Anda di halaman 1dari 22

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

1.0 PENGENALAN Pada masa sekarang, masyarakat hanya memandang rendah pada matapelajaran seni. Mereka hanya bergantung kepada empat matapelajaran yang utama sahaja. Mereka hanya memberi pandangan penuh pada matapelajaran berkenaan sahaja. Namun, mereka tidak semua matapelajaran mempuyai unsur seni apabila kita mendalami. Selain daripada itu, kebanyakan guru tidak memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana sesetengah guru tidak mahu mengajar mengikut teknik maka mereka hanya memberi lukisan dan menyuruh mewarnainya ini juga satu masalah murid tidak dapat tahu teknik berkenaan pada masa tersebut. Apabila mereka menjejak tahun seterusnya mereka masih tidak tahu sepenuhnya tentang seni. Hal ini peranan guru amat besar supaya menarik perhatian murid , memberi pendedahan dan menukar pandangan masyarakat negatif terhadap seni. Pada pandangan saya, kaum cina mendapat sambutan yang baik terhadap seni. Misalnya, satu program anjuran sekolah saya, kebanyakan terlibat oleh pelajar kaum cina dan hadiah dimenangi oleh mereka sahaja. Mereka mempunyai semua peralatan yang lengkap untuk membuat aktiviti seni berbanding dengan lain. Ibubapa mereka memberi sokongan sepenuhnya untuk membeli peralatan-peralatan untuk seni. Kenapa dan mengapa wujud perkara seperti ini? Guru merupakan implementasi dasar kerajaan dan standard kandungan tertera dalam rancangan pengajaran. Guru PSV perlu menonjolkan diri mereka dulu dengan mempunyai pelbagai kreativiti. Selain itu, kebanyakan guru mengajar pendidikan seni visual adalah bukan opsyen pendidikan seni tetapi mereka diberi tugasan untuk mengajar psv mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Kalau guru tidak berminat mengajar psv maka ia memberi impak negatif terhadap murid. Dalam psv bukan murid sahaja perlu ada kreativiti namun guru perlu meningkatkan tahap kreativiti mereka sendiri. Misalnya: apabila seorang guru mempunyai pelbagai kreativiti dalam seni maka ia akan menarik minat murid. Hal inilah dikatakan guru sebagai role model kepada murid. Menurut pandangan Laura H.Chapman (1986) seni adalah untuk masyarakat yang berasaskan kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat. Seni sangat bermakna jika menjadikan unsur kreativiti dititikberatkan dan menitikberatkan imaginasi yang direalitikan. Laura H.Chapman mengemukakan tiga pandangan tentang seni. Pertama ialah seni adalah untuk masyarakat dan ini bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Seni itu tidak
1

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

boleh digunakan untuk kepentingan sendiri maka ia digunakan secara bersama. Seni perlu dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.Kedua, seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni.Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian, penerokaan, penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni. Selain itu, beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah penjanaan idea. Umumnya, dalam penjanaan idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilkan dapat menepati kehendak sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru mestilah membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.Ini membolehkan pelajar dapat menghasilkan karya yang baik.Di samping itu,beliau turut menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini digunakan oleh pengkarya untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Imej atau visual tersebut dihasilkan tanpa terpesong daripada tema dan objektif.Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan.Ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya seni agar karya yang terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing pelajar untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya pemilihan bahan oleh para pelajar mempunyai makna dan nilai tersendiri.Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga, para pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

2.0 PENDAHULUAN Mazlan Mohamad (1997) Pendidikan Seni 2: Planning Art Education- mengambarkan hubungan antara tujuan, matlamat,objektif,pendekatan dan aktiviti. Berdasarkan Laura H.Chapman menekankan tiga kaedah supaya mencapai proses artisitik iaitu (i) Penjanaan Idea (ii) Pengolahan dan Pemurnian (iii) Kemahiran Menggunakan bahan. Dalam pendidikan seni visual guru perlu memainkan peranan penting supaya membimbing murid untuk mencapai satu hasil kerja yang terbaik. Berdasarkan tiga kaedah guru mempunyai peranan penting bagi menjamin murid menghasilkan karya seni mengikut tahap kreativiti murid. Guru menekankan ketiga-tiga kaedah melalui empat aspek utama seperti yang terkandung dalam buku Discover Art, Chapman seperti berikut:1. Pemerhatian Penjanaan Idea

2. Penerokaan

Penjanaan Idea/ Pengolahan dan Pemurnian

3. Penghasilan

Pengolahan dan Pemurnian/ Kemahiran menggunakan bahan

4. Apresiasi

Penjanaan idea Pengolahan dan Pemurnian/ Kemahiran menggunakan bahan

Rajah 1 : Berkait rapat dengan aspek dan kaedah Keempat- empat langkah tersebut dapat dikenalpasti dalam ketiga tiga kaedah seperti tertera diatas.Menurut Laura Chapman, (1978) , sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Mengikut pendapat beliau terdapat tiga tahap perkembangan seni tampak.

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Peringkat Peringkat manipulatif Peringkat melakar Peringkat pra-remaja

Umur Umur 2 hingga 5 tahun Umur 5 hingga 9 tahun Umur 10 hingga 13 tahun

Jadual 1 : Tahap Perkembangan murid Menurut beliau, perubahan setiap peringkat menyebabkan tahap penjanaan idea murid akan berubah. Menurut pendidikan seni visual di Malaysia menekankan teknik atau bahan yang sesuai pada peringkat yang bersesuaian. 2.1 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI Dalam buku Approaches in Art Education (1978)Laura Chapman menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai hubungan yang sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni supaya menghasilkan sebuah karya. Proses artistik diterangkan oleh Laura Chapman bahawa tidak berhenti namun ia akan berulang secara berterusan. Berdasarkan Chapman, tiga disiplin ini tidak menjadi tunjang namun objektif yang ditetapkan tercapai. Menurut, Laura Chapman menekankan tiga kaedah utama supaya menghasilkan sebuah karya seni. 2.1.1KAEDAH-KAEDAH Penjanaan Idea

Kemahiran menggunakan bahan

Pengolahan dan Pemurnian

(Approaches in Art Education (1978) Rajah 2 : Kaedah menghasilkan karya seni


4

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

2.1.1.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Menurut Laura Chapman, murid-murid mempunyai tahap perkembangan dan kreativiti yang berlainan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Peringkat kanak-kanak tidak dapat menetapkan objektif maka mereka hanya melukis mengikut kehendak mereka. Berdasarkan konteks sekolah guru merupakan pengkarya yang menetapkan matlamat, objektif atau hala tuju bagi proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Guru perlu membimbing murid supaya menetapkan halatuju penghasilan karya seni selain menerangkan kaedah menjana idea. Kalau tidak mempunyai hala tuju atau objektif yang jelas maka murid tidak mampu menghasilkan karya. Contohnya. DSV TAHUN 2 Bidang : Menggambar Tema dan tajuk : Objek Buatan Manusia / Rumahku Aktiviti : Melukis Rumahku Alatan/Bahan : Kertas lukisan, pensil warna atau pensil Melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menetapkan bahawa murid menggunakan teknik garisan supaya menghasilkan satu karya.

2.1.1.2 Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Tujuan proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan supaya menghasilkan sebuah karya seni yang teratur dan sistematik. Proses ini membantu untuk pengkarya menetapkan imej atau visual yang hendak dihasilkan dengan tema dan objektif penghasilan. Mengikut murid-murid sekolah tidak dapat menghasilkan sebuah seni pada proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama. Ia perlu diulang beberapa kali supaya memurnikan lagi untuk mendapatkan hasil terbaik. Pada tinjauan saya pada kelas 2 Dinamik mereka tidak dapat menghasilkan lukisan yang apa yang dikehendaki oleh guru. Oleh itu, saya bercadang mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan supaya memurnikan hasil kerja mereka. Menurut Laura H. Chapman, murid belajar sesuatu daripada hasilan pertama dan mereka akan membetulkan kelemahan dan menunjukkan hasil kerja yang terbaik.

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

2.1.1.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Dalam kaedah guru berperanan sebagai pengkarya supaya menetapkan teknik dan bahan yang sesuai digunakan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan menjelaskan tujuan menggunakan teknik dan bahan berkenaan pada set induksi atau langkah 1 supaya memberi pendedahan kepada murid. Pada pandangan saya daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu mendapati bahawa murid tahun 4 tidak dapat aplikasi teknik atau bahan dengan sepenuhnya pada hari pertama. Teknik dan bahan yang dipilih pada proses pengajaran dan pembelajaran perlu ditekankan secara berterusan atau berulang-ulang agar teknik berkenaan dapat diterapkan sepenuhnya. Contohnya : BIDANG Tajuk Kegiatan : : : Menggambar Membuat gambar percikan Membuat cetakan dengan menggunakan tumbuhan Aras 3 - Murid boleh memilih teknik cetakan mudah

Hasil Pembelajaran : seperti: percikan Objektif : -

Pada akhir pembelajaran murid dapat : Mengenali teknik cetakan dalam bidang menggambar Menggunakan teknik percikan untuk sebuah lukisan yang kreatif

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini guru perlu mendemostrasi supaya memberi pendedahan tentang cara penggunaan berus gigi dengan tepat supaya menghasilkan percikan yang kemas dan cantik. Guru perlu mengajar bahawa cara memegang berus gigi dan berus gigi tidak mempunyai warna air yang berlebihan ia akan menyebabkan titisan besar terkena pada lukisan maka ia menimbul rasa tidak cantik. Guru perlu membimbing murid dahulu sebelum mereka menghasilkan karya seni. Selain itu murid akan menggunakan bahan berkenaan supaya menunjukkan satu hasil kerja kreatif supaya menunjukkan tahap kreativiti mereka. Gambar diatas menunjukkan bahawa murid berkenaan menggunakan daun dengan menghasilkan bunga. Oleh itu, murid mahir menggunakan bahan dengan menghasilkan satu karya seni.

2.2

Pelaksanaan proses artistik dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual Kaedah-Kaedah Penjanaan Idea Aspek/Langkah Pemerhatian Penerangan - Murid menjana idea daripada pemerhatian. - Menggunakan kreativiti supaya menghasilkan hasil kerja yang diluar jangkaan atau out of box. - Guru perlu membimbing murid supaya menetapkan hala tuju dan objektif . - Murid menghasilkan mengikut tema dan objektif. - Cuba mencuba, suai kenal dengan bahan - Tatacara ,langkah dan proses membuat - Murid dapat menilai hasil kerja mereka samada cantik atau tidak. - Murid akan membuat banyak kali supaya mendapat hasil kerja yang terbaik. -

Pengolahan dan Pemurniaan

Penerokaan/ Penghasilan/ Apresiasi

Kemahiran menggunakan bahan

Penggunaan alat bahan dan teknik Murid merasai alat dan menghargai bahan. Jadual 2 : Pelaksanaan Proses Artistik
7

Penghasilan/ Apresiasi

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

2.3

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Seni Visual dalam menekankan tiga kaedah Kaedah Penjanaan Idea Ciri Guru PSV Guru menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan objektif atau hala tuju yang jelas atau spesifik. Guru perlu demostrasi cara penghasilan karya. Guru membantu murid supaya menjana idea yang kreatif. Guru membuat penilaian terhadap pada tahap kreativiti murid daripada hasil kerja murid. Menurut Laura H.Chapman proses berulang-ulang dan tidak tekal. Guru mengulang teknik apabila murid masih tidak menguasainya. Murid yang dikuasai guru memberi menggunakan bahan yang lain. Guru menerangkan menggunakan bahan pada sesuatu teknik Guru demostrasikan cara memegang bahan dan menghasilkan corak pada bahan. Contohnya: Teknik Catan - Guru menunjukkan cara membentuk corak pada ubi kentang. Guru perlu memberi satu pendedahan kepada murid agar mereka dapat menyentuh dan merasai bahan. Contohnya : Warna air Tinjauan pada proses pengajaran dan pembelajaran mendapat tahu ramai murid masih tidak menggunakannya.

Pengolahan dan Pemurnian

Kemahiran Menggunakan Bahan

Jadual 3: Ciri-Ciri Guru PSV

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

3.0 PENDAHULUAN Menurut Pendidikan Seni Malaysia menekankan empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraftangan. Semua bidang berkenaan diselaraskan dengan aktiviti mengikut tahap murid. Berdasarkan Laura H. Chapman bahawa kreativiti murid-murid dapat dikenalpasti melalui hasil kerja murid. Selain itu, bukan kita melihat hasil kerja dari segi matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Namun guru-guru boleh menerapkan pendidikan seni melalui matapelajaran lain iaitu dikenali sebagai penerapan atau penggabungjalinan. Misalnya, kreativiti murid dapat mengenal pasti dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Dalam matapelajaran kemahiran hidup membantu menguatkan lagi tahap penjanaan idea lebih kreatif. Setiap bidang mempunyai tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Setiap peringkat berkenaan boleh dikaitkan dengan kaedah Laura Chapman iaitu penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan. Kaedah penjanaan idea berlaku pada sebelum menghasilkan hasil kerja. Hal ini kerana murid memerhatikan demostrasi guru dan barulah mereka mula mengaplikasikannya. Kaedah pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan sesuai pada peringkat semasa. Hal ini disebabkan murid-murid akan mengulangi teknik beberapa kali supaya mendapat hasil kerja yang terbaik. Menurut Laura H. Chapman, ia tidak bersifat tekal atau statik, melakukan sesuatu beberapa kali atau berulang-ulang. Selain itu, pada peringkat ini juga mendapati bahawa murid mahir menggunakan media iaitu alat dan bahan. Melalui peringkat ini murid terdedah pada jenis media dan tujuan menggunakannya. Pada peringkat akhirnya, murid akan menjana idea supaya membuat pembentangan tentang hasil kerja mereka. Mereka menjelaskan lukisan mereka dan teknik serta lakaran gambar.

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

3.1 Proses Penghasilan Karya Seni Penghasilan karya seni melalui empat bidang utama iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraftangan. Setiap bidang dapat menerapkan dan mengasah tahap kreativiti murid melalui tiga kaedah yang dikemukakan oleh Laura H. Chapman. Menurut Laura Chapman berpendapat proses artistik dapat diterapkan berulang-ulang bukan hanya satu bidang sahaja maka semua bidang akan meningkatkan nilai artistik dalam kalangan murid. 3.1.1 Menggambar Memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Mengambar memerlukan pemerhatian yang aktif terhadap sesuatu gambar. Setelah mereka mendapat satu imaginasi tentang gambar maka mereka mula mengaplikasikannya. Setiap perjalanan aktiviti menggambar menekan kepada tiga kaedah yang terdapat dalam Approaches In Art Education iaitu: Penjanaan Idea, Pengolahan dan Pemurnian dan Kemahiran . Contohnya : Bidang : A. Menggambar Aktiviti : Melukis - alam semulajadi Alatan/ bahan : kertas lukisan , pensil dan daun kering (unik bentuknya) media : kering

Penjanaan Idea/ Kemahiran menggunakan bahan

Pengolahan dan Pemurnian

Pengolahan dan Pemurnian

10

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Dalam proses menggambar, terdapat tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Kaedah Penjanaan Idea/ Kemahiran menggunakan bahan Langkah / Proses Sebelum - Pemerhatian terhadap bahan - Penyediaan bahan untuk menggambar Semasa - Murid aplikasi bentuk dalam kertas lukisan atas pemerhatian. - Ia lebih berpandu kepada kaedah pengolahan dan pemurnian. - Murid menggunakan alat atau bahan yang sesuai untuk melukis dan warna. Selepas - Murid telah menghasilkan sebuah rekaan yang cantik berdasarkan pemerhatian. - Murid akan menghayati lukisan atau membuat bandingan dengan kawan.

Pengolahan dan Pemurnian / Kemahiran menggunakan bahan

Penjanaan Idea

Jadual 4 : Proses penghasilan karya Kesimpulannya, pada peringkat pertama guru menetapkan matlamat supaya menggunakan satu bahan untuk menghasilkan satu karya seni. Murid-murid akan memerhatikan bahan berkenaan dan menjana idea supaya menghasilkan karya yang terbaik. Oleh itu, pada peringkat ini guru perlu membimbing murid supaya mereka menetapkan matlamat dan menjana idea daripada pemerhatian dari bahan berkenaan. Kalau tidak mempunyai objektif yang jelas maka murid akan melukis mengikut kehendak mereka. Pada peringkat pengolahan dan pemurnian murid berkenaan cuba melukis gambar beberapa kali supaya menghasilkan karya yang terbaik. Selain itu, murid dapat mengenali kemahiran menggunakan bahan atau teknik yang sesuai bagi bidang ini. Dalam aktiviti ini, murid menggunakan sedaun yang kering dan mengaplikasikan dalam bentuk gambar. Seterusnya murid juga mendapat tahu bahawa alatan yang sesuai digunakan dan tujuan menggunakannya. Contoh: menggunakan alat seperti :

11

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Media Alat

Contohnya Pensel 2B -

Penerangan Mendapat hasil karya yang jelas dan terang. Sekiranya murid tidak membawa pensel warna guru boleh menggalakkan semua murid menggunakan pensel 2B. Menggunakan berdasarkan penetapan dalam standard pembelajaran. Daun kering mendapati satu bentuk unik. Senang mendapati dan murid akan menghargai alam sekitar . Mempunyai hubungan antara ton warna iaitu: bersesuaian warna putih dengan hitam.

Bahan

Daun Kering

Kertas Lukisan -

Jadual 5 : Jenis Media dan Penerangannya 3.1.2 Membuat corak dan rekaan Kegiatan membuat corak dan rekaan membantu murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Bidang lebih sesuai supaya mencungkil penjanaan idea dan mengenalpasti tahap kreativiti murid. Menurut Laura Chapman ketiga-tiga kaedah lebih jelas menekankan dan dikenalpasti melalui bidang daripada murid.

12

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Contohnya: Bidang : B. Mencorak Aktiviti : Percikan Tahun 1 - DSV - KSSR Alatan/ Bahan : kertas lukisan, warna air, berus gigi lama, span Media : Basah

Dalam proses mencorak boleh menjelaskan dalam tiga peringkat dengan kaedah Laura H. Chapman:Kaedah Penjanaan Idea/ Kemahiran menggunakan bahan Langkah / Proses Sebelum - Memilih warna yang sesuai. - Penyediaan bahan atau alat yang lengkap untuk percikan Semasa - Membuat percikan di atas kertas lukisan dengan menggunakan berus - Mengenalpasti cara memegang berus dan membuat percikan Selepas - Menghasilkan sebuah corak yang cantik dan kemas - Membuat pembentangan hasil kerja.

Pengolahan dan Pemurnian / Kemahiran menggunakan bahan

Penjanaan Idea

Jadual 6: Proses penghasilan karya


13

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Kesimpulannya, setiap peringkat proses penghasilan karya seni mempunyai hubungan antara dengan tiga kaedah yang ditekankan oleh Laura Chapman. Dalam peringkat pertama guru menunjukkan contoh gambar kepada murid supaya menjana idea murid dengan mengenalpasti teknik yang digunakan atau memberi pendedahan kepada murid berkenaan.

Pada langkah kedua guru perlu demostrasi tentang cara memegang dan membuat percikan di atas kertas lukisan. Langkah ini perlu dibuat beberapa kali supaya menghasilkan percikan yang cantik. Pada tinjauan saya, pada kelas 4 Cekal tidak dapat mengaplikasikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua murid mendapat serba sedikit pendedahan dan teknik menghasilkan karya seni. Ia dilampirkan pada Lampiran 1. Pada langkah ini juga guru perlu menjelaskan tujuan menggunakan alat dan bahan yang sesuai. Guru memastikan dan membimbing murid supaya teknik pegang berus gigi dan cara membuat percikan. Sekiranya murid membuat percikan dengan menggunakan berus gigi mendapati salah maka warna air akan terpercik pada pakaian murid.

Media Alat

Contohnya Berus Gigi Warna air

Penerangan Berus gigi lebih sesuai terpercik pada kertas lukisan. Berus gigi mempunyai berus yang senang terpercik pada kertas.

Bahan

Daun lebih sesuai supaya murid menghargai alam sekitar. - Daun digunakan supaya membentuk satu kreativiti. - Menjimatkan masa berbanding menggunakan bentuk lain. - Senang dan cepat. Jadual 7 : Jenis Media dan Penerangannya

Daun

Pada akhirnya, murid perlu membuat pembentangan tentang hasil kerja daripada penjanaan idea. Mereka perlu mejelaskan tentang idea yang mereka ditonjolkan pada lukisan berkenaan.

14

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

3.1.3 Membentuk dan membuat rekaan Bidang kegiatan ini, mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Melalui bidang ini dapat memberi penekanan pada kaedah penggunaan alat dan bahan. Berdasarkan, aktiviti ini dapat mencapai objektif yang terdapat dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah iaitu: murid dapat menghargai alam persekitaran. Bidang ini membantu murid dapat menghasilkan satu bentuk yang berbeza mengikut pengetahuan sedia ada atau imaginasi. Bidang ini dapat mencungkil kreativiti murid supaya membentuk satu bahan dengan pelbagai jenis corak. Contoh: Bidang : C. Membina dan Membentuk Aktiviti : Bekas Pensil Tahun : 4 Alatan/ bahan : Gelas Polistrin, pensil dan oil pastel @ poster colour. Media : Kering

15

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Dalam proses membina dan membentuk boleh menjelaskan dalam tiga peringkat dengan kaedah Laura Chapman:Kaedah Penjanaan Idea/ Kemahiran menggunakan bahan Langkah / Proses Sebelum - Murid mengenalpasti bahan atau peralatan yang digunakan - Murid berfikir tentang lorekan yang akan dilukis atas permukaan - Mengenalpasti cara penyediaan sebuah bekas pensil yang cantik.

Pengolahan dan Pemurnian / Kemahiran menggunakan bahan

Semasa - Mengenalpasti lorekan yang sesuai dan membuat di atas permukaan - Pemilihan warna yang sesuai supaya menarik perhatian. Pemilihan corak mengikut tahap pemikiran atau imaginasi murid Penjanaan Idea Selepas - Membersihkan tempat Murid membuat perbandingan hasil kerja mereka Jadual 8: Proses penghasilan karya

Kesimpulannya, pada peringkat pertama guru perlu menetapkan objektif dan halatuju bagi proses pengajaran dan pembelajaran dari segi bahan yang digunakan dan jenis teknik dan corak supaya murid tidak keluar daripada tajuk. Seorang perlu mendemostrasi atau tunjuk cara kepada murid sebelum murid mengaplikasikannya. Jika tidak murid akan menghadapi kesusahan untuk menwujudkan satu hasil yang cantik. Menurut Laura Chapman pada peringkat ini kaedah penjanaan idea lebih sesuai supaya guru memberi pendedahan kepada murid maka murid menggunakan kognitif masing-masing dengan mewujudkan hasil kerja yang berlainan. Pada peringkat kedua, murid mengaplikasikan apa yang mereka diperhatikan daripada demostrasi guru. Guru PSV perlu membimbing murid supaya melaksanakan aktiviti dengan kemas dan cantik. Menurut Laura H. Chapman, pada peringkat ini menekankan kaedah

16

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

pengolahan dan pemurnian idea dan kemahiran menggunakan bahan. Murid mengenali bahan yang sesuai dan tujuan digunakan supaya menghasilkan hasil kerja. Guru perlu memainkan peranan penting supaya menerangkan jenis alat dan bahan sesuai digunakan kerana murid masih tidak tahu tujuan menggunakan media berkenaan. Contohnya: Media Alat Contoh Pensil Penerangan Ia digunakan untuk membuat corak diatas permukaan gelas. Peralatan ini boleh mewarnai diatas permukaan gelas berbanding dengan pensil warna. Alat ini warnanya akan melekat pada permukaan kerana ia mempunyai minyak.

Oil Pastel Atau Paster Colour

Bahan

Peralatan ini lebih sesuai bagi menghasilkan corak diatas permukaan. Jadual 9 : Jenis Media dan Penerangannya Pada peringkat terakhir hasil kerja murid dinilai oleh guru. Disamping itu, murid

Gelas Polistrin

akan menjana idea dalam pembentangan hasil kerja mereka. Setiap murid akan menggunakan corak berlainan oleh itu mereka perlu menjelaskan hasil kerja mereka sendiri. Menurut Laura Chapman kaedah penjanaan idea lebih sesuai supaya murid mengemukakan idea mereka tentang kenapa, mengapa dan tujuan. 3.1.4 Mengenal Kraf Tangan Bidang ini memerlukan domain kognitif supaya menghasilkan bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah menekankan mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

17

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Contohnya: Bidang : D. Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti : Membuat barang hiasan ( tembikar ) - teknik lingkaran Bahan : Plastisin

Dalam proses mengenal kraf tradisional boleh menjelaskan dalam tiga peringkat dengan kaedah Laura H Chapman:-

Kaedah Penjanaan Idea/ Kemahiran menggunakan bahan

Langkah / Proses Sebelum Murid menjana idea supaya menghasil sebuah kraf Penyediaan alat,bahan yang sesuai Semasa Murid mengulung plastitin membuat sebuah bakul Murid mempunyai imaginasi tentang bunga dan aplikasi dalam plastisin Selepas Penghasilan sebuah kraf tangan yang cantik Membuat bandingan hasil kerja

Pengolahan dan Pemurnian / Kemahiran menggunakan bahan

Penjanaan Idea

Jadual 10 : Proses penghasilan karya

18

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

Kesimpulannya , pada peringkat pertama guru perlu menerangkan jenis media dan teknik yang akan digunakan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting supaya murid berfikir dan menjana idea daripada hasil pemerhatian. Guru mendemostrasi bagi menghasilkan sebuah bakul dengan menggunakan plastitin. Murid perlu mendapat pendedahan agar mereka dapat menetapkan matlamat supaya menghasilkan sebuah bakul yang kreatif. Pada peringkat ini, dapat dikaitkan dengan kaedah penjanaan idea seperti yang dijelaskan oleh Laura H. Chapman Pada peringkat kedua, murid perlu terdedah dengan jenis media seperti alat dan bahan. Mereka menyentuh dan merasai media berkenaan. Sesetengah murid tidak mahir menggunakan alat seperti warna air. Kebanyakan murid suka menggunakan warna pensil berbanding dengan warna air. Oleh itu guru merupakan model supaya memberi penerangan tentang teknik atau cara menggunakan. Pada peringkat ini, guru perlu mengulangi aktiviti ini berulang supaya murid dapat mencapai sebuah hasil yang terbaik. Menurut Laura H. Chapman , kaedah pengolahan dan pemurnian dapat membantu murid membentuk satu hasil kerja terbaik. Hal ini kerana memurnikan lagi bakat murid dalam bidang berkenaan. Menurut Laura H. Chapman , kaedah kemahiran menggunakan bahan dapat membantu murid merasai dan menyentuh bahan berkenaan supaya murid perlu terdedah pada bahan berkenaan. Barulah mereka membentuk sesuatu daripada bahan berkenaan. Media Bahan Contoh Plastitin Penerangan

Senang membentuk Membentuk sesuatu hasil mengikut kreativiti murid. - Boleh mendapati pelbagai warna. - Murid menggunakan bahan pada usia masih kecil. Jadual 11: Jenis Media dan Penerangannya

Pada akhirnya, murid membuat bandingan hasil kerja mereka dengan rakan-rakannya. Guru membuat penilaian terhadap penjanaan idea mereka dalam bentuk hasil mereka. Menurut Laura H.Chapman menekankan kepada kreativiti bahawa setiap murid mempunyai tahap pemikiran berbeza oleh itu wujudnya tahap idea yang berbeza.
19

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

4.0 KESIMPULAN Seni merupakan satu bidang yang keseluruhan yang boleh diterapkan melalui semua matapelajaran. Menurut Laura H.Chapman (1986) seni adalah untuk masyarakat yang berasaskan kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat. Seni sangat bermakna jika menjadikan unsur kreativiti dititikberatkan dan menitikberatkan imaginasi yang direalitikan. Ia dapat diaplikasikan melalui tiga kaedah seperti yang dijelaskan oleh Laura H. Chapman iaitu penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan. Dalam setiap peringkat ini guru memainkan role model supaya menetapkan matlamat, demostrasi dan menilai dan sebagainya. Menurut Laura H. Chapman proses artistik atau kreativiti dapat diterap, diaplikasi dan dinilai serta menghargai melalui tiga kaedah . Berdasarkan Laura Chapman tiga kaedah mempunyai kait rapat dengan empat aspek iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi. Guru memainkan peranan penting dalam penghasilan sesuatu karya. Guru perlu mengaplikasikan ketiga-tiga kaedah dengan sebaik mungkin maka murid-murid dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka. Selain itu, dalam psv terdapat empat bidang utama setiap bidang memerlukan tahap pemikiran yang berlainan. Seterusnya, guru perlu menerangkan tujuan atau teknik menggunakan media supaya meningkatkan tahap kemahiran mereka. Kreativiti murid dapat mengenalpasti daripada hasil kerja mereka. Setiap murid memerhatikan atau menggunakan imaginasi atau pengetahuan sedia ada dan mengaplikasikan dalam bentuk seni namun mereka akan mengubah suai supaya menunjukkan kelainan daripada yang lain. Disamping itu, seni juga menekankan pada kemahiran menggunakan bahan dengan sepenuhnya. Misalnya: murid diberi barang - barang dikitar semula. Mereka berfikir dan menjadikan satu bahan yang boleh digunakan sepanjang hari. Melalui aktiviti ini dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar atau apresiasi.

20

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

5.0 RUJUKAN Buku Ilmiah 1 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), PSV3103 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak. 2 Noraini Tahir, Roszikin Zakaria dan Zainab Zakaria (2009) Cetakan Kedua, HBP3103 Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak, OUM, Selangor. 3 Khairuddin Talib (2009) Cetakan Keempat, HBA3103 Kraf Tradisional, OUM, Selangor. 4 Mohd. Zaihidee Hj. Arshad (2008) Cetakan Kedua , HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, OUM, Selangor. 5 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. Internet 1 http://sss1042-ssl2012.blogspot.com/ 2 http://chikya87.blogspot.com/2010/04/1.html 3 http://www.scribd.com/doc/37212233/Laura-Chapman-Presentation 4 http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/ 5 http://www.scribd.com/doc/84700818/Tugasan-HBAE1203-Seni-Kanak-Kanak Jurnal 1 Salsabila Tang Abdullah, Persepsi guru seni terhadap pelaksanan objektif pendidikan seni visual sekolah menengkah di kawasan Melimau, Melaka.

21

HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak David Anak Wat Oum, Miri Sarawak

22

Anda mungkin juga menyukai