Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN TEMASYA BALAPAN DAN PADANG TAHUNAN KALI KE -28 2014

Temasya Balapan dan Padang Tahunan Kali Ke-28, Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya telah
berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 28 Jun 2014 di padang sekolah. Temasya ini bermula jam
7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang . Sebelum berlangsungnya temasya ini pertandingan Sukan
Tara, acara-acara balapan dan acara saringan telah dijalankan terlebih dahulu.

Temasya ini telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan (merah, biru, kuning dan
hijau), diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan serta ucapan perasmian yang disampaikan oleh Encik Mohd
Asrul bin Abdullah, Penyelia Ko-kurikulum, Unit Ko-kurikulum, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu.

Sebagai pembuka majlis, para penonton dan peserta telah disajikan dengan persembahan tarian oleh murid-
murid dari Persatuan Kebudayaan dan Kesenian sekolah .Pelbagai acara akhir kejohanan seperti 100m,
200m, 4 X 100m dan 4 X 200 m bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 10, 11 dan 12 tahun telah
diadakan. Bagi ibu bapa dan pegawai, acara 4X100m diadakan dan diteruskan dengan acara 4X100m
jemputan bagi kategori lelaki dan perempuan yang disertai oleh bekas murid-murid sekolah ini. Bagi
menghangatkan lagi suasana temasya dan menunggu keputusan rasmi kejohanan, acara tarik tali bagi ibu
bapa telah diadakan. Selesai sahaja semua acara dijalankan, majlis penyampaian hadiah diadakan untuk
kesemua pemenang.

Secara keseluruhannya, Rumah Merah telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul
sebagai johan serta mengungguli Khemah Rumah Sukan Tercantik. . Naib johan pula dimenangi oleh
Rumah Kuning. Bagi acara perbarisan terbaik pula, kemenangan adalah memihak kepada Rumah Hijau.
Harez Najmi bin Hasan dari rumah kuning dan Esha Rai Vijesh Kumar Rai dari rumah biru, masing-masing
diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati. Manakala, Muhd Harith Akashah bin Azmi dari rumah
merah dan Kirandeep Kaur a/p Gurdip Singh dari rumah kuning telah dipilih sebagai Olahragawan Harapan
dan Olahragawati Harapan .

Dengan yang demikian, Temasya Balapan Dan Padang Tahunan Kali Ke -28 Sekolah Kebangsaan Bukit
Bandaraya telah berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh,

……………………………………
Suhaila bt Hj. Omar
GPK Kokurikulum,
SK Bukit Bandaraya,
Jalan Bangkung, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
LAMPIRAN BERGAMBAR

Meriah dengan sorakan penuh semangat kesukanan

Perbarisan Terbaik Johan dan Khemah Rumah Sukan Tercantik

Acara ibubapa : Tarik tali


Olahragawan Olahragawati

Olahragawan Harapan Olahragawati Harapan

Anda mungkin juga menyukai