Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TAMAN RIA JAYA KALI KE-23

BIL CATATAN
1 Mengumumkan ketibaan Puan Suzihana binti Shaharan, Pengetua SMK Taman Ria Jaya
8.15 serta para pentadbir sekolah.
2 Semua hadirin diminta untuk terus kekal berdiri bagi menyanyikan dan
menghormati lagu Negaraku dan lagu Sekolah.
Arahan Komandan -senang diri
Lagu NegaraKu
Lagu Sekolah

***Komandan beri arahan mula kawad ( tunggu komandan selesai)


3 Hadirin yg dihormati sekalian,
Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah
sukan. Sebelum itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Puan Suzihana binti
Saharan, Pengetua SMK Taman Ria Jaya diiringi Puan Norsiah binti Ismail, Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.
Muzik perbarisan

4 Perarakan lintas hormat ini didahului dengan pembawa bendera berwarna-warni yang
terdiri daripada barisan pengawas sekolah SMK Taman Ria Jaya.
Muzik perbarisan (march masuk)
*********
Hadirin di hormati ,
Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari rumah sukan
Laksamana dengan tema Caltex. Berlandaskan motto pasukan MERAH MEMBARA
SEMANGAT LAKSAMANA !!!... . Pasukan rumah Laksamana!!!.
*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah Temenggung dengan tema Shell. Dengan
motto rumah TEMENGGUNG..MARA, MARA, MARA !!! .... Pasukan rumah Temenggung!!!.
************
Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah Bendahara bertunjangkan tema
Petron. Dengan motto BIRU POWER !!!...TENANG DAN MENANG !!!.... Pasukan rumah
Bendahara !!!.
***********
Dan kontinjen terakhir ialah kontinjen dari rumah Syahbandar dengan tema Petronas.
Dengan motto HOP, HOP TO VICTORY !!!.... Pasukan Rumah Syahbandar !!!.
Seterusnya, perarakan masuk bendera Kejohanan Olahraga Smk Taman Ria Jaya Kali Ke-23
yg dibawa oleh wakil-wakil dari unit beruniform KASPA, PKBM dan KADET POLIS SMK Taman
Ria Jaya. -Upacara naik bendera kejohanan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Suzihana binti Shaharan, Pengetua
SMK Taman Ria Jaya serta Puan Norsiah binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum atas
kesudian menyempurnakan perarakan lintas hormat sebentar tadi.
BACAAN DOA
5 Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Anuar Azman bin
Zakaria untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.- Drum roll angkat tangan
(Bacaan Doa)
Drum roll turun tangan
Terima kasih Ustaz Anuar Azman bin Zakaria diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat dan rahmat.
Arahan senang diri
SALUTASI
6 Manis bicara berawalkan salam,
Tangan dihulur terpateri keakraban,
Majlis bermula bersulamkan kalam;
Untaian luhur kami ucapkan.
Yang Berusaha,
Puan Suzihana binti Shaharan,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya.
Puan Busrah binti Ramli, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.
Puan Nor Siah binti Ismail, Penolong Kanan
Kokurikulum
Puan Suraiya binti Mahamad Nadzim, Penolong Kanan
Petang
Guru-Guru Kanan Matapelajaran, Rakan-Rakan Guru, serta para pelajar yang dikasihi
sekalian.
Selamat datang ke Kejohanan Olahraga SMK Taman Ria Jaya Kali Ke-23 bagi tahun 2023.
Bag pipe naik bendera

BACAAN IKRAR KEJOHANAN


7 Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, dipersilakan Saudara Muhammad Syafiq Haikal bin Kamarul Redzuan dari kelas
205 untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan. ( Syafiq bersama ketua2 rumah
berlari ke depan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Syafiq atas pimpinan
ikrar kejohanan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN
8 Hadirin yang dihormati sekalian,

Segak bentara beranta kesuma, Di dalam kota


bersama panglima, Susulan bicara bakal bergema,
Pemula kata anggun berkarisma.

Bagi menyempurna adat menyusun kalam memula kata, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan Puan Suzihana binti Shaharan, Pengetua SMK Taman Ria Jaya untuk tampil
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga SMK Taman Ria Jaya Kali
Ke-23 bagi tahun 2023.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


(ucapan)

Diminta Tuan Pengetua untuk terus kekal berada di atas pentas bagi menyempurnakan gimik
perasmian.
(Gimik Perasmian)
Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga SMK Taman Ria Jaya Kali Ke-23.
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian merasmikan
majlis pada hari ini.
PERARAKAN KELUAR PERBARISAN
9 Hadirin yang dihormati,
Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.

Muzik keluar perbarisan


10 Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Olahraga
SMK Taman Ria Jaya Kali Ke-23 bagi tahun 2023.
Untuk pengetahuan semua, acara yang akan berlangsung pada pagi ini adalah acara 100M
(Akhir), acara 4 x 100M (Akhir) dan 4 x 400M (Akhir).

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan
dimulakan sebentar lagi.
ACARA SUKAN
8.40 Pegawai urusetia mengambil tempat.
8.50 Acara bermula :
NO. ACARA ACARA KELAS
474 100 meter L3
475 100 meter L2
476 100 meter L1
477 4 x 100 meter P3
478 4 x 100 meter P2
479 4 x 100 meter P1
480 4 x 100 meter L3
481 4 x 100 meter L2
482 4 x 100 meter L1
483 4 x 400 meter L1
484 4 x 400 meter L2
485 4 x 400 meter L3

9.50 REHAT
10.15 PERSEMBAHAN SENAMROBIK
11 Hadirin yang dihormati, Masa kira
Di atas padang sekarang ini ialah pasukan senamrobik sekolah yg sedang bersiap sedia untuk mata
membuat persembahan. Dengan itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan senamrobik
daripada murid-murid SMK Taman Ria Jaya. Dipersilakan.
Senamrobik
Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan senamrobik
sekolah atas persembahan yang menarik itu tadi.
Untuk makluman hadirin, persembahan senamrobik sebentar tadi telah dipimpin oleh Cikgu Noor Azlina
binti Saad.
10.45 PENYAMPAIAN HADIAH DAN UPACARA PENUTUP
12 Hadirin yang dihormati,
Sekarang tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Puan Suzihana binti
Shaharan, Pengetua SMK Taman Ria Jaya dan diiringi Puan Norsiah binti Ismail, Penolong
Kanan Kokurikulum bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Penyampaian hadiah (baca dari senarai penerima hadiah)
PENUTUP
13 Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan.


Bag pipe

Seterusnya, dipersilakanketua kontinjen untuk menyerahkan bendera kejohanan kpd


tuan Pengetua.
Muzik perbarisan

Sarung papan tarik papan, Buah keranji


dalam perahu, Terima kasih hadirnya tuan,
Dalam hati terkenang selalu.

Kalau ada kapur yang patah, jangan dilupa


pada baktinya, kalaulah ada silap dan
salah,
jangan dilupa padamkan dendamnya. Tuan-tuan dan puan- puan,
Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai