Anda di halaman 1dari 1

SJK T SITHAMBARAM PILLAY LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN 2013

Pada hari Khamis bersamaan10 Oktober 2013 yang lalu,di SJKT Sithambaram Pillay telah di Temasya Olahraga tahunan yang ke-52. Temasya Olahraga tahunan ini telah diadakan di padang sekolah. Semua murid telah Temasya Olahraga tahunan yang Dengan sungguh-sungguh. Temasya Olahraga Tahunan dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang. Temasya Olahraga tahunan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat. Perbarisan lintas hormat disertai oleh rumah-rumah sukan seperti Rumah Merah, Rumah Hijau Dan Rumah Biru. Selepas itu,murid- murid menyanyikan lagu Negaraku .Diikuti dengan Bacaan Ikrar oleh ketua murid iaitu Prasanth a/p Periasamy .Seterusnya penyampaian ucapan aluan oleh Guru Kanan SJKT Sithambaram Pillay. Agenda diteruskan dengan ucapan pengerusi PIBG.Kemudian, ucapan perasmian oleh En.S.Jaya Kumar selaku Penyelia Sekolah- Sekolah Tamil. Acara-acara balapan seperti larian 50m untuk murid prasekolah,75m untuk murid tahap satu,100m untuk murid tahap dua dan 200m terbuka serta acara padang seperti lompat jauh,lompat tinggi dan lontar peluru telah dijalankan terlebih dahulu sebelum Temasya olahraga Tahunan diadakan. Pada hari Temasya Olahraga Tahunan acara - acara seperti menguntai manik,memancing ikan untuk murid Prasekolah telah dijalankan .Acara seterusnya untuk murid Tahap 1 seperti membawa bola dengan sudu,membawa pundi kacang atas kepala dan membawa bola dengan kon diadakan Manakala acara untuk murid Tahap 2 adalah seperti menggolek bola dengan kon,skipping dan menolak tayar telah diadakan dengan meriah. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dalam Temasya Olahraga tahunan kali ini. Acara untuk bekas murid,ibu bapa serta pegawai juga telah diadakan.Peserta yang mengambil bahagian menerima hadiah. Rumah Hijau telah dipilih sebagai juara Temasya Olahraga Tahunan pada kali ini. Olahragawan dan olahragawati sekolah ialah dari rumah Biru. Olahragawan sekolah ialah M.Avinassh dan Olahragawati ialah P.Presana . Murid tersebut dari tahun 6.Rumah Merah telah mendapat tempat kedua. Setiausaha telah memberi ucapan penghargaan kepada semua penderma yang menghulurkan bantuan untuk menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ke 52 pada tahun 2013. Temasya Olahraga Tahunan tamat pada pukul 6.00petang. . (SIVASANGGARI A/P RAMASAMY) Setiausaha Temasya Olahraga Tahunan, SJKT Sithambaram Pillay 16 Oktober 2013

Anda mungkin juga menyukai