Anda di halaman 1dari 8

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D)


KUALA MUDA YAN
KALI KE 49
Disediakan Oleh
LOLITA BINTI MOHD YUSOF

LAPORAN LENGKAP
Kejohanan Balapan dan Padang MSSK (D) Kuala Muda kali ke-49 telah
berlangsung selama empat hari bermula 07 Mac hingga 10 Mac 2016, bertempat di
padang SMK Tunku Ismail, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kejohanan ini
dirasmikan oleh
Sebanyak 188 acara bagi setiap kategori iaitu Lelaki Kelas 1L, 2L, 3L, 4L, 5L
dan Perempuan kelas 1P, 2P, 3P, 4P, 5P telah dipertandingkan. Acara raptai perbarisan
telah diadakan pada 6 Mac di padang SMK Tunku Ismail.
Pada hari pembukaan kejohanan, peserta berkumpul seawal

7.30 pagi dan

bersedia untuk acara Lontar Peluru (4P) akhir, Lempar cakera (3L) akhir, Lompat Jauh
(4L) akhir, Lompat Tinggi (5P) akhir, 100m lari Berpagar (3P) akhir, 80m Lari Berpagar
(4L) separuh akhir, 80 (5P) separuh akhir, 100m (4P) separuh akhir, 100m (4L) separuh
akhir, 100m (3P) saringan, 100m (2P) saringan, 100m (1P) saringan dijadualkan
berlangsung pada jam 8.30pagi hingga 9.50 pagi. Acara dihentikan sebentar pada jam
10 pagi untuk memberikan ruang kepada Pegawai Teknikal Sukan dan atlit berehat.
Pada jam 10.30 pagi acara diteruskan dengan acara Lompat tinggi (5L) akhir,
Lontar Peluru (5L). Lompat Jauh (5P) akhir, 800m (3P) separuh akhir, 800m (2P)
separuh akhir, 800m (1P) separuh akhir, 400m (3L) saringan, 400m (2L) saringan dan
400m (1L) saringan.

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

Majlis perasmian pembukaan kejohanan telah di adakan pada 07 Mac 2016,


dimulakan pada pukul 11.00 pagi dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang
Berbahagia En. Shaari bin Ismail Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala
Muda/Yan. Perbarisan lintas hormat oleh semua sekolah yang bertanding kelihatan
segak dan sungguh bersemangat dengan ahli pasukan yang minima. Semua peserta
perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan sekolah masing-masing
untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya acara perasmian dan upacara menaikkan
bendera kejohanan telah dilaksanakan dengan baik sekali. Usai majlis perasmian, para
tetamu kehormat kemudiannya dihidangkan jamuan teh di tempat khas.
Acara-acara yang dipertandingkan diteruskan sehingga jam 5.00 petang dengan
saingan sengit antara sekolah-sekolah yang bertanding dan semangat kesukanan
dapat dilihat dalam kalangan atlit walaupun ada antara mereka yang tewas atau
menang.
Pada hari terakhir kejohanan Balapan dan Padang MSSK (D) Kuala Muda / Yan
kali ke 49 pada 10 Mac 2016, Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh
Yang Berbahagia Tn. Haji Shaik Amar Bin SH. Abd Rahim, Pegawai Pendidikan daerah
Kuala Muda Yan.
Sila rujuk keputusan rasmi kejohanan, laporan bergambar dan lampiran yang
disediakan.

Yang Menjalankan Tugas,

(Lolita Binti Mohd Yusof)

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
PENGERUSI

Tuan Haji Badrunsham Bin Dahalan @ Omar


Pegawai Pendidikan Daerah,
Daerah Kuala Muda / Yan

TIMBALAN PENGERUSI :

En. Shaari Bin Ismail, BKM


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Daerah Kuala Muda / Yan

SETIAUSAHA

Tuan Haji Zainol Bin Hashim


Penyelia Kanan Sukan

BENDAHARI

Pn. Naterah Bt Jusoh


Pengetua SMK Sungai Petani

PENGERUSI TEKNIK

En. Amir Bin Abdul Samad


Penolong Kanan HEM SK Ibrahim

Ahli Jawatankuasa

Pengetua SMJK Sin Min


Pengetua SMK Aman Jaya
Pengetua SMK Bakar Arang
Pengetua SMK Che Tom
Pengetua SMK Convent Father Barre
Pengetua SMK Dato Bijaya Setia
Pengetua SMK Ibrahim
Pengetua SMK Merbok
Pengetua SMK Pengkalan Lebai Man
Pengetua SMK Sains Sultan Mohd Jiwa
Pengetua SMK Sungai Layar
Pengetua SMK Sungai Pasir Kechil
Pengetua SMK Taman Ria
Pengetua SMK Tunku Ismail
Guru Besar SK Bakar Arang
Guru Besar SK Convent Father Barre
Guru Besar SK Khir Johari

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

JAWATANKUASA KECIL PERASMIAN


PEMBUKAAN DAN PENUTUP KEJOHANAN
Pengerusi

Pn. Nooriah Binti Bahari


Pengetua SMK Tunku Ismail

Naib Pengerusi

Pn. Low Swee Yuen


Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras

En. Rosli Bin Yaacob


En. Jamil Bin Othman
En. Ko Kiew Pek
En. Abu Yazit Bin Saad

Setiausaha

En. Ho Bee Seng

AJK

Cik Nurul Farhana Binti Basri


En. Abd Razak Bin Yaacob
En. Mohd Jamil Puad Bin Othman
En. Mohd Nor Azam Bin Saan@Senafi
En. Murthy Sagar A/L Devadoo
En. Rozis Bin Che Pa
En. Zainuddin Bin Mohamad
Pn. Lolita Binti Mohd Yusof
Pn. Mazlifah bt. Che Ahmad
Pn. Norbadrina Binti Bahadon
Pn. Parameswary a/p Letchumanan
Pn. Rabiaton Adawiyah binti Hashim
Pn. Siti Fazlina binti Yusop
Pn. Siti Noor Haida Binti Abdul Aziz
Pn. Siti Salwa bt. Ahmad Suhaimi
55 orang pemegang papan tanda
7 orang pemegang bendera (Pengakap)
1 orang murid pembaca ikrar
1 orang murid pembaca doa
5 orang pembantu (Puteri Islam)
**Jumlah pelajar pembantu 100 orang

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

FOTO SEKITAR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK(D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48
PERASMIAN PEMBUKAAN

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

PERASMIAN PENUTUP

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

DOKUMENTASI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK (D) KUALA MUDA YAN KALI KE 48 2015

Anda mungkin juga menyukai