Anda di halaman 1dari 4

Teks emcee majlis watikah pelantikan pemimpin muda 2022

Acara Teks catatan

Pemeriksaan barisan Majlis dimulakan dengan sesi pemeriksaan baris oleh koperal azeman bin deraman diiringi oleh Zul main lagu pemeriksaan
puan nor asiah binti ahmad ( guru besar sk jelapang jaya) serta barisan pentadbir. baris
Vip mengambil tempat Mengumumkan ketibaan yang dihormati koperal azeman bin deraman, diiringi oleh puan nor asiah
binti ahmad, guru besar sk jelapang jaya serta barisan pentadbir .

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Perarakan masuk
pemimpin muda Majlis diteruskan dengan perarakan masuk barisan pemimpin muda sk jelapang jaya 2022. Zul main lagu kedua (drum)

Nyanyian 3 buah lagu


Hadirin sekalian diminta berdiri bagi nyanyian 3 buah lagu. Zul terus mainkan 3 buah lagu

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis segala hormatnya menjemput al Fadhil ust mohd
soffy bin abdul Rahman, untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

- Terima kasih al Fadhil atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Aluan emcee Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang dihormati koperal azeman bin deraman (

Yang berusaha puan nor asiah binti ahmad,


Guru besar sk jelapang jaya,

Barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian..
Selamat datang diucapkan ke Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sk Jelapang Jaya 2022.

Dengan bertemakan ‘ kepimpinan berwibawa pemangkin generasi cemerlang’


Majlis ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada murid-
murid yang terpilih sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing
rakan sebaya , pengawas spbt, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, serta pemimpin sukan.

Ucapan gb Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada puan nor asiah binti ahmad guru besar sk
jelapang jaya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Ucapan vip Seterusnya majlis menjemput yang dihormati koperal azeman bin deraman bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis watikah pelantikan pemimpin muda 2022. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Mohon tuan untuk terus kekal berada di atas pentas bagi acara seterusnya.

Terima kasih diucapkan atas kesudian pihak tuan merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Gimik perasmian Majlis diteruskan dengan sesi gimik perasmian yang bakal disempurnakan oleh yang dihormati
koperal azeman bin deraman yang diiringi oleh yang berusaha puan guru besar .

Dipersilakan..

-gimik selesai-
Mohon tuan dan puan untuk terus kekal berada di atas pentas bagi acara seterusnya.

Penyampaian watikah Hadirin hadirat sekalian,


Kini majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda 2022.

Dijemput,

1. Ahmad asyraff bin ahmad sallehudin ( ketua pengawas sekolah)


2. Nur dania husna binti norzukri ( ketua pengawas pusat sumber sekolah)
3. Che Ahmad fatih ulhaq bin muhamad tajudin ( ketua pengawas pembimbing rakan sebaya)
4. Nur Liyana binti isa ( ketua pengawas spbt)
5. Nur Qaisara binti Ismadi ( mewakili ketua kelas dan penolong ketua kelas)

Seterusnya bagi pemimpin muda sukan

Dijemput

1. Muhamad fitri aiman bin Mohamad nasir ( pengerusi persatuan Bahasa dan rukun negara
& pengakap kanak-kanak )
2. Nur Dania husna binti norzukri ( pengerusi kelab stem)
3. Ahmad asyraf bin ahmad sallehudin ( pengerusi sukan dan permainan olahraga)
4. Nurul farisya binti Abdullah ( pengerusi sukan dan permainan bola baling)
5. Nur farisya irdina binti ahmad kamal zazarudin ( pengerusi persatuan puteri islam
Malaysia)

Bagi pemimpin muda Pendidikan khas;

Dijemput

1. Danish Akmal bin Mustafa kamal ( persatuan pengakap)


2. Nur Aliya maisarah binti hairul azlan ( persatuan kesenian dan kebudayaan)
3. Muhamad arif marzuqi bin hairul azlan ( sukan dan permainan petanque dan olahraga)
Cenderamata vip Bagi menghargai koperal azeman bin deraman, majlis menjemput puan guru besar untuk
menyampaikan cerderamata .

Terima kasih tuan dan puan atas kesudian menyampaikan watikah dan cenderamata.

Lafaz ikrar Hadirin hadirat sekalian,


Kini tiba masanya kita ke aturcara yang selanjutnya iaitu ikrar pemimpin muda..untuk itu
dipersilakan :

Ahmad asyraf bin ahmad sallehudin selaku Ketua Murid yang akan mengetuai bacaan ikrar pada
pagi ini..

Bacaan ikrar

Dengan selesainya lafaz ikrar itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan ini akan dapat menyuntik semangat kepada
pemimpin-pemimpin muda sk jelapang jaya sekaligus dapat menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan dedikasi bukan sahaja sebagai pemimpin di
sekolah malahan sebagai persediaan menjadi pemimpin di luar sana suatu masa nanti. Sekian
terima kasih..

Sesi bergambar

Anda mungkin juga menyukai