Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP PERLAWANAN AKHIR FUTSAL PENDIDIKAN KHAS

DAERAH KINTA UTARA BAGI TAHUN 2022

PERKARA CATATAN
Murid berkumpul Semua berkumpul

Mengumumkan Ketibaan ,

Yang Berusaha,

Pn.Haniza binti Subari,

Timbalan PPD Sektor Pembelajaran,

PPD Kinta Utara.

Diiringi oleh,

Tetamu-tetamu jemputan masuk ke dewan

Nyanyian Lagu Hadirin Diminta Bersedia Untuk Nyanyian Lagu “Negaraku” dan Lagu Kebesaran Negeri
Negaraku dan
Negeri Perak Perak.

Hadirin mohon berdiri

--------Nyanyian lagu “Negaraku” dan Kebesaran Negeri Perak-------

Hadirin Dipersilakan Duduk

Kata Aluan Bissmillahirrahmanirahim pembuka kata,


Assalamualaikum dan salam sejahtera pemula bicara.

Berjalan ke hilir melalui permatang


Permatang elok sering digunakan
Kalau sudah semuanya datang
Molek kiranya kita mulakan.

Yang Berusaha,

Pn.Haniza binti Subari,


Timbalan PPD Sektor Pembelajaran,PPD Kinta Utara.

Yang Berusaha,

En Mohd Syukri Bin Abdul Rahman (PPD),


Pn Azlina Bt Ibrahim Lastar (PPD)
Pn. Che Yang Binti Ramli (PPD)
Penolong Pegawai Daerah, Unit Pendidikan Khas,PPD Kinta Utara

Yang Berusaha,
En Rosle Bin Mohd Ismail
Pk kokurikulum Sek.Keb. Tasek Damai

Penolong-Penolong kanan Pendidikan Khas,


Para pengurus pasukan futsal,
Para pengadil, guru-guru PPKI Daerah Kinta Utara, anak-anak pendidikan Khas
dan seterusnya para hadirin sekalian.

Alhamdulillah.
Aluan
Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, lantaran dengan keizinan dan
keredhaanNya, dapat kita bersama-sama  berkumpul di dewan ini bagi mengikuti majlis
PENUTUP PERLAWANAN AKHIR FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH
KAINTA UTARA bagi tahun 2022.

Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua para
jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin, perlawanan akhir futsal Pendidikan Khas bagi tahun ini
telahpun disertai oleh 2 kategori iaitu Kategori Sekolah Menengah dan Kategori
Sekolah Rendah yang terdiri daripada Murid-murid Masalah Pembelajaran.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,

memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat dariNya. untuk itu, majlis

mempersilakan En.Abdul Karim bin Kamaruzaman, bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

-------Bacaan doa-------

Amin, Amin Ya-Rabbal  ‘Alamin……

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Abdul Karim bin

Kamaruzaman, atas pimpinan bacaan doa itu tadi. mudah-mudahan majlis kita pada hari

ini mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.


Ucapan Perasmian Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Penutup
Cempaka sari warisan sejati
menjadi kebanggaan seisi negeri
ucapan perasmian penutup memang dinanti
berilmu tinggi bijak bestari.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Pn.Haniza binti Subari,Timbalan PPD Sektor Pembelajaran,PPD Kinta Utara
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan PERLAWANAN
AKHIR FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KINTA UTARA.

Majlis mempersilakan.

******************UCAPAN PERASMIAN PENUTUP****************

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan tidak


terhingga kepada Pn.Haniza binti Subari.
-Cenderamata
perasmi Sebagai tanda penghargaan dijemput En.Mohd Shukri Bin Abd. Rahman
Penolong PPD, Unit Pendidikan Khas, untuk menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan kepada Pn.Haniza. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Penyampaian hadiah Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada para pengadil,


Dengan ini, majlis sekali lagi menjemput Pn.Haniza binti Subari diiringi oleh
En Rosle Bin Mohd Ismail ( Penolong Kanan Koko SK Tasik Damai)
Dipersilakan…
Dengan ini majlis menjemput,
-pengadil
1. Cikgu AHMAD SUKRI BIN ZAINUN
SK RAJA DIHILIR EKRAM

2. Pengadil yang berikutnya ialah MOHAMAD RAZIZ BIN JOHARI


SK SUNGAI ROKAM

3. MUHAMMAD MARWAN BIN AHMAD ZAILANI


SMK BUNTONG

4. MOHD FAKHRUL HASAN BIN HAJI ABDUL RAZAK


SMK KG DATO AHMAD SAID

5. MOHD DZULKARNAIN BIN MOHD ZAIN


SK PENDIDIKAN KHAS IPOH

6. MUHAMMAD REDZUAN BIN MOHD AZHAR


SMK TASEK DAMAI

7. NURHILMAN BIN MAT YUSOP


SMK TASEK DAMAI

8. Muhammad Akmal bin Mat Yusop


SK RAJA CHULAN
Dan pengadil terakhir dipersilakan,

9. En.MOHAMAD THAYYIB BIN RAZALI


-pemenang SK PEND KHAS IPOH
Hadirin,
Masa yang dinantikan telahpun tiba iaitu keputusan dan penyampaian hadiah kepada
para pemenang PERLAWANAN AKHIR FUTSAL PENDIDIKAN KHAS.

************* Baca nama pemenang *****************

Bersurai Dengan ini, maka berakhirlah sudah PERLAWANAN AKHIR FUTSAL PENDIDIKAN
KHAS . tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Mudah-
mudahan kejayaan anda akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan anda agar
terus  berusaha untuk meraih kecemerlangan di masa hadapan. Majlis turut
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan pegawai
PPD,guru-guru PPKI Daerah Kinta Utara yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis
ini berjalan dengan lancar.

Madah Diungkap Santun Bicara


Pantun Dilantun Mengusik Hati
Salah Dan Silap Tutur Bicara
Pohon Diampun Seikhlas Hati

Sekian Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai