Anda di halaman 1dari 4

GAYA HIDUP LESTARI

Pengenalan
Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti
kita seharian. Ini bermakna kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai
dengan keperluan generasi sekarang dan akan datang. Gaya hidup yang lestari harus
dijadikan struktur hidup baru bagi semua golongan terdiri daripada individu, komuniti,
negara dan dunia. Amalan hidup dan perubahan sikap manusia amatlah diperlukan bagi
merealisasikan gaya hidup lestari.
Definisi
Konsep bagi mengadaptasikan gaya hidup lestari dalam kehidupan, anjakan paradigma
padaminda seluruh ahli masyarakat, atau dengan kata lain, pelestarian minda
amatlah diperlukan dan hal ini merupakan inisiatif paling kritikal perlu diberi keutamaan
segera . Secara ringkas, minda lestari bermaksud pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah
yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam
sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan cekap, dan dasar serta amalan gaya
hidup selari dengan fitrah insaniah.

BUKIT MERTAJAM 27 Sept. - Selaras dengan hasrat untuk mengamalkan gaya hidup lestari
yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah, Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun (IPGKTB) di sini menganjurkan Persidangan Pembangunan Dan Pendidikan
Lestari Peringkat Kebangsaan Tahun 2012.
Persidangan dua hari itu bertujuan memberi pendedahan awal dan menanam kesedaran
selaras dengan visi program iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari serta membentuk
kerangka konsep IPG Lestari.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPG Malaysia (IPGM), Dr. K.
Nagalingam, gaya hidup lestari adalah satu langkah positif ke arah memelihara alam sekitar
dan sumber-sumber yang semakin berkurangan.
"Sehubungan itu, program IPG Pemangkin Masyarakat Lestari yang diperkenalkan akan
dapat dicapai dengan cara membudayakan empat tunjang utama iaitu pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan persekitaran dengan amalan-amalan lestari.
"Keberkesanan empat tunjang utama itu boleh dijadikan bahan kajian yang akan dilaksanakan
oleh pelajar atau pensyarah sama ada secara individu atau berkumpulan atau gabungan
pelajar dan pensyarah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan itu hari ini.
Sebanyak 26 kertas kerja dibentangkan sepanjang persidangan tersebut.
Tambah Nagalingam, kesemua tindakan dan penyelidikan yang dilakukan akan dilaporkan
kepada IPGM setiap tahun.
Bagi Pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPGKTB, Eau Yong Chew Youn, banyak
manfaat dapat diperolehi oleh peserta dan pelatih kampus sendiri mengenai pembangunan
lestari.
Menurutnya, beberapa isu yang dibentangkan semasa persidangan itu amat relevan dengan
pembelajaran serta kelestarian alam sekitar yang diperjuangkan oleh pelbagai pihak selama
ini.
"Sebagai contoh, kajian mengenai daun minda sebagai analogi meningkatkan keberkesanan
pemahaman konsep terhadap alat berfikir mampu menjadi alat bantu belajar yang berkesan.
"Melalui daun minda ini, beberapa cara berfikir dapat dipelajari secara jelas melalui lisan,
lakaran mahupun tulisan," ujarnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20120928/wu_01/Amalkan-gayahiduplestari#ixzz45qoL2Z6i


Utusan Melayu (M) Bhd

Abstrak
Pendidikan adalah medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan
lestari (education for sustainable development, ESD) kepada masyarakat umum. Sebahagian
besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek
alam sekitar, ekonomi dan sosial ke arah kehidupan yang lebih lestari. Di Malaysia, misalnya,
Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah diperkenalkan bagi tujuan
tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kesedaran ESD ibu bapa/
penjaga di bandar dan luar bandar dengan anak dan sebaliknya. Sejumlah 243 pelajar dan
243 ibu bapa/ penjaga yang terlibat dengan Program SLAAS menjadi sumber data primer
analisis. Hasil kajian mendapati tingkah laku ESD ibu bapa atau penjaga di bandar adalah
lebih baik berbanding dengan luar bandar. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan
antara pengetahuan Program SLAAS dan pengetahuan kandungan ESD pelajar dengan
pengetahuan ESD ibu bapa / penjaga. Sebaliknya, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD
pelajar dan tingkah laku ESD pelajar tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan
pengetahuan ESD ibu bapa atau penjaga. Dari segi tingkah laku ESD ibu bapa / penjaga,
kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara pengetahuan amalan ESD pelajar, sikap
ESD pelajar dan tingkah laku ESD pelajar. Dapatan ini menunjukkann bahawa tidak semua
pembolehubah kesedaran ESD pelajar mempunyai hubungan langsung dengan pengetahuan
ESD dan tingkah laku ESD ibu bapa / penjaga. Implikasinya ialah wujud hubungan antara
pengetahuan dan tingkah laku ESD pelajar dengan ibu bapa / penjaga tetapi tidak
sepenuhnya. Justeru,usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan ESD dalam
kalangan masyarakat perlulah dilaksanakan secara lebih bersistematik dan berterusan. Namun
begitu harus diakui bahawa penglibatan pelajar dalam Program SLAAS adalah satu
permulaan positif ke arah menyebarluaskan ESD kepada ahli keluarga.
Katakunci: gayahidup lestari, kesedaran pembangunan lestari, pembangunan lestari,
pendidikan alam sekitar, pendidikan pembangunan lestari, program sekolah lestari

TINJAUAN LITERATUR

Anda mungkin juga menyukai