Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

SK RIMBA TERJUN
2023

Pada 23 Julai 2023 bersamaan dengan hari Ahad, SK Rimba Terjun telah
mengadakan satu Kejohanan Olahraga Tahunan SK Rimba Terjun yang disertai oleh
semua murid, guru – guru, dan ibu bapa. Program ini telah dirasmikan oleh wakil YB
Dato Dr. Wee Jeck Seng ( Ahli Parlimen Tg. Piai), Encik Ilham.

Melalui Kejohanan Olahraga ini, diharapkan murid dapat menyemarakkan


semangat persaingan yang sihat, melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing,
berlumba - lumba memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam
satu pasukan, memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid, menggilap
bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan ke peringkat yang lebih
tinggi.

Acara bermula pada pukul 8:30 pagi di mana kesemua peserta berkumpul
mengikut rumah masing - masing. Selepas itu, perarakan masuk kontijen – kontijen
rumah sukan. Seterusnya, upacara nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor disusuli
pula dengan ucapan aluan oleh Pn. Anizam Binti Abdul Aziz, Guru Besar SK Rimba
Terjun serta ucapan perasmian daripada En. Ilham. Seterusnya, kesemua peserta
bersiap sedia untuk mengambil bahagian mengikut acara masing - masing.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara sukaneka prasekolah,


5x40m, 100m, 200m,4x100m dan 4x200m. Selain itu, acara bagi ibu bapa dan guru
seperti 100m, dan acara jemputan dipertandingkan. Suasana pada hari tersebut begitu
riuh-rendah dan meriah dengan tepukan dan sorakan para penonton. Majlis diserikan
dengan upacara penyampaian hadiah yang menjadi acara kemuncak. Johan
keseluruhan jatuh kepada Rumah Kuning, Naib Johan pula disandang oleh Rumah
Hijau manakala Rumah Merah mendapat tempat ketiga.
Akhir sekali, aktiviti gotong - royong membersihkan kawasan rumah sukan
masing – masing dan mengemas alatan – alatan dijalankan sebelum pulang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................... ........................................................
(NIZAMUDIN BIN A RASHID) (PN. NUR HIDAYATI BT KASMON)
Setiausaha Sukan, GPK KO-Kurikulum
SK Rimba Terjun SK Rimba Terjun

Disahkan oleh,

.........................................................
Laporan bergambar

Anda mungkin juga menyukai