Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2012

HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

RONI BIN JUMIL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

800417125243001 800417-12-5243 0198975011 ronijumil@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KENINGAU LEARNING CENTRE

HBAE 1103

ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 PENGENALAN KANDUNGAN HALAMAN 2

2.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK. 2.1 Aspek Kognitif 2.2 Aspek Fizikal 2.3 Aspek Kreativiti 2.4 Aspek Persepsi 2.5 Aspek Sosial & Emosi 3.0 ORGANISASI KURIKULUM 3.1 Pemerhatian Secara Aktif 3.2 Interaksi Yang Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan 3.3 Apresiasi Seni Visual Secara Mudah 3.4 Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan 4.0 5.0 MAKLUMAT SOKONGAN (Sorotan Kajian) KESIMPULAN 10 19 6 4

RUJUKAN / REFERENSI

20

HBAE 1103

1.0

PENGENALAN

Apabila disebut Pendidikan Seni Visual mungkin terdapat sesetengah orang tertanyatanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah Pendidikan Seni Visual?Bagi mereka yang pakar dalam bidang ini mungkin istilah ini sudah menjadi kebiasaan baginya. Oleh yang demikian,eloklah saya definisikan istilah ini satu persatu; i. Pendidikan

Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Menurut Aristotle pula,pendidikan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. ii. Seni

Menurut kamus Dewan edisi keempat,seni bermaksud karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya

HBAE 1103

dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun. Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan menyenangkan ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure). iii. Visual

Menurut kamus Dewan edisi keempat,Visual ditafsirkan sebagai berkenaan atau berdasarkan penglihatan; dapat dilihat. Oleh yang demikian,dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang.

HBAE 1103

2.0

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid produk boleh dan mempertingkatkan objek yang dan menajamkan di sekeliling penggunaan mereka. pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, terdapat

(e) Aspek Sosial dan Emosi Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Tambahan pula, seni lukis merupakan 5

HBAE 1103

bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selaindapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Pendidikan seni visual dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia. Pancainderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pelajar perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan,maka berlakulah pengamatan secara teliti. Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilustrasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti senikesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan denganmeluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. 6

HBAE 1103

3.0

ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar,membuat corak dan rekaan,membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan,koordinasi,manipulasi dan persepsi visual. Dengan memepelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah,murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,kraf tradisional,unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,proses pembuatan hasil seni,menyimpan maklumat atau dokumentasi,mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan,alat dan teknik,mengaplikasi disiplin seni visual,berfikir secara kritis dan kreatif,berkomunikasi secara berkesan membuat pilihan,membuat interpretasi,menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipertingkatkan iaitu:

HBAE 1103

3.1

Pemerhatian Secara Aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu asas perkembangan seni visual emosi juga dan turut imaginasi.Pemahaman tentang

diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek bauatan manusia.Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaras idea,imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Aspek ini melibatkan sesitivit deria.Semasa menyediakan sebarang aktiviti,pemerhatian perlu diberi kepada perkara berikut; 3.2 Pengetahuan sedia ada murid; Benda yang konkrit; Minat,kecenderungan dan latar belakang murid; Bahan,bunyi,pergerakan,dan aksi;dan Mencetus idea dan imaginasi.

Interaksi Yang Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan Peringkat ini menggalakan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Aspek ini melibatkan penerokaan penerokaandan dijalankan penghasilan sebelum atau aktiviti pembuatan.Aktiviti

HBAE 1103

penghasilan.Semasa menyediakan aktiviti,perlu diberi perhatian kepada perkara berikut; a) Penerokaan Aktiviti yang kecil,mudah dan ringkas. Cuba mencuba,suaikenal dengan bahan. Penemuan oleh murid sendiri,uji menguji; Mencari altenatif,variasi dan kemungkinan lain; Bebas daripada jawapan tetap,murid senang dan ingin mencuba; Aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;dan Menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

b) Penghasilan / Membuat. Penggunaan alat bahan dan teknik; Tatacara,langkah dan proses membuat; Amalan tertib kerja; Keselamatan semasa bekerja;dan Penyampaian kandungan subjek,idea,halbenda dengan bentuk hasil. 3.3 Apresiasi Seni Visual Secara Mudah Apresiasi Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dalam kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan,cerita,lakonan,nyanyian,karangan dan puisi.Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

HBAE 1103

3.4

Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka.Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar,nilai patriotisme,nilai kebersihan dan kepekaan.Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

10

HBAE 1103

4.0

MAKLUMAT SOKONGAN (Sorotan Kajian)

TAJUK KAJIAN Kemahiran Psikomotor Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Murid Tahun 2 PENGENALAN Pembelajaran kemahiran psikomotor melibatkan proses dalam saraf deria dan proses motor di mana pembelajaran ini bertujuan untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Dikenali sebagai kemahiran deklaratif mengikut pandangan (merrieuboer, 1992) di mana pandangan ini berasaskan kepada kemahiran melihat apa yang perlu dilakukan dan akan dilaksanakan. Kesediaan psikomotor merujuk kepada kesediaan seseorang individu melakukan aktiviti di mana dalam aktiviti pendidikan seni visual memerlukan koordinasi pergerakan otot. Pernyataan masalah Mengetahui tahap kemahiran psikomotor di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di kalangan murid tahun 2 selain faktor psikomotor dapat menjana minda yang kreatif di kalangan murid-murid. (haubenstricker dan seefeld (1986)) Tinjauan tahap kemahiran psikomotor adalah untuk mengetahui samada berlaku peningkatan kesedaran dan kefahaman murid-murid mengenali tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Mengenalpasti jenis-jenis kemahiran psikomotor yang dominan dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual murid tahun 2 tersebut. Mengetahui kumpulan dan jantina yang lebih dominan melaksanakan kemahiran psikomotor.

11

HBAE 1103

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengetahui tahap kemahiran psikomotor di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual murid tahun 2. 2. Menyenaraikan jenis-jenis kemahiran psikomotor yang lebih dominan sewaktu menjalani pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual murid tahun 2. 3. Mengenalpasti jantina yang lebih dominan menggunakan kemahiran psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. 4. Mengenalpasti kumpulan yang lebih banyak menggunakan kemahiran psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual? BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya dijalankan ke atas murid-murid tahap 1 tahun 2 di sebuah sekolah rendah kebangsaan di seremban, negeri sembilan sahaja dan tidak melibatkan semua murid di sekolah berkenaan dan mana-mana sekolah rendah kebangsaan di seluruh malaysia. Tumpuan penemuan pemerolehan data kajian hanya tertumpu di dalam kawasan sekolah rendah kebangsaan tersebut sahaja. Kajian tertakluk sepenuhnya terhadap pengkaji sendiri dari segi masa, kos dan cara pengendalian kajian. TINJAUAN LITERATUR Menurut Lansing (1971) murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi perlu diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor dalam penggunaan bahan dan peralatan. Laura Chapman (1978) dan efland (1977) pula menyatakan pelajaran pendidikan seni harus boleh menerapkan latihan yang menggunakan kemahiran psikomotor untuk membuat pernyataan mengenai seni dan 12

HBAE 1103

bertindak balas dengan meningkatkan keupayaan individu sebagai seorang penggiat atau sebagai peminat seni. METODOLOGI KAJIAN 1. Rekabentuk Kajian Kajian Ini Dijalankan Dalam Bentuk Kuantitatif Menggunakan kaedah tinjauan dengan instrumen alat kajian ialah borang soal selidik dan senarai semak pemerhatian juga digunakan kerana ia membantu pengkaji mengumpulkan data yang banyak dan difikirkan suatu kaedah yang berkesan.

Rasional menggunakan reka bentuk kuantitatif ini ialah untuk memastikan hampir semua faktor yang mempengaruhi sesuatu keadaan telah dikaji.

2. INSTRUMEN KAJIAN Satu set soalan/borang soal selidik

3. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Mengutip data daripada responden melalui set soalan borang soal selidik dari 3 kelas tahun 2 yang berlainan aras kecerdasan (setiap kelas 20 orang) Bagi murid-murid tahun 2, pengkaji akan membacakan arahan dan soalan tersebut bagi memudahkan pemahaman.

13

HBAE 1103

Jadual 1: Demografi Kajian JANTINA LELAKI PEREMPUAN BANGSA MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN JUMLAH Hasil Dapatan Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 1 (murid- murid suka aktiviti melukis)
60 50 40 kekerapan murid 30 20 10 0 ya soalan 1 tidak 6 54

BILANGAN 30 30 BILANGAN 46 7 5 2 60

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 2 (murid suka melakukan aktiviti menggunting dan menampal) 14

HBAE 1103
50 45 40 35 30 kekerapan murid 25 20 15 10 5 0 ya soalan 2 tidak 16 44

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 5 (murid suka berkomunikasi, bekerjasama dan saling membantu rakanrakan yang lain semasa membuat tugasan seni)
45 40 35 30 kekerapan murid 25 20 15 10 5 0 ya soalan 5 tidak 20 40

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 6 (murid suka membuat binaan daripada kotak menghasilkan sebuah kereta, lori, rumah dan lain-lain ) 15

HBAE 1103
60 50 40 30 20 10 0 ya soalan 6 tidak 56

kekerapan murid

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 7 (murid suka membuat corak menggunakan ubi kentang, span, daun kering dan ranting)
60 50 40 kekerapan murid 30 20 10 0 ya soalan 7 tidak 10 50

Bilangan murid bagi ketiga-tiga kelas memberikan respon terhadap soalan 8 (murid gemar aktiviti melipat kertas untuk menghasilkan sesuatu objek)

16

HBAE 1103

60 50 40 kekerapan murid 30 20 11 10 0 ya soalan 8 tidak 49

17

HBAE 1103

Jadual 2: Skala Min Bagi Tahap Kemahiran Psikomotor TAHAP RENDAH SEDERHANA TINGGI SKALA MIN 0 0.33 0.34 0.66 0.69 1.00

Jadual 3: Kekerapan jantina lebih dominan kemahiran psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual JANTINA LELAKI PEREMPUAN Jadual 4: Kekerapan Kumpulan Yang Lebih Banyak Menggunakan Kemahiran Psikomotor KUMPULAN CERDAS SEDERHANA LEMAH FREKUENSI 150 126 120 MIN 0.93 0.78 0.75 FREKUENSI 203 193 MIN 0.42 0.40

18

HBAE 1103

RUMUSAN Kemahiran psikomotor adalah berada pada tahap yang tinggi mengikut nilai min keseluruhan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual yang merangkumi aktiviti keempat-empat bidang. Murid lebih dominan terhadap kemahiran menggunakan warna krayon dan warna pensil dalam melaksanakan aktiviti seni berbanding tujuh kemahiran lain yang dilihat. Hasil dapatan telah membuktikan bahawa kaum lelaki telah berjaya menguasai kemahiran psikomotor dalam aktiviti seni berbanding kaum perempuan dengan bukti kiraan min lelaki yang lebih tinggi berbanding perempuan. Murid-murid dalam kumpulan cerdas sememangnya lebih aktif menguasai kemahiran psikomotor berbanding dengan kumpulan sederhana dan kumpulan lemah yang menunjukkan nilai min agak rendah berbanding kumpulan cerdas tersebut.

19

HBAE 1103

5.0

KESIMPULAN

Melalui tugasan yang diberikan dapat disimpulkan tiga perkara mengenai pendidikan Seni Visual dan kanak-kanak iaitu; a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatanotot.Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c)Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

20

HBAE 1103

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI 1. Rousliluddin Ambia,Mohd Jamel Hj Mohd Taslim Abd Rahim & Manan Sarbani (2011).HBAE1103 Malaysia. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. 6. Iberahim Hassan. (2000). Matlamat Dan Objektif Pendidikan Seni Visual Untuk Sekolah Menengah: Perlu Kajian Semula. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Balai Seni Lukis Negara. 7. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Open University

21

HBAE 1103

Receipt No : 242749 Assignment Submission Receipt Student ID Course Title Due Date Submission Date Submission Time 800417125243 HBAE1103SMP SEPTEMBER 2012: ASSIGNMENT 18 November 2012 17 November 2012 17:42:09

22

Anda mungkin juga menyukai