Anda di halaman 1dari 3

No Rujukan : SUKOKU/USMKK/2019

Tarikh : 28 November 2019

Kepada :
Profesor Madya Dr. Ooi Foong Kiew
Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan,
Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.

Melalui:
Encik Nurul Azuar Hamzah
Pensyarah/Penasihat Program SUKOKU
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM

YBrs. Prof. Madya,

JEMPUTAN SEBAGAI VIP BAGI PROGRAM SUKAN ORANG KURANG UPAYA (SUKOKU)
ANJURAN UNIT TRANSFORMASI OKU PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN USM 2019

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Unit Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah
Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan
menganjurkan SUKAN ORANG KURANG UPAYA (SUKOKU) bersempena sambutan 50 tahun USM
dan 20 tahun PPSK pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 30 November 2019 (Sabtu)


Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan 2 USM, Kubang Kerian

3. Program ini akan melibatkan 45 buah Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dalam negeri
Kelantan. Adalah dimaklumkan bahawa tujuan program SUKOKU ini diadakan adalah bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan antara individu dan keluarga OKU serta meningkatkan potensi, daya emosi
dan interaksi di antara warga OKU bersama masyarakat.

4. Sehubungan dengan itu, saya selaku ahli jawatankuasa Program Sukan Orang Kurang Upaya
(SUKOKU) memaklumkan dan berbesar hati ingin menjemput YBrs. Prof. Madya Dr. Ooi Foong Kiew
untuk menghadiri ke program ini dengan harapan semoga kehadiran YBrs. Prof. akan lebih memeriahkan
lagi program tersebut. Aturcara ringkas program turut dilampirkan bersama surat jemputan ini untuk
rujukan YBrs. Prof.

5. Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan program, YBrs. Prof. boleh menghubungi Ketua
Protokol Program iaitu saudari Nur Ain Syahira Binti Mohd Noor di talian 014-8204023. Kesudian dan
jasa baik YBrs. Prof. menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran YBrs. Prof. ke program tersebut dapat
memeriahkan lagi Program Sukan Orang Kurang Upaya 2019.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………………
MUHAMMAD HAKIMEE BIN MOHD ISA
Pengarah Program SUKOKU
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
16150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 012-2678017

s.k.: Fail terapung


LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM SUKAN ORANG KURANG UPAYA (SUKOKU)


ANJURAN UNIT TRANSFORMASI OKU PPSK 2019

7.30 am Pendaftaran peserta – Kompleks Sukan 1 USM, Kubang Kerian


8.00 am Sarapan
8.15 am Taklimat acara
8.30 am Senamrobik
9.00 am Acara bermula
11.30 am Ketibaan tetamu jemputan
12.00 pm Majlis penutup:
 Perbarisan peserta
 Ucapan Pengarah Program
 Ucapan Pengarah Kampus
 Ucapan penutup Pengarah JKM
 Lawatan perbarisan
 Penyampaian hadiah

1.30 pm Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai