Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK KEM TERENDAK 1 Kod Sekolah : MBE 0045

1. Nama Guru RAFEAH BINTI MAT DAUD

2. Judul NAK KE TAK NAK 3. Bidang : MOTIVASI

4. Pengarang DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj 5. Muka Surat : 320

6. Terbitan KARYA BISTARI SDN. BHD.

7. Sinopsis

Buku “NAK KE TAK NAK” ini adalah sebuah buku yang berpaksikan dunia motivasi tempatan.
Kebiasaannya buku-buku motivasi di pasaran lebih cenderung kepada fakta dan kajian, tetapi buku ini
memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang santai.

Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan
pengalaman yang boleh meningkatkan lagi tahap motivasi diri.

Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan
tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku tersebut membuatkan kita membina keyakinan dengan apa yang kita hendak buat. Yang penting,
tanya pada diri sendiri, kita hendak atau tidak capai apa yang kita mahu. Kalau kita hendak,
berusahalah untuk mencapainya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Selaku pendidik keyakinan itu penting dalam melaksanakan banyak perkara yang melibatkan rakan
setugas, dan juga klien iaitu murid dan ibu bapa. Melalui buku ini banyak mendorong saya selaku guru
untuk lebih bermotivasi dalam menghalalkan segala ilmu dan tenaga yang diberi. Selain itu, setiap
tugas hendaklah dilakukan dengan usaha dan kesungguhan. Semua terletak pada hati. Kalau hendak
seribu daya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(RAFEAH BINTI MAT DAUD)

Anda mungkin juga menyukai