Anda di halaman 1dari 1

Kejohanan Olahraga SMK Seafield bermula pada pukul 7 pagi.

Ramai peserta dan ibu bapa datang


berduyun-duyun memenuhi Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya di USJ 5. Suasana bertambah
meriah dengan kehadiran pelajar yang sibuk mengambil tempat yang strategik. Tetamu dan pegawai
sukan juga kelihatan di ceruk padang. Masing-masing bertenaga dan ceria untukmenyambut hari yang
gilang-gemilang ini. Perasaan kegembiraan jelas terpancar pada wajah semua hadirin. Tetamu kehormat
majlis ini, yakni Yang Berbahagia Dato’ Abd Rahman bin Haji Ali selaku Yang di-Pertua PIBG tiba di
kompleks sukan dengan iringan pengetua, penolong kanan, dan guru-guru kanan. Ketika itu, acara sukan
1500m dijalankan secara serentak.

Tepat pada jam 8 pagi, Kejohanan Olahraga bermula dengan barisan lintas hormat oleh semua Rumah
Sukan dan Pasukan Badan Beruniform. Masing-masing mencuba sedaya upaya untuk bersaing mendapat
johan dalam acara perbarisan. Terdapat juga pelajar yang mempamerkan kreativiti dalam mencipta
kepala naga sebagai lambang warna yang simbolik. Kemudian, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor
dinyanyikan oleh semua dengan lantang sekali. Setelah bacaan doa, Pengetua SMK seafield, Pn. Hajah
Zaleha bt Abu Hasan menyampaikan sepatah dua kata sebagai pembuka majlis ini. Beliau menyeru para
pelajar supaya ’Majulah Sukan Untuk Sekolah’ demi merealisasikan hasrat murni kerajaan dalam
melancarkan program ’1 Murid 1 Sukan’. Acara dilangsungkan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia
Dato’ Abd Rahman bin Haji Ali bagi merasmikan kejohanan olahraga tersebut. Beliau menegaskan
perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, seantero hadirin melafazkan Ikrar Kejohanan di bawah
pimpinan olahragawan dan olahragawati pada tahun 2010.

Kemuncak kejohanan olahraga ialah persembahan daripada para pelajar. Ahli-ahli taekwando
mempersembahkan ragam yang beraneka dengan gaya sendiri mengikut rentak muzik. Seorang pelajar
tingkatan 3 telah menendang sekeping papan tebal sehingga dibelah dua dengan mudah. Pasukan
Cheerleading turut tidak ketinggalan semasa menghidangkan aksi yang menawan hati penonton. Asyik
kedengaran tepukan yang gemuruh bergema mengisi atmosphera padang. Nyatalah persembahan yang
memegunkan ini berjaya mencuit hati hadirin. Kira-kira 10 pagi, acara sukan yang terdiri daripada
berbagai-bagai kategori diadakan, iaitu 100m, 200m, dan 400m serta acara jemputan 4X100m bagi lelaki
dan perempuan. Para peserta kelihatan gigih menuju ke arah matlamat untuk merangkul pingat emas
yang diidam-idamkan. Sebelum sesi rehat selama 45 minit, pertandingan senamrobik antara rumah
sukan dijalankan. Jelaslah bahawa persaingan untuk menduduki tangga pertama adalah sengit kerana
setiap rumah menunjukkan kelebihan diri yang unggul. Selepas itu, acara sukan disambung semula
dengan 4X100m dan 4X400m bagi kategori lelaki dan perempuan.

Pada pukul 2 petang, Kejohanan Olahraga SMK Seafield Kali Ke-16 berakhir dengan majlis penyampaian
hadiah. Para hadirin bersurai sebaik sahaja upacara penutup selesai. Meskipun letih dan panas dibakar
matahari, namun masing-masing berpuas hati dan sukacita kerana menjayakan aktiviti tahunan ini
dengan bermakna. Diharapkan kejohanan olahraga pada tahun hadapan akan dilaksanakan dengan lebih
berjaya berkat kerjasama semua pihak. Sesungguhnya, aktiviti ini mempunyai tujuan serampang dua
mata. Di samping diasah bakat dan potensi diri yang terpendam, para pelajar juga ditanamkan
kesedaran tentang kepentingan melibatkan diri dalam sukan dan kegiatan kokurikulum bagi melahirkan
modal insan yang berminda kelas pertama menjelang tahun 2020. Pelajar hari ini, pemimpin masa
depan.

Anda mungkin juga menyukai