Anda di halaman 1dari 7

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 49 SMK CONVENT TAIPING 2013 Teks Ucapan Juruacara: PN. NORHAMIZA DAN PN.

AINI NORDIANA Bil 1 Perkara Upacara Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berusaha En. Mohammad Ravi JC b. Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah kurikulum bidang Teknik dan Vokasional, Daerah larut Matang dan Selama. (tunggu sehingga tetamu mengambil tempat) Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum wrt wbkth dan salam 1 Malaysia diucapkan kpd Yang Berusaha, En. Mohammad Ravi JC b. Abdullah, penolong PPD kurikulum bidang Teknik dan Vokasional, Daerah larut Matang dan Selama, Yang Berusaha , Pn. Rahimah Bt. Jamaluddin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping Sekolah Kluster Kecermerlangan, Yang Berbahagia, tn. Hj. Kamaruddin b. Mohammad, Yang DiPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping Sekolah Kluster Kecermerlangan, Yang Berusaha, Puan Ang Yan Tin, Penolong Kanan Pentadbiran, , Cik Naimah bt. Jusoh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Tan Eng Chong, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Roslina Bt. Abu Bakar, Penyelia petang, Guru-guru Kanan, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar SMK Convent yang dikasihi sekalian. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datang kami ucapkan, Moga diiringi restu illahi. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT TAIPING SEKOLAH KLUSTER KECERMERLANGAN, KALI KE- 49, TAHUN 2013 MIZA

NANA

NANA Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan sukan Tahunan kali ke 49. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puanpuan untuk hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan SMK Convent Taiping ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang sukan.

Hadirin yang dihormati, Pada Kejohanan ini juga, kita akan menyaksikan pasukan unit beruniform dan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam Pertandingan Kawad Lintas Hormat dan Pasukan sorak.

Hadirin yang dihormati, Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menyaksikan perbarisan lintas hormat para kontijen sempena majlis sukan tahunan smk convent taiping kali ke 49, bagi tahun 2013. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Pn. Rahimah Bt. Jamaludin , pengetua smk convent taiping, untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia En. Mohammad Ravi JC b. Abdullah ke hadapan astaka bagi menerima lintas hormat daripada para kontigen. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Perbarisan lintas hormat kontijen kontijen didahului dengan pasukan kadet remaja sekolah yang diketui oleh saudari Nur Adzimah bt. Abu hanif. Pemegang bendera ialah saudari Aini Surraya dan pembawa plakad ialah saudari Sharifah Aliah Afiqah bt. Syed nasir. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Misah bt. Mansor dengan moto mereka ilmu, iman dan amal. Untuk pengetahuan para hadirin, pasukan kadet remaja sekolah SMK convent taiping ini telah mengekalkan kedudukan tempat ketiga bagi tiga tahun berturut-turut peringkat daerah larut matang dan selama.

Seterusnya, tampil merah jambu serba ayu ialah kontigen pergerakan Puteri islam yang diketui oleh saudari NurAisyaton bt. Ton zalani. Pemegang bendera ialah saudari azween bt. Azahari dan pembawa plakad saudari Nur Izzati bt. Hj. Kamarudin. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Rozita bt. Adam Lee dengan moto mereka ilmu, iman dan amal

Melangkah penuh semangat waja kini ialah pasukan Renjer Puteri yang diketui oleh saudari Sarah leau Yi Lin. Pemengang bendera ialah saudari Lin Zhi Shuang dan pembawa plakad saudari Cindy Ooi Poh Yin. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Wan Rusni bt. Wan Osman dengan moto mereka Be prepared. Menyusul serba putih perkasa sekarang ini ialah pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah yang diketui oleh saudari Noor hidayah Aniza bt. Zakaria. Pemegang bendera ialah saudari tan su sanne dan pembawa plakad saudari KamalaShiny. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn.Noraini dengan moto mereka kesaksamaan, keungulan, keberkecualian.

Kini melangkah dengan penuh keazaman, ialah pasukan Joyful Vanguard yang diketui oleh saudari Anmool kaur. Pemegang bendera ialah saudari Tan Tzy Jun dan pembawa plakad saudari Sabrina Kaur. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Cecelia dengan moto mereka A better world through unity

Tampil bergaya seterusnya ialah pasukan Pandu puteri yang diketui oleh saudari Sukvir Kaur. Pemengang bendera ialah saudari Hapreet kaur dan pembawa plakad saudari Saranya. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Norhana dengan moto mereka be prepared. Diharap pasukan Pandu Puteri sentiasa memandu ahli-ahlinya ke arah kecemerlangan.

Kontigen serba hijau , ialah Rumah Dang Wangi yang diketui oleh saudari Phuah siew Kim. Pemengang bendera ialah saudari Alifah Ilyana Bt. Azian dan pembawa plakad saudari Khairyne Adriana bt. Azmir Firdaus. Pasukan ini berpegang teguh dengan motto mereka The race of excelent has no finish line dengan diiringi maskot mereka iaitu Thinker Bell. Untuk pengetahuan para hadirin, Rumah Sukan Dang wangi merupakan juara keseluruhan bagi sukan tahunan 2012.

Menyusul seterusnya ialah rumah Tun Fatimah yang diketui oleh saudari Nor fazeera bt. Mohammad Kader. Pemegang bendera ialah saudari Siti Nabillah Bt. Yusuf dan pembawa plakad saudari Anis Sabrina Bt. Mokhtar. Pasukan ini berpegang teguh dengan motto mereka be strong when you are weak, brave when you are scared and humble when you are victorious dengan diiringi maskot mereka iaitu Mickel Jackson. Pemilihan mascot ini kerana Micheal mempunyai bakat semulajadi dan maju kehadapan dengan penuh usaha untuk Berjaya, menjadikan pasukan ini komited berusaha untuk mencapai kejayaan.

Tampil setia dengan warna biru ialah kontigen Rumah Dang Anum yang diketui oleh saudari Izzati Bt. Ilyas. Pemengang bendera ialah saudari Kiranjeet Kaur dan pembawa plakad saudari reza Sahreza. Pasukan ini berpegang teguh dengan motto mereka Aut vincere Aut Mori yang membawa maksud Either to conquer or to die dengan diiringi maskot mereka iaitu Warrior.

Tampil merah garang ialah Rumah Tun Kudu yang diketui oleh saudari Nur Hidayah naziha. Pemegang bendera ialah saudari Wong Wee Wen dan pembawa plakad saudari Thevashalni A/p Selvadoray. Pasukan ini berpegang teguh dengan motto mereka champions train, endure pain, and never complain dengan diiringi maskot mereka iaitu Falcon.

Melangkah maju kini, berpakaian serba kuning ialah kontigen Rumah Mahsuri yang diketui oleh saudari priya a/p murugan. Pemengang bendera ialah saudari kristal Diana dan pembawa plakad saudari Lina Izzatee. Pasukan ini berpegang teguh dengan motto mereka we roar, we shout, we go all out, mahsuri we fight, with the lions might dengan diiringi maskot mereka iaitu the Lion.

Melangkah bagaikan srikandi kini ialah kontigen rumah Tun Teja. Pasukan yang mewakili warna jingga ini diketui oleh saudari Azzlyn Zurain. Pemengang bendera ialah saudari Asther Sarge Kaur dan pembawa plakad saudari Nur aerina. Pasukan ini berpegang teguh dengan motto mereka never tackle a sleeping dragon dengan diiringi maskot mereka iaitu the Dragon.

Kini, Kita akan menyaksikan perarakan masuk dan upacara menaikan bendera kejohanan oleh pengawas SMK Convent Taiping.

Begitulah tadi, sempurnanya acara menaikkan bendera kejohanan sebagai symbol kejohanan sukan pada tahun ini.

Nyanyian Lagu Negaraku Seterusnya upacara menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negaraku. Hadirin yang dihormati diminta berdiri. Begitulah tadi nyanyian lagu Negaraku yang telah kita sempurnakan bersama-sama, majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Lafaz Ikrar Upacara seterusnya, Lafaz Ikrar Kejohanan. Dengan sukacitanya dipersilakan saudari Mathuri A/P saravanan untuk mengetuai bacaan ikrar. Untuk pengetahuan semua, Mathuri merupakan atlit hoki sekolah ini (VIP masih tunggu atas pentas) Ucapan Pengetua Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan, Tampillah puan kami meminta, Madah ucapan kata aluan Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Pengetua SKK SMK Convent Taiping, Pn. Rahimah bt. Jamaludin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih Ucapan Tetamu Kehormat Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Kepada tuan sembah di beri, Mohon rasmikan majlis kami. Kini majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha En. Mohammad Ravi JC b. Abdullah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Sukan Tahunan SKK SMK Convent Taiping kali ke-49.

Majlis mempersilakan. (VIP duduk dulu) Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Perarakan Keluar Kontingen Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan. Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

12

17

Upacara Penyampaian hadiah Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah dan Piala Pusingan kepada Para pemenang. Untuk makluman semua, piala-piala pusingan kali ini merupakan sumbangan guru-guru dermawan sekolah ini . Majlis dengan sukacitanya menjemput .. untuk menyampaikan hadiah. 2. Seterusnya dijemput

18

TEMPAT KETIGA/KEDUA/JOHAN RUMAH SUKAN Upacara Menurunkan Bendera Kejohanan Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Sukan Tahunan kali ke 49. (anggota kadet menurunkan bendera dan tampil ke pentas untuk penyerahan bendera) Seterusnya majlis menjemput Tuan Pengetua, Pn. Rahimah Bt. Jamaluddin untuk menerima bendera kejohanan. Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua.

19

20

Penutup Akhir kata dari kami berdua, Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan SMK Raja Perempuan demi menjulang kecemerlangan di persada marcapada TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI. HIP-HIP..HOORAY 3X RPS CEMERLANG .. RPS GEMILANG .. RPS TERBILANG Wabillahitaufik wslmk wrt

Disediakan oleh: Puan Noor Alauyah bt Meor Ahmad

Anda mungkin juga menyukai