Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pendahuluan Tajuk yang saya pilih untuk melengkapkan kerja kursus EDU 3105 ini adalah dari Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup. Tajuk ini adalah tajuk yang pertama bagi pelajar Tahun 1 dalam mata pelajaran DST di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar Tahun 1 ini telah didedahkan kepada penggunaan ICT terlebih dahulu sebelum mempelajari topic ini, iaitu melalui mata pelajaran TMK. Oleh itu, amat penting untuk menarik minat pelajar agar mereka dapat mengikuti topic ini dengan baik sebelum mempelajari topic lain yang lebih sukar. Dalam topic Benda hidup dan benda bukan hidup ini, pelajar didedahkan kepada objek dan alam di sekeliling mereka. Pelajar-pelajar ini dibawa untuk mengenali alam sekitar mereka agar dapat menarik minat mereka untuk meneroka alam semula jadi yang merupakan perkara asas kepada pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain membawa pelajar-pelajar Tahun 1 ini keluar dan melawat di sekitar kawasan sekolah, guru membuat pendekatan untuk menggunakan slaid Power Point sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk memperkenalkan tajuk ini.Dengan penyediaan slaid yang menarik, dengan animasi yang menarik akan dapat menarik minat pelajar yang aktif untuk mengikuti pelajaran. Selain itu, penyediaan slaid yang menarik, ringkas dan padat ini akan dapat membuat pelajar memahami isi pelajaran dan mengingati fakta penting. Pengajaran di sampaikan dalam bentuk gambar dan video dengan penerangan yang minimum kerana pelajar Tahun 1 ini lebih tertarik kepada gambar, tayangan dan animasi yang boleh bergerak. Untuk bahagian penerangan, guru akan bacakan kerana ada di antara pelajar Tahun 1 ini yang belum dapat membaca dengan lancar. Gambar dan animasi serta video yang digunakan pula kebanyakannya di ambil dari Internet, bagi penghasilan yang lebih menarik dan berwarna-warni. Ini juga penting sebagai unsur penarik kepada pelajar-pelajar ini. Pelajar Tahun1 ini, sebelumnya sudah ada sedikit asas tentang penggunaan TMK, ini akan membantu mereka untuk menjawab soalan latihan. Walau bagaimanapun, bimbingan dari guru tetap di perlukan semasa pelajar menjawab soalan latihan tersebut. Semoga dengan adanya slaid seperti ini akan dapat membantu para pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran dengan lebih mudah. Ini juga akan lebih memudahkan tugas guru dalam memberi penerangan tentang sesuatu konsep atau menerangkan sesuatu fakta.

2.0 Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup


Alam ini ada pelbagai benda. Benda di Bumi dibahagi kepada benda hidup dan benda bukan hidup.Benda hidup memerlukan makanan,minuman, boleh membesar dan boleh membiak.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan tidak boleh membiak.

CIRI-CIRI BENDA HIDUP


Benda hidup dikelaskan kepada haiwan dan tumbuhan. Semua benda hidup mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) memerlukan air
Benda hidup memerlukan air untuk hidip. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya. Benda hidup memerlukan air untuk hidip. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya.

b) memerlukan makanan
Benda hidup memerlukan makanan untuk hidup.Haiwan mencari makanan di sekelilingnya. Haiwan makan tumbuhan atau haiwan yang lain. Kita perlu makan sayur dan daging untuk menjaga kesihatan.

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri. Ada tumbuhan boleh simpan makanan dalam buah dan akar.

c) bernafas
Benda hidup bernafas untuk mendapatkan udara. Benda hidup bernafas dengan cara-cara yang berbeza. Manusia bernafas melalui paru-paru.

Ikan bernafas dalam air melalui insang.

Katak boleh bernafas melalui paru-paru dan kulit.

Tumbuhan bernafas melalui daun, batang dan akar.

d) bergerak
Haiwan boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haiwan bergerak untuk mencari makanan atau melarikan diri daripada bahaya. Hanya sebahagian tumbuhan dapat bergerak. Sebagai contohnya, daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.

e) membesar
Benda hidup boleh membesar. Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak kepada peringkat dewasa. Tumbuhan membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat tumbuhan dewasa.

f) membiak
Benda hidup membiak untuk mendapatkan anak.

Haiwan dapat membiak untuk mendapatkan dua cara, iaitu melahirkan anak atau bertelur.

Haiwan yang melahirkan anak

Haiwan yang bertelur

Banyak tumbuhan membiak melalui biji benih. Tumbuhan lain dapat membiak melalui batang dan daun.

3.0 Contoh persediaan mengajar. RINGKASAN : Di dalam tajuk ini, murid, diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

KANDUNGAN STANDARD Sains hayat 1.1 Memahami ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

STANDARD PEMBELAJARAN 1. Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, penulisan atau lisan. MASA

2 WAKTU ( 60 MINIT)

SUMBER

Kad gambar Kad imbasan Lembaran kerja

i) Penilaian ii) Pemulihan iii) Pengayaan AKTIVITI Langkah 1 (aktiviti kajian lapangan luar bilik darjah)

Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling mereka. Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian.

Langkah 2

Guru menampal gambar pada 2 ruangan Ruangan 1 Benda hidup

Ruangan 2 Benda bukan hidup

Murid menampal hasil kerja pada ruangan yang disediakan. Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditampal di ruangan tersebut. Penjelasan di buat semula selepas perbincangan.
7

Langkah 3

Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan. Murid menampal telah dibuat. kad imbasan keruangan penjelasan yang

PENILAIAN

Murid menyiapkan lembaran kerja (1)


8

PEMULIHAN

Guru bimbing murid menyiapkan lembaran kerja (2)

PENGAYAAN

Murid menyiapkan lembaran kerja (3)

10

PENUTUP

Rumusan penilaian lembaran kerja murid.

11

4.0 Kesimpulan

Tajuk benda hidup dan benda bukan hidup Tahun 1 ini, amat penting sekali buat pelajar Tahun 1 kerana tajuk ini merupakan tajuk yang pertama mereka pelajari bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Pengetahuan mengenai tajuk ini amat penting sebagai pengetahuan asas mengenai keseluruhan ilmu Sains yang bakal mereka terokai dengan lebih mendalam. Amat penting untuk pelajar-pelajar ini menguasai pengetahuan dan konsep berkenaan topic.Ini akan memastikan mereka berada di landasan yang betul dalam memahami alam sekeliling mereka. Dengan bantuan ICT yang ada sekarang akan lebih memudahkan pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk pelajar awal persekolahan yang masih baru bermula mengenali alam belajar. Penyediaan slaid yang menarik ini akan dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi kandungan pelajaran yang di sampaikan. Begitu juga latihan di akhir pengajaran yang berbentuk interaktif yang begitu jarang mereka lakukan. Mereka akan lebih seronok untuk menjawab soalan yang disediakan sambil mempelajari sesuatu. Banyak kaedah dan cara yang boleh digunakan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Salah satu darinya ialah melalui penggunaan ICT ini. Pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan bermakna kepada pelajar-pelajar ini.

12

Anda mungkin juga menyukai