Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

1(a) Antara dua peranan deria sentuh dalam aktiviti penghasilan seni visual adalah:

Menurut Zulkifli Yaakob, (2010), sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan


jari. Ia merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-
kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Contohnya, dalam aktiviti seni visual kanak-kanak
menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Manakala dalam mata
pelajaran muzik, pelajar akan cuba menciptakan satu corak irama yang berbeza, apabila
mendengar sesebuah lagu misalnya seperti memetik gitar. Ini adalah kerana pelajar, terutamanya
kanak-kanak suka membuat improvasi atau mengubahsuaikan satu-satu perkara baru. Dalam
pergerakan pula, mereka dapat mengetahui aras atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana,
dekat atau jauh.

Selain itu, deria sentuhan juga berperanan untuk membentuk psikomotor halus dalam
kreativiti pelajar. Contohnya, dengan menggumpal kertas dan main tanah liat dalam pendidikan
awal kanak-kanak, dapat menguatkan otot-otot tangan mereka untuk memegang pensil
seterusnya menghasilkan tulisan ataupun lukisan yang menarik. Hal ini menunjukkan deria
sentuhan sangat memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan aktiviti seni visual
seawall mereka bayi.

1(b) Antara dua manfaat kepada pelajar terhadap aspek perasaan dalam pembelajaran seni visual
adalah:

Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Murid-murid
mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya
dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja menghasilkan karya seni. Maka,
terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan
dan keinginan diterima sebagai anggota kumpulan. Kanak-kanak juga akan merasakan bahawa
guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Mata pelajaran ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan yang
tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa
rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Guru juga boleh
mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Hal ini kerana,
perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau
tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian
kepada seseorang.

Selain itu, perasaan merupakan hasil luahan hati, melalui pembelajaran seni visual pelajar
dapat belajar cara mengawal perasaanya dalam melakukan sesuatu perkara dengan bimbingan
guru tersebut. Contohnya apabila sedang bermain, telah menjadi adat pertandingan ada yang
kalah dan ada yang menang. Yang menang akan berperasaan gembira, manakala yang tewas
akan merasa kecewa. Dalam situasi sebegini, pelajar akan menggunakan nilai-nilai murni yang
telah diterapkan umtuk menahan kesabaran dan penerapan sebelum menjurus ke perlawanan
sebenar.

2(a) Penegasan :
Penegasan dalam konteks pendidikan seni visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur
untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan ialah dengan mewujudkan
kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan,
ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan
penegasan. Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di
dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai enter of Interest, Focal Point dan Eye
Catcher. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan
kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan

     Dalam proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara
menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan
dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid
berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dapat menimbulkan
fokus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan. Contohnya,
prinsip penegasan dapat diaplikasikan dalam reka bentuk hiasan dalaman merujuk kepada
kaedah penggunaan warna atau perabot yang mampu menjadi tumpuan dan fokus utama.

2(b) Imbangan :
Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan. Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan
kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada dalam keadaan yang stabil, sama
berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan,
rupa dan warna. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu keseimbangan simetri dan keseimbangan tidak
simetri. Keseimbangan simetri merupakan unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas
dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) manakala
keseimbanagan tidak simetri pula merupakan unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. Prinsip ini mempunyai beberapa
panduan untuk menentukan keseimbangannya. Antaranya adalah, menggunakan mata adalah
cara yang terbaik dalam menentukan keseimbangan. Kedua, elakkan meletakkan objek yang
gelap di atas objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang kecil. Ketiga, objek yang
cerah dan objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil. Keempat, hukum graviti
perlu diapilkasikan dalam prinsip ini.

BAHAGIAN B

SOALAN 1
EMPAT faktor asas kanak-kanak dalam merangsang kepekaan deria yang merupakan
ruang bagi pembelajaran.

a) Pengalaman
Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanak-kanak
mempelajari sesuatu. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan intim
dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk memahami persekitaran, kanak-kanak perlu lebih peka
dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deria yang dimiliki – deria rasa,
bau, dengar, lihat dan sentuh. Umum mengetahui bahawa setiap insan normal mempunyai lima
deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini
memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-
sangat diperlukan untuk proses pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, guru
haruslah bijak mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka. Penggunaan deria yang baik
akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya
menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Pelbagai pendekatan
boleh diambil oleh guru untuk merangsang penggunaan pancaindera kanak-kanak. Dalam
konteks pembelajaran, pendekatan mengadakan perbincangan dan lawatan boleh menajamkan
deria para pelajar.

b) Penumpuan
Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi
kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu
mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak
hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada
usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada
mereka di atas usaha menghasilkan karya.

c) Tugasan yang jelas


Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambar-
gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej
yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai
lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah
menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun
risalah,ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.Guru perlu memahami bahawa
terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan gambar-gambar foto kepada kanak-
kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di
dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang
beranggapan bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak
ada elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi
merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat
awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek
alam, namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi
gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang
serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian.
Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana mereka
perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

d) Tempoh masa
Didapati melukis pada waktu subuh dan malam di mana keadaannya sunyi
memungkinkan penimbulan idea yang banyak berbanding dengan waktu tengah hari dan petang
kerana keadaan adalah bising dan terdapat pelbagai aktiviti yang menyebabkan seorang itu
kurang memberi tumpuan. Dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh
seboleh-bolehnya biarlah satu corak yang menyegarkan atau aktif, kerana pada waktu ini, iaitu
awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya aktif. Untuk itu,
corak irama yang sesuai adalah seperti rentak “march”. Berbanding pada waktu malam,
kebanyakan pelajar mengantuk maka corak irama yang sesuai adalah seperti asri, masri, slow
rock dan sebagainya dan lagu yang sesuai pun adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang
mempunyai mud yang lembut. Manakala pergerakan pula, pada masa subuh, pergerakan yang
dilakukan adalah bercorak sederhana kerana pelajar itu baru bangun tidur. Berbanding dengan
masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan aras tinggi iaitu masa yang aktif.

SOALAN 2

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989), pengamatan bermaksud pengawasan
atau penelitian. Jika dialihbahasa ke Bahasa Inggeris, istilah pengamatan bermaksud ‘perception’
atau persepsi. Buku Pengantar Psikologi (1990) pula menyatakan bahawa pengamatan bukanlah
berlaku secara automatik. Ianya adalah satu proses di mana tiap-tiap kederiaan harus
diorganisasikan dan diinterpretasikan supaya membawa makna yang lebih dalam kehidupan
manusia seharian. Penerima akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya dengan cara
memberikan tumpuan kepada rangsangan tersebut.
Gibson (1969) mendefinisikan pengamatan dari segi fungsinya iaitu sebagai satu proses
di mana maklumat tentang dunia sekitar diperolehi secara langsung. Pengamatan ada aspek
fenomenanya iaitu kesedaran terhadap peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku di persekitaran.
Ia juga mempunyai aspek gerak balas. Ia melibatkan proses pembezaan dan pemilihan gerak
balas terhadap rangsangan.
Teori Gibson menyatakan bahawa dunia luar mempunyai banyak maklumat yang boleh
dipercayai yang memperincikan sifat semulajadi tentang objek-objek dan peristiwa-peristiwa
serta terbuka kepada manusia menerusi deria-deria mereka. Manusia boleh mengesan struktur
sesuatu menerusi pengamatan kerana aliran kederiaan sebenarnya membawa maklumat yang
lebih banyak dan tepat tentang dunia luar berbanding pemprosesan secara intelektual.
Apa yang dipelajari menerusi pengamatan mempunyai ciri-ciri tersendiri dan corak-
corak tertentu yang perlu diekstrak daripada aliran rangsangan. Proses-proses yang berkaitan
dengan pengekstrakan termasuklah mengorientasikan gerak balas anggota deria, pemisahan
hubungan-hubungan dan ketidaklainan, serta mengasingkan ciri-ciri rangsangan yang relevan
daripada yang tidak relevan.

TIGA jenis organisasi pengamatan dari konteks aktiviti seni visual

Konsep pengamatan telah dikaji secara mendalam oleh ahli psikologi Gestalt. Perkataan
Gestalt bermaksud corak, bentuk atau rupa. Gestalt merujuk kepada kepercayaan 6 bahawa
seseorang itu biasanya lebih suka mengatur pengamatannya dalam corak yang tertentu dengan
menyusun semula rangsangan supaya ia menjadi lebih ringkas, lebih lengkap dan lebih teratur
daipada keadaan sebenarnya. Ahli-ahli psikologi Gestalt telah mengasaskan beberapa hukum
tentang persepsi penglihatan yang menjadi asas pada organisai pengamatan. Hukum Gestalt
tentang pengamatan menerangkan bagaimana sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat
ditonjolkan dari latar belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh. Berikut
adalah beberapa hukum Gestalt mengenai pengamatan visual.
i) Mangkuk atau muka
ii) Wanita muda atau Wanita muda
Dalam hal ini, individu perlukan masa untuk mengorganisasikan bahagian-bahagian yang
berasingan hingga dapat memberi sesuatu yang bermakna. Pada umumnya manusia akan
mendaftarkan satu rangsangan sebagai objek dan satu lagi sebagai latar belakang, dan kedua-
duanya boleh bertukar bentuk menjadi objek pengamatan apabila ia didapati sesuai.

Anda mungkin juga menyukai