Anda di halaman 1dari 2

Nyatakan pendapat anda mengenai youtube yang disisipkan.

Kaitkan youtube
tersebut dengan teori dan Seni Dalam Pendidikan yang bersesuaian.

Pada pendapat saya mengenai video tersebut ialah, kanak-kanak yang melibatkan
diri dalam seni dan kreatif ini dapat membantu mereka untuk mengembangkan
aspek mental, sosial dan emosi. Apabila kanak-kanak menguasai berus mewarna, ia
akan dapat meningkatkan kemahiran motor mereka. Dengan mengira jenis dan
warna, mereka secara tidak langsung mempelajari tentang asas-asas matematik.
Apabila mereka diberikan peluang untuk bereksperimen dengan bahan-bahan,
seperti penggunaan warna air atau mencampurkan pelbagai jenis warna demi
menghasilkan warna yang dikehendaki, mereka sedang bereksperimen dengan
sains dan penciptaan. kanak-kanak mungkin tidak dapat meluahkan apa yang dirasa
dan idea mereka melalui lisan, tetapi mereka mungkin meluahkannya melalui seni
seperti melukis, mewarna, muzik, tarian dan ekspresi badan mereka. Seni bukan
sahaja dapat membantu dari aspek pembangunan emosi atau rohani, seni juga
dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak yang amat diperlukan
seperti kemahiran menulis semasa dewasa kelak.

Teori behaviorisme menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan


mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam video tersebut, kedua-dua kanak
tersebut sedang mewarna tanpa sebarang arahan diberi.

Teori-teori pembelajaran kognitivisme adalah bertumpu kepada cara


pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, kanak-kanak memiliki struktur
kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di
dalam ingatan. Contoh budak perempuan itu, mewarnakan rambut pada gambar
lukisan dengan warna hitam. Hal ini berlaku kerana, dia memerhatikan warna rambut
di mana-mana sebelumnya menyebabkannya dia ingat terhadap perkara tersebut.

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana


pengetahuan disusun dalam minda manusia. Kanak-kanak perlu bina sesuatu
pengetahuan iaitu mengikut pengalaman masing-masing dalam aktiviti mewarna.
Melakar dan mewarna halaman kertas yang dilakukan oleh kanak-kanak
melibatkan aktiviti penyelesaian masalah. Menerusi lakaran dapat membantu kanak-
kanak menjadi lebih peka terhadap persekitaran fizikal. Mereka belajar tentang
bentuk, saiz dan warna. Semasa mewarna, anak anda akan belajar untuk bersabar
terutama apabila memerlukannya mewarna kawasan spesifik supaya warna tersebut
tidak terkeluar daripada garisan.

Anda mungkin juga menyukai