Anda di halaman 1dari 2

Laporan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2023, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah


mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan
di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi. Tujuan hari sukan
adalah untuk mencungkil bakat murid.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat


persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan
dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid
berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat
markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang.
Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur
Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada
pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi
ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi
disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat
Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan
Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan
tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun


dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur.
Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung
semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara
kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara
tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang
pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah
pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul
12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk
menikmati jamuan yang disediakan di kantin.
Laporan disediakan oleh, 16 MAC 2023

..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)
Setiausaha Kelab Olahraga

Anda mungkin juga menyukai