lukisan tersebut. Sebaliknya, hanya bunga yang
diwarnakan dengan warna merah jambu sahaja yang dilihat sebagai elemen alam
semula jadi. Sebaliknya, warna biru, oren dan hijau yang menjadi latar belakang
lukisan tidak dapat difahami maksudnya dengan khusus.

Namun begitu, lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini adalah satu lukisan
yang baik di mana kanak-kanak ini dapat menggunakan warna krayon dengan baik.
Ini dapat dilihat menerusi corak warna yang baik dan sebati di semua bahagian. Latar
belakang berwarna biru misalnya telah diwarnakan dengan kemas walaupun tidak
sekata. Walau bagaimanapun, tindakan kanak-kanak tersebut yang menenuhkan

9
keseluruhan latar belakang lukisan memperlihatkan akan kemahiran kanak-kanak
dalam mengolah bahan lukisan dengan baik dan menasik.

3) Karya Ketiga
Lukisan ketiga pula adalah lukisan yang juga bertemakan alam semula jadi. Tema ini
telah dinyatakan sendiri oleh kanak-kanak di mana kanak-kanak tersebut ingin
menghasilkan lukisan yang bertemakan alam semula jadi seperti mana yang dapat
dilihat dalam rajah 3 di bawah:-

Rajah 3 : Lukisan Poster

Daripada tema yang dijana, maka kanak-kanak tersebut telah mengolah idea tersebut
dengan baik. Ini kerana lukisan poster yang dihasilkan tidak hanya memuatkan
elemen flora seperti rumput da juga pokok dalam lukisan tersebut. Sebaliknya,
kanak-kanak tersebut juga turut memuatkan beberapa unsur alam semula jadi yang
lain seperti air terjun dan batu-batuan yang terbentuk di tepi air terjun berkenaan. Ini
memperlihatkan akan perkembangan kreativiti kanak-kanak ini dalam mengolah idea
dengan baik dan memuaskan.

Begitu juga dengan kemahiran kanak-kanak ini dalam mengolah bahan seperti warna
air yang diwarnakan dengan baik dan sesuai dengan sifat alam semula jadi
berkenaan. Contohnya seperti batu-batuan yang diwarnakan dengan warna coklat,
tumbuhan yang diwarnakan dengan warna hijau dan juga air terjun yang diwarnakan

10
dengan warna biru. Selain itu, corak warna yang dihasilkan pada lukisan tersebut
juga dilihat sangat menarik walaupun tidak menyerupai sifat sebenar objek alam
semula jadi tersebut. Ini bermakna bahawa kanak-kanak ini sangat kreatif dalam
menterjemahkan pelbagai objek alam semula jadi untuk menghasilkan lukisan yang
bermakna dan menarik.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat
bahawa aktiviti menghasilkan karya seni seperti mana tiga karya seni yang dinyatakan
adalah satu aktiviti seni yang dapat membantu meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak.
Namun begitu, setiap aktiviti seni yang dijalankan perlu menekankan kepada tiga kaedah
utama seperti mana yang disarankan oleh Laura Chapman. Tiga kaedah tersebut ialah
kaedah menjana idea, kaedah mengolah idea dan juga kaedah mengolah bahan. Namun
begitu, guru perlu memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak untuk mengolah
setiap karya seni dengan baik dan menarik.

4.0 Kesimpulan
Aktiviti seni adalah satu bentuk aktiviti yang akan dapat membantu meningkatkan
perkembangan kanak-kanak. Sekiranya dilaksanakan dengan betul dan menepati prinsip
pengajaran seni seperti mana yang disarankan oleh Laura Chapman, usaha untuk
membentuk dan meningkatkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak adalah suatu yang
tidak mustahil untuk dilakukan. James dalam ‘Ideas in Practice’ (1999) menyatakan
bahawa seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar
dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di
dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan potensi
pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek tertentu. Selain dari itu
keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai ‘gifted child’ (individu yang
berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang
”gifted” kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh
belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan
menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted).

11
Walau bagaimanapun, setiap aktiviti seni yang ingin dilaksanakan oleh guru perlulah
berteraskan kepada sukatan pelajaran PSV dan menepati empat organisasi kurikulum PSV.
Perkara yang sama juga turut ditekankan oleh Laura Chapman di mana setiap aktiviti seni
yang dilakukan oleh kanak-kanak seharusnya mampu untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan perkembangan kanak-kanak.

Aktiviti menggambarkan yang melibatkan kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya


pemikiran kreatif kanak-kanak dan seterusnya membentuk pertumbuhan kognitif, fizikal,
sosial dan emosi kanak-kanak yang lebih positif. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap
kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-
kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu
daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan
kanak-kanak (Md Nasir Iberahim dan Iberahim Hassan, 2003). Laura H. Chapman di
dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses
kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses
penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini, menurut
beliau, digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Begitu juga dengan aktiviti
menggambar yang melibatkan kanak-kanak di mana pelaksanaan aktiviti menggambar
juga mampu meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak dan seterusnya membantu
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam segala aspek seperti perkembangan
kognitif, sosial, fizikal dan emosi kanak-kanak.

Jumlah : 3,020 Perkataan

12
Rujukan
Abu Sareh Haron, (2006). Figura Dalam Seni Halus. Sasbadi, Petaling Jaya, Selangor

Amabile, T.M. (1983). The Social Psychology Of Creativity. New York: Springer Verlag.

Azizah Lebai Nordin, (1995). Pengajaran Pembelajaran Prasekolah, Jurnal Masalah


Pendidikan, Jilid 19, 11-26

Barnes, R. (1987). Teaching Art To Young Children, London: Routled

Burton, J.M. (1994). The Arts In School Reform. Teachers College Record, 95, 477- 493.

Burton, J.M. (2000). The Configuration Of Meaning: Learner-Centered Art Education.


Studies In Art Education, 41, 330-345.

Chetelat, Rj. (1981). Visual Arts Education For The Gifted Elementary Level Art Student.
Gified Child Quarterly, 25(4), 154-158.

Clark, G.A. (1993). Judging Children’s Drawing As Measures Of Art Abilities. Studies In Art
Education, 34, 72-81.

Efland., Arthur D. (2002). Art & Cognition, New York: Teachers College Press.

Gordon, A. M. & Browne, K. W. (2004). Beginnings & Beyong Foundations In Early


Childhood Education (6th Ed.). Ny: Thompson Delmar Learning.

Haley, Ivy. (1971). Creative Collage. London: Charles T. Bransford.

Johnson, J. E., (2005). Approaches To Early Childhood Education (4th.Ed.). Nj: Merill
Prentice Hall

Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi & Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. (2001).
Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia.

Torrance, E.P. (1974). The Torrance Tests Of Creative Thinking: Technical- Norms Manual
Bensenville, Il: Scholatic Testing.

Wankelman, W.F & Wigg, P. (1993). A Handbook Of Arts And Crafts, Usa: Brown And
Benchm

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Shah
Alam: Fajar Bakti

13

Anda mungkin juga menyukai