Anda di halaman 1dari 3

Laporan Mini Sukan Bola Keranjang Anjuran Pelajar PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2013 IPGK Tun Hussein

Onn, Batu Pahat, Johor

Pada 28 september 2013 seramai 151 orang pelajar PISMP Semester 2 ambilan Januari 2013, yang terdiri daripada opsyen Bahasa Cina SK, Pendidikan Pemulihan SJKC, Pendidikan Pemulihan SJKT, Reka Bentuk dan Teknologi SK, Reka Bentuk dan Teknologi SJKT, Reka Bentuk dan Teknologi SJKC, TESL SJKC dan TESL SK telah mengikuti program mini sukan yang dianjurkan oleh unit kokurikulum. Dalam program ini terdapat 4 jenis permainan iaitu, sofbol, bola keranjang, bola sepak dan hoki. Program ini telah diadakan di astaka, padang hoki dan tapak bola keranjang. Pensyarah adalah sebagai penasihat dalam mini sukan ini. Program ini keseluruhannya dikelola oleh guru-guru pelatih pismp semester 2 bagi sukan masing-masing. Tepat pukul 7.30 pagi guru-guru pelatih diminta menghadir diri ke astaka untuk mengambil kehadiran. Setiap opsyen diminta berbaris dan ketua opsyen mengambil kehadiran. Sebaik sahaja tamat proses kehadiran pensyarah kokurikulum telah memberi sedikit taklimat tentang pemprosesan program pada hari tersebut. Penjelasan beliau begitu jelas. Guru-guru pelatih bergerak ke tempat masing-masing dan sedia untuk memulakan pertandingan. Bagi pertandingan bola keranjang ianya dijalankan mengikut separa liga. Setiap pasukan perlu bertemu antara satu sama lain dan pasukan yang mempunyai mata yang banyak akan bertemu untuk menentukan tempat 1,2 dan 3. Pengerusi bagi bola keranjang telah memberi penjelasan yang baik tentang peraturan-peraturan permainan. Sebaik sahaja semua pasukan sedia pertandingan telah bermula. Ianya berjalan dengan lancar dengan pemerhatian pengerusi. Pada pukul 9.30 pagi sarapan pun telah sampai. Semua pemain dan penonton mengambil sarapan. Selepas itu pertandingan mula. Pada pukul 1.00 telah sampai makanan tengahari. Pertandingan ditundakan sekejap kerana hujan. Selepas itu ianya disambung dengan pusingan terakhir. Pasukan yang mempunyai skor yang tinggi ditemu dengan satu sama lain untuk mengambil

tempat 1,2 dan 3. Selepas habis pusingan perempuan ianya diikuti dengan pusingan lelaki. Oleh kerana, lelaki terdapat dua pasukan sahaja maka ianya diselesaikan dengan cepat. Selepas sahaja semuanya berakhir, guru-guru pelatih mengemas tempat dan menuju ke astaka. Dia astaka berlangsungnya upacara penyampaian hadiah. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh rbt sjkt, maka tempat ketiga dimenangi oleh rbt sjkc. Pemenang dihadiahkan dengan pinga temas,gangsa dan perak. Cenderamata telah diberikan kepada pensyarah-pensyarah yang hadir oleh pengerusi mini sukan. Tepat pada pukul 4.00 berakhirlah program mini sukan dengan ucapan penutupan pensyarah kokurikulum. Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

29 September 2013.

___kalyani___
(KALYANI A/P TAGARAJAH) PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2013, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

GAMBAR-GAMBAR MINI SUKAN BOLA KERANJANG

Anda mungkin juga menyukai