Anda di halaman 1dari 18

Menurut pendapat konstruktivisme arti suatu keadaan tidak terletak dalam kenyataan itu sendiri (no inherent to the

situation), tetapi manusia membangun sendiri arti (construct meaning) dari kenyataan itu. Maka arti yang dibangun oleh seseorang tergantung pada pengalaman dan tujuan yang bersangkutan daripada ditentukan oleh keadaan itu sendiri (van den Berg, 1991:12). Pikiran (otak) manusia bukanlah konsumen pasif dari informasi yang diberikan guru atau dari apa yang dibaca. Pikiran setiap individu secara aktif memproses informasi yang datang, menyaring dan memilih mana yang penting dan mana yang tidak. Proses itu secara sadar dilakukan dengan cara menggunakan pengetahuan yang sudah dimiliki sebelumnya. Informasi yang dipilih kemudian dihubungkan dengan pengetahuan yang sudah dimiliki dan diberi arti. Kemudian pengertian baru akan diuji kebenarannya dengan apa yang sudah diketahui dan disimpan dalam memori (Osborne dan Wittrock dalam Katu, 1995:1). Dengan demikian pengetahuan seseorang tidak bertambah atau terbentuk begitu saja tetapi merupakan suatu proses yang terus-menerus membangun kembali pengetahuannya di dalam memorinya. Dalam proses belajar mengajar guru kadang-kadang menganggap anak sebagai kertas kosong yang belum ada tulisan apapun. Padahal dari pengalaman sehari-hari anak telah memiliki konsepsi-konsepsi awal tentang sesuatu hal. Tradisi konstruktivis bertolak pada kenyataan bahwa siswa telah memiliki konsepsi tertentu tentang suatu fenomena kejadian yang akan dipelajari sebelum mengikuti pelajaran formal ( Leo Sutrisno dalam Sujarwo, 1997: 6). Filsafat konstruktivisme menyatakan bahwa pengetahuan itu dibentuk (dikonstruksi) oleh siswa sendiri dalam kontak dengan lingkungan, tantangan dan bahan yang dipelajari (Suparno, 2002:30). Karena siswa memiliki konsep awal yang mungkin saja berbeda dengan konsep para ahli dan mengkonstruksi sendiri pengetahuannya maka tidak mustahil akan terjadi miskonsepsi atau kesalahan dalam mengkonstruksi pengetahuannya. Dalam konstruktivisme, miskonsepsi merupakan hal yang wajar dalam proses pembentukkan pengetahuan oleh seseorang yang sedang belajar. Pengetahuan itu tidak sekali jadi, tetapi merupakan suatu proses terus-menerus yang semakin sempurna. Bahkan dalam perkembangan mengkonstruksi pengetahuan, siswa dapat bermula dari konsep yang sangat kasar dan sederhana serta tidak lengkap, dan pelan-pelan dalam proses pembelajaran menjadi semakin lengkap, tepat dan benar (Suparno, 2002:32-33). Dengan demikian miskonsepsi dapat dijadikan sebagai awal perkembangan pengetahuan yang lebih baik.

DEFINISI TEORI KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mcbrien & Brandt, 1997) Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh

dengan binaan intelektual yang sedia wujud(Briner, M. 1999) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh mereka sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang telah dibentuk oleh mereka atau mereka akan menyesuaikan peraturan itu agar mereka dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. (Brooks dan Brooks, 1993) Dalam teori konstruktivisme, penekanan yang diberikan kepada murid lebih daripada guru. Hal ini demikian kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah tersebut. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. (Sushkin, N. 1999) Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bennakna kepada mereka: mereka akan sama ada: 1) Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan sedia ada; atau 2) Akan menyesuaikandengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru tersebut denganlebih baik (Brooks & Brooks, 1993). Sehubungan dengannya, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak pula menyerap secara pasif sebarang ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Seorang murid akan menyesuaikan sebarang maklumat barn yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk

pengetahuan barn dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Von Glasersfeld (1995) mengatakan melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Pembinaan ilmu pengetahuan seseorang individu adalah hasilan daripada proses modifikasi, penyesuaian, penyusunan dan pengorganisasian struktur pengalamannya yang lalu. Sehubungan dengan itu, pembelajaran secara-konstruktivisme akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan-murid sementara guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang membimbing mereka membina ilmu pengetahuan ataupun menyelesaikankan masalah yang dihadapi. Guru juga sebagai perekabentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada mood untuk membina ilmu pengetahuan barn. Ausubel (1963) berpendapat faktor yang paling penting dalam proses penerimaan maklumat barn adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu. Pengetahuan sedia wujud ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran murid; dan idea barn yang dipelajari akan disimpan secara berhubungan (berkaitan) dengan konsep yang sedia wujud. Oleh itu, idea menghubung kait antara ilmu pengetahuan lama dan baharn sewaktu proses pengkonsepan perlu diketengahkan. Melalui konstruktivisme, guru akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid dan dapat merancang kaedah pengajarannya berdasarkan tahap/sifatlciri pengetahuan tersebut. Ilmu pengetahuan yang dimilki murid adalah hasilan daripada aktiviti yang dila.kukan oleh mood tersebut dan bukannya pengajaran yang diterima secara pasif.

Menurut Piaget (1970) semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini sesuai dengan skema yang ada; dan murid pula akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini, lni bermakna, proses asimilasi berla.ku terhadap maklumat barn yang diterima. Sekiranya maklumat barn tersebut tidak dapat diserasikan dengan struktur mental sedia wujud maka proses akomodasi pula berlaku satu kerangka skema barn akan dibina oleh murid. Teori pemprosesan maklumat telah dikembangkan oleh pakar-pakar pendidikan seperti Gagne (1965) dengan learning of concept; Taba (1966) dengan inductive thinking; Bruner, Goodnow, dan Austin (1967) dengan concept attainment. Mereka menyarankan maklumat yang diterima akan mula masuk melalui perekod-sensori untuk seketika; dan kemudian berpindah ke ingatan jangka pendek. Maklumat bam dalam ingatan ini mungkin mengganggu atau menutup ingatan lama. lnilah yang dikatakan wujud hubungan antara pengetahuan lama dan barn. Menurut Briner (2005) murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Oleh yang demikian, pembelajaran secara-kontruktivisme berupaya membantu mood membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. lni bermakna, sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang individu adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut; dan bukannya sesuatu maklumat atau pengajaran yang

diterima secara pasif dari luar kerana ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap individu membentuk ilmu pengetahuannya sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih (Nik Azis Nik Pa, 1999).

Prinsip-prinsip Asas Dalam Teori Kostruktivisme Terdapat beberapa prinsip asas dalam Teori Konstruktivisme [2],[3]. Berikut adalah penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan dibincangkan tentang aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar nanti. a) Pengetahuan dibina oleh pelajar pelajar bukan merupakan tin kosong untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para pelajar mestilah construct iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata pada maklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi maklumat dan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh pelajar di mana setiap aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu. b) Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas pelajar perlu membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Sememangnya, setiap pelajar mempunyai pandangan dan satu set idea sendiri tentang subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, malah perlu digalakkan oleh guru dengan adanya bimbingan guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu diaplikasikan oleh para pelajar untuk mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu, seterusnya membentuk suatu pengetahuan dan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.

c) Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial para pelajar perlu berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan juga dengan para pendidik tentang subjek yang sedang dipelajari, iaitu

pembelajaran secara berkumpulan dititikberatkan. Hal ini adalah kerana para psikologi seperti Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang dinamik dan sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh individu-individu yang berlainan perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan yang kukuh asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian semasa dalam kelas. d) Guru merupakan fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar guru hanya membimbing para pelajar, bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke otak pelajar. Guru bertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai. Guru tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan; malah, guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalan-soalan yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar. Menerusi tugasan ini, prinsip-prinsip Teori Konstruktivisme akan diaplikasikan dalam pendidikan; seterusnya, dalam tugasan ini, kesankesannya terhadap pembelajaran para pelajar dan bagaimanakah kesankesan tersebut berlaku akan dianalisis dan dijelaskan.

TEORI KONSTRUKTIVISME Teori Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori Kognitif Model Konstruktivisme Lima fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa yang berikut: a. Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya.

b. Pencetusan idea Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, meggunakan kaeda peta konsep serta membuat laporan dengan menghubung kaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri.

c. Penstrukturan semula. Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk dea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan, peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. d. Aplikasi Idea Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan kuiri dalam kalangan pelajar. e. Refleksi Pelajar akan membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan ali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada ea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal yang mereka telah ubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

PERBEZAAN PENGGUNAAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN TEORI PEMBELAJARAN TRADISIONAL. Satu kajian yang dijalankan oleh Subadrah Nair dan Malar (2005), terdapat 5 perbezaan penggunaan teori pembelajaran Konstruktivisme dan teori pembelajaran tradisional iaitu: Jadual: Perbezaan penggunaan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teri Pembelajaran Tradisional. Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Tradisional Peranan guru sebagai pengurus ilmu. Peranan guru sebagai penyebar ilmu

pengetahuan. Pelajar telibat secara aktif mencari pengetahuan. Pelajar sebagai pendengar pasif. Aktiviti pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Aktiviti pengajaran berpusatkan guru. Pelajar dapat mengaitkan fakta dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar menghafal. Pelajar melakarkan peta konsep mengikut pemahaman konsep masingmasing. Pelajar mencatat nota.

KESAN PENGGUNAAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR 2.1 Kesan terhadap daya pemikiran para pelajar Dalam pendidikan yang biasa iaitu pendidikan konvensional, para pelajar dilatih oleh guru untuk menjawab soalan semata-mata berdasarkan faktafakta. Meskipun cara menjawab soalan ini mampu memberikan jawapan yang betul serta tepat, cara ini tidak menitikberatkan daya pemikiran para pelajar. Mereka hanya perlu mengingati fakta-fakta tertentu dan memberikannya terus sebagai jawapan tanpa benar-benar memahami mengapa jawapan yang diberi adalah sedemikian. Daya ingatan, bukannya daya pemikiran, menjadi asas kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Lebih-lebih lagi, para pelajar hanya akan menjalankan proses pembelajaran secara bersendirian, bukannya berkumpulan. Sebaliknya, hal tersebut adalah amat berbeza dalam pendidikan yang berbentuk konstruktivis. Dalam pendidikan konstruktivis, guru-guru mencabar para pelajarnya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan secara lebih konstruktif, iaitu dengan mengaitkan dan merumuskan konsep-konsep yang diketahui. Cara ini lazimnya dikenali sebagai problem-solving di mana guru mengemukakan suatu situasi dan meminta pelajar-pelajar untuk menjelaskan situasi tersebut secara berkumpulan. Apabila para pelajar menganalisis data yang sedia ada iaitu data yang diberikan oleh guru ataupun data yang boleh diperhatikan oleh pelajar itu sendiri, mereka berupaya untuk membuat justifikasi terhadapnya, seterusnya melakukan suatu ramalan untuk membuat suatu kesimpulan tentang masalah yang hendak diselesaikan. Kesimpulan yang dibina itulah merupakan jawapan bagi soalan yang dikemukakan oleh guru. Tambahannya, kaedah pembelajaran secara berkumpulan dalam kelas ini

meningkatkan lagi kualiti pendidikan yang disampaikan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Johnson and Johnson (1986) [4], terdapatnya bukti kukuh bahawa pembelajaran secara berkumpulan ini mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi dan para pelajar tersebut boleh mengingati maklumat yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih lama berbanding dengan pelajar yang belajar secara bersendirian. Dalam konteks perbincangan ini, teori konstruktivisme mampu meninggalkan kesan yang signifikan khasnya dalam mata pelajaran berunsurkan Sains seperti Biologi, Fizik dan Kimia. Hal ini demikian kerana mata pelajaran tersebut menekankan cara membuat kesimpulan terhadap fenomena alam menerusi eksperimen. Dalam pelaksanaan eksperimen, guru-guru akan menyatakan suatu masalah manakala para pelajar akan berfikir secara berkumpulan untuk merangka suatu eksperimen untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kumpulan pelajar itu perlu membuat pemerhatian sendiri dan seterusnya membuat penilaian terhadap pemerhatian yang dialami supaya boleh memberi penjelasan yang sesuai bagi pemerhatian tersebut. Sesungguhnya, proses ini hanya dapat dilakukan sekiranya kumpulan pelajar tersebut melakukan perbincangan, memikul tanggungjawab sendiri dalam proses pembelajaran, dan hasilnya, pelajar-pelajar yang berfikiran kritis akan dilahirkan (Totten, Sills, Digby & Russ, 1991 [5])Akhirnya, dalam proses ini, para pelajar akan berjaya membina pengetahuan tentang sesuatu fenomena alam menerusi usaha sendiri dengan bimbingan oleh guru dari semasa ke semasa. Tidak dapat dinafikan, jawapan yang dibina secara konstruktivis ini tidak semestinya betul pada setiap masa. Akan tetapi, proses untuk membina jawapan tersebut membolehkan para pelajar untuk menggunakan daya pemikiran mereka, sekaligus melahirkan pelajar yang lebih kritis, kreatif dan rasional. Sememangnya, sama ada jawapan yang dibina itu betul atau salah tidak perlu dibimbangi, kerana pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P), guru masih dapat menjelaskan jawapan yang sebenar. Malah, dalam Journal of Technology Education oleh Anuradha A. Gokhale [6], para pelajar yang telah melibatkan diri dalam suatu kajian terhadap pembelajaran secara berkumpulan telah memberi respons bahawa pembelajaran dengan cara sedemikian berjaya membantu pemahaman mereka, memberangsangkan pemikiran mereka dan memberi persepsi baru kepada mereka. Oleh hal demikian, melalui prosesproblem-solving ini yang berunsurkan teori konstruktivisme, pelajar-pelajar bukan sahaja mendapat jawapan yang

betul, malah dalam proses tersebut, mereka melatih diri sendiri untuk berfikir secara invididu dalam usaha menjelaskan sesuatu fenomena. Hal ini jauh lebih berkesan berbanding dengan kelas konvensional di mana pelajar hanya mengetahui jawapan betul tanpa menggunakan daya pemikiran otak mereka. Selain itu, pendidikan konstruktivis melatih daya pemikiran pelajar apabila guru-guru mengemukakan soalan terbuka (soalan open-ended). Contohcontoh soalan terbuka adalah seperti Apakah pendapat anda terhadap situasi ini?, Terangkan sebab-sebab anda membuat pilihan tersebut., Bagaimanakah anda boleh jelaskan masalah ini?, dan sebagainya. Haruslah disedari bahawa apabila pelajar-pelajar digalakkan untuk memberi respons terbuka, mereka bukan sahaja boleh memberi pandangan sendiri terhadap sesuatu subjek, malah lebih penting lagi, mereka akan didorong untuk memikirkan suatu penjelasan yang logikal bagi menyokong pandangan mereka terhadap subjek tersebut. Dalam konteks ini, guru-guru menerima mana-mana jawapan daripada pelajar, asalkan jawapan tersebut mempunyai asas yang logikal, matang dan bermakna. Soalan terbuka sedemikian sememangnya amat sesuai digunakan dalam proses P & P, terutamanya dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Contohnya, sekiranya dilihat menerusi komponen sastera mata pelajaran Bahasa Melayu, para pelajar dapat ditanyakan sama ada mereka bersetuju dengan tindakan watak-watak dalam sesebuah cerita dan untuk memberi penjelasan atas jawapan mereka. Di samping menggalakkan para pelajar untuk memberi penerangan yang bermakna sebagai sokongan jawapan mereka, soalan terbuka sedemikian boleh melahirkan daya pemikiran yang lebih matang dalam diri pelajar-pelajar. Jelasnya, dari segi daya pemikiran para pelajar, penggunaan teori konstruktivisme dapat menghasilkan proses pembelajaran yang lebih saintifik, matang dan menyeluruh bagi para pelajar. 2.2 Kesan terhadap sikap para pelajar dalam proses pembelajaran Telahpun dibuktikan bahawa terdapatnya hubungan yang jelas antara sikap pelajar dalam kelas serta keberkesanan pembelajaran pelajar tersebut. Keaktifan penglibatan serta usaha yang disumbangkan oleh para pelajar dalam sesuatu aktiviti dalam kelas berhubung kait dengan tahap motivasi para pelajar (Pintrich & De Groot, 1990 [7]; Pintrich & Schrauben, 1992 [8]). Dalam konteks ini, penggunaan teori konstruktivisme dalam proses P & P juga dapat menanam sikap yang lebih positif dalam para pelajar dalam kelas.

Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu tahap penglibatan pelajar dalam kelas, tahap bimbingan yang diberikan oleh guru dan juga kepelbagaian dalam cara pembelajaran. Sekiranya cara pendidikan konvensional dipraktikkan, para pelajar lazimnya merupakan golongan yang pasif, di mana guru-guru akan mengajar manakala penglibatan para pelajar hanya tertakluk kepada mendengar dan menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan sedemikian, kemungkinan besar para pelajar merasakan diri sendiri tidak terlibat dalam kelas. Tidak hairanlah para pelajar berpendapat bahawa sesuatu kelas membosankan. Kesannya, penglibatan para pelajar yang minima ini mengakibatkan sesetengah pelajar hilang minat dan tidak bermotivasi untuk belajar. Menerusi cara pendidikan konstruktivis, tahap penglibatan pelajar dalam kelas ditingkatkan, dan ini mampu menyumbang kepada sikap mereka terhadap pembelajaran mereka. Menurut teori konstruktivisme, interaksi yang jelas antara guru dengan para pelajar perlu wujud. Misalnya, guru-guru sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang memberangsang untuk dijawab oleh pelajar, para pelajar turut digalakkan untuk menyertai sesi perbincangan dengan guru ataupun sesama sendiri. Menurut Garner (1990) [9], proses memperoleh pengetahuan dipengaruhi oleh faktor kontekstual kelas contohnya, interaksi yang dinyatakan tadi mampu menyediakan suasana yang menyumbang kepada pemahaman para pelajar. Pembelajaran yang optimum dapat dicapai dengan adanya komunikasi antara guru dengan pelajar serta dalam kalangan pelajar. Haruslah disedari juga bahawa aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kelas konstruktivis sentiasa berbentuk ringkas supaya para pelajar dapat memahami konsep-konsep utama dalam sesuatu bidang dahulu, sebelum mempelajarinya secara teliti. Ini dapat memudahkan proses pembelajaran, sekaligus memberi motivasi dan keyakinan kepada para pelajar. Motivasi sedemikian pernah digambarkan mempunyai dua komponen: satu yang berkait dengan nilai sesuatu aktiviti dan satu lagi berkait dengan keyakinan pelajar terhadap kebolehannya sendiri untuk berjaya (Pintrich, Marx & Boyle, 1993 [10]). Tambahan lagi, aktiviti dalam kelas yang lebih berkemungkinan membuahkan hasil dalam pembelajaran adalah aktiviti yang dirasakan menarik, penting dan mudah dilakukan oleh pelajar (Strike & Posner, 1992 [11]).

Lebih-lebih lagi, apabila para pelajar berupaya mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dikemukakan dalam kelas, baik secara berkumpulan mahupun individu, mereka akan berasa lebih yakin terhadap kebolehan diri dalam sesuatu bidang. Pokoknya, dengan penggunaan teori konstruktivisme, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk menyertai sesi P & P, seterusnya meningkatkan tahap pembelajaran mereka. 2.3 Kesan terhadap pembelajaran para pelajar yang lebih menyeluruh dari segi praktikal, sosial dan nilai-nilai peribadi pelajar Teori konstruktivisme menekankan bahawa dalam proses P & P, haruslah wujudnya interaksi antara guru dengan pelajar dan juga interaksi dalam kalangan pelajar. Hal ini tidak menghairankan kerana para pakar psikologi masing-masing telah mendapati bahawa proses pembelajaran adalah sesuatu yang aktif, sosial dan melibatkan interaksi yang dinamik antara aktiviti yang dijalankan, guru atau pembimbing, dan pelajar [1]. Malah, menurut suatu kajian yang dijalankan oleh University of Canberra di Australia, pembelajaran berlaku dalam konteks sosial di mana komunikasi antara pelajar dengan rakan-rakan mereka adalah sesuatu yang wajib bagi pembelajaran untuk berlaku [12]. Sememangnya, penglibatan para pelajar dan guru secara sosial menerusi pendidikan konstruktivis meninggalkan kesan pembelajaran yang lebih menyeluruh terhadap para pelajar. Para pelajar bukan sahaja menimba pengetahuan dan melatih diri secara intelektual, malah kemahiran berkomunikasi ataupun soft-skills mereka turut diasah. Tambahannya, dalam proses ini, secara tidak langsung, perilaku dan kelakuan mereka terhadap pelajar-pelajar lain serta sebagai seorang individu juga berkemungkinan bertambah baik. Persoalannya, bagaimanakah kesan ini tercapai? Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan aktiviti pembelajaran dalam sebuah kelas konstruktivisme berbentuk aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan. Sebagai contoh, kita boleh melihat kesan ini menerusi sesi perbincangan dalam sesi P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru sebagai fasilitator kelas tersebut boleh mengemukakan sesuatu topik untuk dibincangkan ataupun dibahaskan. Misalnya, katakan dalam suatu kelas Bahasa Melayu, seorang guru boleh mengemukakan satu usul atau topik untuk dibahaskan dalam kalangan pelajar kelas tersebut. Para pelajar tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan, sesetengahnya akan menyokong usul tersebut manakala yang sesetengah lagi akan membantah usul yang diberikan oleh guru itu.

Dalam menjalankan aktiviti bahas ini, para pelajar perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk membincangkan strategi dalam membahaskan topik tersebut. Hal ini menggalakkan para pelajar berkomunikasi dengan rakanrakan mereka. Pada masa yang sama, menerusi kerja yang dilakukan secara bersama, tentunya hal ini akan menerapkan nilai-nilai sosial tertentu dalam diri pelajar seperti kerjasama, toleransi dan sikap bertanggungjawab. Setelah segala perbincangan dan persediaan selesai dilakukan, perbahasan yang dilakukan antara para pelajar akan melatih mereka untuk menjadi insan yang lebih yakin terhadap kebolehan diri serta menggalakkan mereka untuk meningkatkan kefasihan mereka dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dengan ini, para pelajar dari kelas-kelas bahasa yang berbentuk konstruktivis bukan sahaja memilik pengetahuan tentang penggunaan bahasa dari segi teori iaitu sintaksis yang tepat, kosa kata yang berkesan ataupun tatabahasa yang betul; yang lebih penting lagi, pelajar-pelajar ini akan berjaya menguasai bahasa ini secara praktikal mereka boleh bertutur bahasa ini dengan fasih, lancar dan berkesan. Tidak dapat dipertikaikan, kesan-kesan positif sedemikian menjadi semakin penting saban hari. Kebolehan seseorang untuk bertutur sesuatu bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris, serta kemampuannya untuk bekerja dengan orang lain (kini dikenali dengan meluas sebagai soft-skills) jelas telah menjadi kekunci yang penting bagi para lepasan sekolah ataupun manamana institusi pengajian untuk mendapat biasiswa, pekerjaan, dan lain-lain lagi. Kelas konstruktivis mampu melatih pelajar-pelajar untuk memilik kualiti-kualiti tersebut, bukan sahaja menerusi aktiviti perbahasan, malah, pelbagai aktiviti yang berunsurkan interaksi dan sosial boleh mencerminkan keadaan dalam dunia sebenar, sekaligus memberi mereka ilmu yang menyeluruh dan amat berguna. Dalam kata lain, pelajar-pelajar tersebut tidak akan memperoleh ilmu sekadar untuk lulus dalam peperiksaan dan tidak menggunakannya lagi setelah keluar daripada sekolah. Tanggapan bahawa kelas yang berbentuk konstruktivis ini akan mengganggu sukatan yang perlu diajar haruslah dikikis, kerana sememangnya, seperti dalam contoh aktiviti perbahasan yang dinyatakan tadi, pelajar-pelajar pada asasnya masih perlu bergantung pada penguasaan ilmu mereka dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Dengan ini, sementara mereka membina nilai-nilai sosial mereka, mereka juga akan memajukan diri dari segi ilmu yang diperlukan dalam sukatan pelajaran.

Di samping itu, kesan ini juga boleh dikesan menerusi penggunaan teori konstruktivisme dalam mata pelajaran lain yang bukan bahasa, seperti mata pelajaran berunsurkan Sains, iaitu Fizik, Kimia dan Biologi. Dalam mata-mata pelajaran sedemikian, aspek praktikal boleh diberi penekanan yang sewajarnya menerusi penggunaan teori konstruktivisme dalam P & P seharian. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kelas Sains yang mengamalkan teori konstruktivisme menggalakkan para pelajarnya menjalankan eksperimen untuk membina pengetahuan dirinya tentang fenomena-fenomena yang berkaitan dengan Sains. Tidak dapat dinafikan, pelaksanaan eksperimen dan aktiviti-aktiviti lain dalam makmal sedemikian dapat meninggalkan kesan yang amat baik terhadap para pelajar, iaitu para pelajar didedahkan kepada aspek praktikal bidang Sains mereka dapat melihat dengan mata sendiri fenomenafenomena yang berlaku yang telah dikaji dalam buku-buku teks mereka. Dengan ini, ilmu yang dibina terhadap sesuatu subjek itu lebih menyeluruh, iaitu bersifat kedua-dua teoritikal dan praktikal. Malah, secara tidak langsung, semasa pengendalian eksperimen ataupun aktiviti-aktiviti makmal, komunikasi dan interaksi dalam kalangan para pelajar turut akan berlaku. Baik dalam Fizik, Biologi mahupun Kimia, mereka perlu berbincang langkah-langkah untuk menjalankan sesuatu eksperimen, kaedah yang sesuai digunakan, cara untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsirkan data yang diperoleh semua ini akan melibatkan interaksi antara pelajar dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Hal ini telahpun dibincangkan oleh ahli psikologi Lord T.R. dalam bahagian 101 Reasons for using cooperative leaning in biology teaching (101 Sebab Untuk Menggunakan Pembelajaran Secara Berkumpulan Dalam Pengajaran Biologi) dalam bukunya, The American Biology Teacher [13]. Jelasnya, pembelajaran sedemikian yang berunsurkan teori konstruktivisme lebih menyeluruh kerana di samping dapat memastikan para pelajar mempelajari sukatan pelajaran yang disediakan, mereka turut digalakkan untuk mempraktikkan pengetahuan yang telah dipelajari itu. Dalam praktis, para pelajar dapat juga memperbaiki kemahiran sosial serta nilai-nilai sosial mereka. 2.3 Kesan terhadap pembelajaran para pelajar yang bersifat pembelajaran seumur hidup (lifelong-learning) Seringkali kita mendengari frasa Bahasa Inggeris lifelong-learning yang

bermakna pembelajaran seumur hidup. Sebelum kita mengkaji bagaimana teori konstruktivisme menggalakkan lifelong-learning dalam kalangan para pelajar, adalah penting kita memahami apa sebenarnya itu lifelonglearning ataupun pembelajaran seumur hidup. Menurut Wikipedia, pembelajaran seumur hidup adalah konsep bahawa tiada waktu adalah terlalu lewat untuk pembelajaran, sejenis falsafah yang seharusnya sentiasa terbuka kepada idea baru, keputusan baru, kemahiran dan kelakuan baru [14]. Sememangnya, untuk memberi pendidikan yang boleh mencetuskan pembelajaran seumur hidup, pendidikan tersebut perlulah terbuka kepada idea-idea para pelajar di samping menggalakkan semangat ingin tahu ataupun inquiri dalam kalangan pelajar. Sekiranya direnung sejenak, haluan pendidikan yang sedemikian amatlah sesuai disediakan dengan adanya penggunaan teori konstruktivisme. Seperti yang telah dinyatakan tadi, pendidikan konstruktivis menggalakkan cara memperoleh jawapan secara konstruktif iaitu kaedah problem-solving dengan membina hubungkait antara konsep-konsep yang diketahui. Sesungguhnya, latihan-latihan problem-solving boleh melatih para pelajar untuk sentiasa mempunyai semangat ingin tahu tentang persekitaran mereka. Pada mulanya, guru-guru akan bertanggungjawab untuk mengemukakan soalan-soalan yang pertama dalam usaha memberangsang para pelajar untuk menjelaskan sesuatu masalah. Selepas seketika, para pelajar akan bertindak secara semulajadi untuk menggunakan pertanyaan soalan untuk mendapatkan penjelasan bagi setiap masalah yang ditemui. Menurut bahagian Investigative Case Based Learning dalam laman web Bioquest.Org [15], penyelesaian masalah yang dikemukakan dan persembahan penyelesaian itu oleh para pelajar membolehkan para pelajar melatih diri dalam menggunakan dan menilai kaedah yang saintifik dalam problem-solving. Dalam proses ini, para pelajar mempelajari untuk menggunakan apa-apa sumber yang sedia ada untuk membina pengetahuan. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran dan sikap yang inisiatif ini adalah kekunci utama dalam melahirkan para pelajar yang mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Bezanya kesan penggunaan teori konstruktivisme dengan pendidikan yang konvensional adalah bahawa para pelajar bertanya diri sendiri soalan-soalan yang penting dalam proses membina pengetahuan, manakala tanpa penggunaan teori konstruktivisme, mereka hanya akan mendapatkan maklumat yang dicari semata-mata daripada guru ataupun buku. Oleh itu,

dengan adanya budaya problem-solvingmereka dilatih untuk sentiasa menyelesaikan fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Budaya sedemikian akan dibawa dalam diri para pelajar meskipun telahpun keluar daripada sekolah hasilnya, mereka boleh mempraktikkan pembelajaran seumur hidup ataupun lifelong-learning dengan sentiasa mengemukakan persoalan baru tentang dunia ini, diikuti dengan idea-idea baru tentang jalan penyelesaian untuk persoalan tersebut. Selain kaedah problem-solving, kelas konstruktivis turut menggalakkan pertanyaan soalan-soalan open-ended yang telah dibincangkan dalam bahagian kesan penggunaan teori konstruktivisme terhadap daya pemikiran para pelajar. Dalam konteks ini, guru-guru boleh mempraktikkan latihan Mind Games. Menurut rencana School Science and Mathematics pada bulan Mac 2001 [16], latihan Mind Games merupakan aktiviti inquiri yang berpusat pada situasi bersifat hipotetikal. Latihan tersebut boleh mengambil bentuk perbincangan, perbahasan, projek, lukisan, laporan dan lain-lain lagi. Soalan-soalan terbuka seperti How do you know? What was your evidence? What makes you think this was true? (Bagaimanakah anda mengetahui ini? Apakah bukti anda? Apakah yang menyebabkan anda yakin bahawa hal ini adalah benar?) Di sini, kita dapat melihat bahawa para pelajar dilatih untuk sentiasa mempersoal fenomena-fenomena alam sekeliling mereka. Sememangnya, latihan-latihan tersebut akan membentuk sejenis budaya pembelajaran yang tidak tertakluk kepada pengetahuan yang sedia ada, malah, budaya pembelajaran yang boleh ditanam menerusi penggunaan teori konstruktivisme ini menggunakan pengetahuan yang sedia ada untuk meluaskan lagi skop ini yang dikenali sebagai ilmu pengetahuan. Budaya inilah yang dinamakan lifelong-learning dan mampu dicapai dengan adanya aplikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran.

Penutup Tidak dapat dinafikan, dalam usaha penggunaan teori konstruktivisme dalam proses P & P, terdapat beberapa cabaran serta masalah yang perlu dikawal dan ditangani untuk memastikan teori ini dapat diimplementasi dengan

berkesan. Disebabkan teori konstruktivisme menggalakkan para pelajar untuk membina pengetahuan sendiri berdasarkan idea-idea sendiri, kemungkinannya jawapan yang diperoleh oleh para pelajar tidak begitu konstruktif seperti yang diharapkan. Hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai tahap pemikiran serta cara pemikiran yang berlainan. Meskinpun para pelajar akan melatih daya pemikiran mereka, akan menjadi suatu masalah untuk menjadikan sebuah kelas konstruktivis efektif dalam melengkapi mereka dengan ilmu pengetahuan yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, setiap guru masing-masing mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah disediakan. Kelas konstruktivis lebih menekankan penerokaan yang lebih bebas oleh para pelajar dalam sesuatu bidang. Masalah yang mungkin timbul daripada kebebasan ini adalah bahawa para pelajar akan mengemukakan pelbagai persoalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran. Akibatnya, sukatan pelajaran yang patut diajar tidak dapat dihabiskan dan para pelajar mungkin mencapai keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan awam. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan [17] seperti kebolehan para pendidik, kedudukan kewangan keluarga para pelajar yang masing-masingnya berlainan (ini menyediakan persekitaran yang mungkin kondusif ataupun sebaliknya bagi para pelajar yang berlainan status ekonomi), sikap ibu bapa yang berlainan dan kurangnya sumber maklumat bagi sesetengah kumpulan pelajar. Akan tetapi, haruslah disedari bahawa cabaran-cabaran tersebut bukanlah mustahil untuk diatasi. Dengan adanya kerjasama yang utuh antara guruguru dengan ibu bapa serta subsidi oleh pihak kerajaan, pendidikan yang mempunyai unsur konstruktivis dapat mencapai matlamatnya dengan para pelajar. Tambahannya, teori-teori pembelajaran yang lain juga dapat digabungkan dengan teori konstruktivisme untuk membentuk pendidikan yang lebih terkawal dan boleh diajar mengikut sukatan pelajaran. Kesimpulannya, memandangkan penggunaan teori konstruktivisme mendatangkan kesan yang amat positif terhadap pembelajaran para pelajar, teori tersebut perlulah dipraktikkan di mana-mana yang sesuai dalam proses P & P seharian untuk memberi pendidikan yang lebih efektif, selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk melahirkan generasi masa depan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Anda mungkin juga menyukai