Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN SUKAN TAHUNAN TWELVEAN 2012

1. PENDAHULUAN Buat julung kalinya Temasya Sukan bagi tahun 2012 diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 30 Jun, 2012. Perasmian Kemuncak Sukan Tahunan Sekolah dirasmikan oleh YDP PIBG Leftenan Jeneral Tan Sri Dato Hj Wan Abu Bakar Bin Hj Wan Omar.

2. TEMASYA SUKAN Seawal pukul 7.30 pagi guru-guru SMK USJ 12 sudah mula sibuk berada di tempat tugasan masing-masing. Para pelajar sudah mula memenuhi ruang Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pihak pentadbir yang terdiri daripada Puan Pengetua Hajah Zaharah Binti Ishak bersama-sama guru-guru penolong kanan yang lain iaitu Penolong Kanan Datin Shuhaila Binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hafzah Abdul Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Heng Sook Kim dan Penolong Kanan Petang Pn. Vijayarani Seevaratnam tiba di tempat tetamu khas.

Setelah ketibaan Yang diPertuan PIBG, Leftenan Jeneral Tan Sri Dato Hj Wan Abu Bakar Bin Haji Wan Omar dan bersama-sama ahli PIBG acara sukan dimulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan.

Acara perarakan yang dimulakan dari rumah sukan Amour, diikuti rumah sukan Bluster, kemudian rumah sukan Mc AFee, seterusnya rumah sukan Norton dan akhir sekali dari rumah sukan Pc Cillin. Walaubagaimanapun kemenangan telah berpihak kepada rumah sukan Norton yang bertemakan Puteri.

Pada tahun ini acara sukan yang dipertandingkan di Stadium MPSJ ialah acara 200 meter, 100 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter. Selain itu pihak sekolah turut menjemput atletatlet dari SMK Sri Sentosa, SMK Seafield, SMK Subang Utama dan SMK Subang Jaya untuk bertanding di dalam larian jemputan khas iaitu acara 4x100 meter. Dalam acara tersebut SMK Sri Sentosa berjaya mengungguli larian, manakala sekolah tuan rumah berjaya menduduki tempat ke -2 dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Seafield.

Temasya Sukan Twevelan berakhir pada pukul 1.30 petang.

Berikut adalah keputusan pertandingan Acara Ranking Keseluruhan Rumah Sukan 1. Mc Afee 2. Bluster 3. Norton 4. Amour 5. Pc Cillin Juara Sukan Tahunan Mata 655 624 552 421 403 Mc Afee

3. OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI BAGI SETIAP KATEGORI Perempuan Kelas 3 Kelas 2 Kelas 1 Nur Ainea Afiqah Mustafa
Khoo Yee Qing

Mc Afee Bluster Bluster

Syazalina Zahari

Lelaki Kelas 3 Kelas 2 Kelas 1 Ahmad Firdaus Mohd Adam Bernad Ong Wei Hong Brandon Ong Wei Chuan Mc Afee Mc Afee Bluster

Olahragawan Terbaik dimenangi oleh Brandon Ong Wei Chuan dan Olahragwati Terbaik dimenangi oleh Khoo Yi Qing. Kedua-dua mereka merupakan atlet dari rumah sukan Bluster.

4. KEKANGAN 4.1 Segelintir guru-guru rumah sukan gagal mendapatkan nama penuh pelajar, ini menyukarkan guru yang terlibat dalam penyedian sijil dan bahagian penerimaan hadiah untuk membuat tugas mereka. Tindakan yang perlu diambil ialah mengingatkan ketuaketua guru rumah sukan akan hal ini 4.2 Semasa penyelian peserta hanya ketua-ketua guru rumah sukan yang bertungkus lumus mencari peserta pada saat akhir pertandingan. Ini adalah merupakan tanggungjawab bersama guru-guru rumah sukan yang lain untuk menyiapkan peserta-peserta mereka.

4.3 Terdapat beberapa kelemahan dari segi penyelian peserta. Ini dimana atlet-atlet rumah sukan tidak beberapa peka salah satu prosidur sebelum memulakan acara; atlet perlu mendaftarkan diri di khemah peserta sebelum dikenalpasti untuk mengambil bahagian. 4.4 Selain daripada itu, penylaras sukan terlepas pandang mengenai borang perhakiman perarakan rumah sukan. Penyelaras sukan perlu menyediakan lebih kolum untuk mengisi markah perbarisan.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Unit sukan akan sedaya upaya untuk meningkatkan mutu sukan sekolah di masa akan datang.

Laporan oleh: Pn. Fara Azura Mazli Binti Md Razalli

Anda mungkin juga menyukai