Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK AMINUDDIN BAKI,CHEMOR Kod Sekolah: AEE 2071

NORSAHIDA BINTI NORDIN


1. Nama Guru
The Leader In You
2. Judul (Edisi Bahasa Melayu) 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku The Leader in You (Edisi Bahasa Melayu) ini adalah buku panduan komprehensif yang
menyenaraikan beberapa strategi bagi membantu kita untuk mengenal pasti kekuatan diri dalam
kepimpinan, Mencapai matlamat kita dalam meningkatkan keyakinan diri dan menyingkirkan
mentaliti “kami vs.mereka”.
Selain itu, buku ini juga memotivasikan diri kita untuk menjadi anggota pasukan yang aktif
dan mengukuhkan kerjasama antara sekutu, Mengimbangi kerjaya dan masa lapang.
Buku ini dapat membantu diri kita untuk mengawal kebimbangan dan memberi semangat
dalam hidup kita dan banyak lagi. Sebaik sahaja kita menemukan ciri-ciri yang menyerlahkan sifat
kepimpinan dalam diri, kita akan menyedari bahawa pelaburan terpenting adalah pada diri kita
sendiri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai yang terkandung di dalam buku ini ialah bagaimana kita mencari kepimpinan di
dalam diri, cara berkomunikasi yang berkesan, kaedah untuk memotivasikan diri manusia,
sentiasa mendengar untuk belajar, kerja berpasukan, cara untuk menghormati orang lain, cara
untuk menangani kesilapan, aduan dan kritikan serta banyak lagi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini sangat berguna kepada saya sebagai guru untuk memimpin anak-anak murid
berkeperluan khas (MBK) dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam alaf 21. Ia
juga banyak memotivasikan diri saya bagaimana untuk menangani kesilapan , aduan dan kritikan
daripada ibu bapa dan rakan-rakan sekerja. Selain itu, sebagai guru buku ini dijadikan panduan
buat saya bagaimana cara untuk menyerlahkan sifat kepimpinan di dalam diri dan kita akan sedar
bahawa pelaburan terpenting adalah diri sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Sahida
........................................................ ........................................................
(NORSAHIDA BINTI NORDIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai