Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


SMK TUNKU PUTRA KALI KE-41

DISEDIAKAN OLEH:

SITI RASHEQA BINTI MAT RAZALI


AGENDA TEKS QUE /
CATATAN

PENGUMUMAN Majlis mengalukan kehadiran Yang Berbahagia En Nor Azman Bin Long , Penolong PPD Langkawi
KETIBAAN Pembangunan Bakat Murid ke kejohanan olahraga Smk Tunku Putra 2020

PERBARISAN Hadirin yang dimuliakan,


KONTIJEN
Majlis perasmian penutupan kejohanan olahraga SMK Tunku Putra kali Ke-42 dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat kontijen-kontijen rumah sukan, unit beruniform dan unit-unit khas SMK Tunku Putra.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha , Tn Hj Sabri Bin Abdol Rahim Pengetua Cemerlang SMK Tunku
Putra bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Nor Azman Bin Long , ke astaka utama Padang
Saujana SMK Tunku Putra untuk menerima tabik hormat kontinjen-kontinjen yang terlibat. Dipersilakan
Untuk maklumat semua, sebanyak 8 kontinjen yang menyertai perarakan ini.
Mari kita tumpukan perhatian ke arena kejohanan Perarakan masuk kontinjen-kontijen perbarisan kejohanan
balapan dan padang SMK Tunku Putra kali ke-42
PERARAKAN Mendahului perarakan sekarang ialah kontinjen Pra-Universiti SMK Tunku Putra
PERBARISAN
2. Bakal melintasi astaka sekarang iaitu kontingen rumah Laksamana
Bak pendekar terus melangkah,
Berjuang dengan semangat perwira,
Walau berjuta rintangan menjelma,
Terus mara takkan mengalah,
Biar bergadai harta dan nyawa.
Takkan laksamana hilang di dunia

Dengan tema mereka The Green Arrow


Bermottokan : Laksamana berjiwa pahlwan pantang mengalah sebelum berjuang

3. Bersedia berkhidmat cekap dan berani,


Melangkah bergaya segak dan tampan,
Itulah dia kontigen Kadet Polis SMK Tunku Putra

4. Melintasi astaka sekarang ialah Kontinjen rumah Bendahara


Biru saujana mata memandang,dalam tenang pantang kecundang
Bendahara terus sentiasa berjuang,Untuk mendapat gelaran pemenang

Dengan tema mereka : The Wave of Victory


Bermottokan : Berjuang mencipta kenangan

5. Seterusnya Kadet Remaja Sekolah dengan slogan mereka

Selangkah seirama, kesepakatan bersama sehati menjulang nama


Kontinjen kadet remaja sekolah SMK Tunku Putra

6. Menyusul di belakang ialah rumah Temenggung

Kuning diraja pilihan hati,


Segak bergaya menyunsun langkah
Kejuaraan pasukan berita dinanti
Rumah temenggung pantang mengalah
Dengan tema mereka : Sting like the hornet
Bermottokan : You never walk alone

7. Berikut ialah kontinjen Pendidikan Khas Integrasi SMK Tunku Putra, Dengan slogan mereka
Kekurangan bukan penghalang kepada kecemerlangan

8. Dan kontinjen yang terakhir ialah rumah sukan Syahbandar

Semangat membara penuh dijiwa, Merah berani seperti pahlawan


Bertemakan Thorns Among of Flower
Dengan Slogan mereka ‘Talent wins games, but teamwork and intelligance win championships
Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada yang brbahagia En Nor Azman Bin Long ,
atas kesudian menerima lintas hormat kontinjen-kontinjen yang bertanding pada hari ini.
(que shingga vip tiba di pentas utama)
Seterusnya nyanyian lagu negaraku,
-NYANYIAN LAGU NEGARAKU-
Hadirin Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan ikrar kejohanan. Majlis mempersilakan pembaca ikrar
kejohanan iaitu saudara Afifi Aqasha bin Hadi Afendi untuk mengetuai bacaan ikrar
-IKRAR-
Hadirin serta kontinjen perbarisan dipersilakan duduk
Majlis diteruskan dengan acara gimik oleh pelajar-pelajar SMK Tunku Putra dipersilakan
-GIMIK-

ALUAN Bismillahirrahmanirahim
PENGERUSI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berbahagia, En Nor Azman Bin Long , Penolong PPD Langkawi Pembangunan Bakat Murid
Yang Berusaha, Tn Hj Sabri Bin Abdol Rahim pengetua Cemerlang SMK Tunku Putra
Yang Berusaha En Ahmad Fauzi bin Chek YDP PIBG SMK Tunku Putra
Yang Berusaha,En Ahmad Syaker Bin Abdul Majeed Pen. Kanan Pentadbiran, ,
Yang Berusaha En Azaham bin Abu Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha En Azmi bin Hussin pen. Kanan kokurikulum
Yang Berusaha Puan Zalina bt Dohat Penolong Kanan Petang,
Yang Berusaha Pn. Rosima bt Rasalan Pen. Kanan Ting Enam
Yang Berusaha Pn. Zalila Bt Ramli Pen. Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru Kanan, guru-guru ,AJK PIBG dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Al Fadhil ustaz Abdul Halim bin Suhimi untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan

-BACAAN DOA-
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga majlis yang direncanakan diberkati dan dirahmati oleh Nya
UCAPAN Majlis seterusnya mempersilakan En Nor Azman Bin Long , Penolong PPD Langkawi Pembangunan Bakat
PERASMIAN Murid, untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan Perasmian Penutupan Kejohanan olahraga
PENUTUP SMK Tunku Putra kali ke-42, Majlis mempersilakan
-UCAPAN PERASMIAN PENUTUP-
Sekalung penghargaan diucapkan atas ucapan dan perasmian itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dikasihi,


HADIAH Seterusnya, upacara penyampaian hadiah dan kalungan pingat kepada para pemenang. Untuk itu, majlis
mempersilakan Tn Hj Sabri Bin Abdol Rahim bagi menjemput dan mengiringi yang Brbahagia En Nor Azman
Bin Long, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan pengalungan pingat kepada atlet yang berjaya.
Majlis mempersilakan
Dimulakan dengan penyampaian hadiah :
-PENYAMPAIAN HADIAH-

Majlis Merakamkan jutaan terima kasih kepada yang Brbahagia En Nor Azman Bin Long atas kesudian
menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.
Seterusnya, upacara menurunkan bendera kejohanan yang akan disempunakan oleh 7 orang pelajar dari kadet
UPACARA remaja sekolah
MENURUNKAN -BENDERA KEJOHANAN DITURUNKAN-
BENDERA
KEJOHANAN Bendera kejohanan akan diserahkan kepada yang Brbahagia En Nor Azman Bin Long , Penolong PPD Langkawi
Pembangunan Bakat Murid , dengan itu dijemput En Nor Azman Bin Long untuk menerima bendera Kejohanan
Balapan dan Padang SMK Tunku Putra kali ke-42.Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Bersurai Dengan berakhirnya penyerahan bendera kejohanan itu tadi, maka berakhirnya Kejohanan olahraga SMK Tunku
Putra kali ke 42. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Majlis seterusnya menjemput semua tetamu jemputan ke kantin untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Sebelum berpisah, sama-sama kita jayakan sorakan hip hip horrey sebanyak 3 kali sebagai menyatukan
semangat kesukanan warga SMK Tunku Putra
Hip hip !!!!! 3x
Sekian Wabillahitaufiq wahidayah
Assalamualaikumwarahmatullwahiwabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai