Anda di halaman 1dari 7

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 Kod Sekolah: WBA0057

FARIDAH BINTI BAKAR


1. Nama Guru

2. Judul DULU AKU SANGAT KAYA 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 6 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Sebuah buku e-Book yang berbeza kerana mengisahkan tentang ‘kegagalan’. Kisah-kisah di
dalamnya bukanlah sebagi inspirasi tetapi kisah kehidupan yang dapat dijadikan iktibar. Nama-
nama di dalam kisah ini jarang diketengahkan atau kita baca walaupun mereka semuanya
merupakan bilionair.
Kisah yang dipaparkan dalam buku ini adalah ringkas tetapi padat. Ia mengisahkan awal
kehidupan mereka dari orang biasa atau miskin sehingga menjadi kaya. Tetapi, kemudiannya
telah melakukan kesilapan terbesar dalam kehidupan mereka. Kesilapan-kesilapan inilah yang
diketengahkan dalam buku ini supaya kita dapat mengkaji dan menganalisa perkara tersebut
seterusnya dijadikan iktibar dan panduan dalam hidup kita.
Terdapat lima individu yang diceritakan dalam buku ini. Pertama,Louis-Joseph Chevrolet
yang berasal dari Switzerland. Beliau sangat mahir dalam bidang kenderaan yang mana
penciptaannya telah banyak memenangi pertandingan dan akhirnya telah menubuhkan syarikat
pengeluar kereta yang terkemuka.Tetapi akhirnya beliau telah jatuh bankrap disebabkan kurang
kemahiran dari segi pengurusan perniagaan.
Kedua, Annie Lebovitz seorang juru gambar terkenal di Amerika yang mendapat bayaran
tertinggi pada zamannya. Tetapi beliau menjalani kehidupan yang terlalu mewah dan leka hingga
berhutang sehingga $USD24 juta dan terpaksa menjual semua koleksi hakciptanya yang diambil
sepanjang 40 tahun tugasannya.
Ketiga, Asil Nadir merupakan orang ke-36 terkaya di Britain yang terlibat dalam pembuatan
pakaian dan pembungkusan. Kehidupan yang mewah terutama berbelanja terhadap kereta
mewah dan jet peribadi menyebabkan kejatuhannya kerana pecah amanah untuk kepentingan
peribadi.
Keempat, Kim Woo Jung pernah mempunyai syarikat terbesar kedua di Korea Selatan iaitu
Daewoo yang menjalankan perniagaan tekstil dan akhirnya berkembang kepada permotoran,
pembuatan kapal, petrochemical, industi pembinaan dan kejuruteraan elektrikal. Pada zaman
kejatuhannya beliau telah melarikan diri ke luar negara kerana hutang yang banyak dan juga
menghadapi tuduhan pecah amanah.
Terakhir, Bernie Madof yang digelar “Bapa Skim cepat Kaya’.Akhirnya telah ditangkap oleh
pihak berkuasa kerana menjalankan urusniaga yang tidak mengikut undang-undang.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Berhati-hati dengan setiap apa yang dilakukan. Kehidupan adalah seperti roda yang sering
berputar. Walau pun duit setinggi gunung jika dikikis hari-hari akan rata juga akhirnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan. Jika kita tiada ilmu ibarat kapal yang tiada
nakhoda dan terumbang-ambing di tengah lautan yang ganas. Setiap apa yang kita lakukan
mestilah menggunakan akal fikiran yang waras di samping ilmu pengetahuan kerana dengannya
sahaja hidup kita akan sejahtera.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................................................
( FARIDAH BINTI BAKAR ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 Kod Sekolah: WBA0057

FARIDAH BINTI BAKAR


1. Nama Guru

2. Judul MENCARI MAKNA HIDUP 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 13 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan bagaimana usaha kita dalam mencari erti kehidupan yang lebih mendalam
dan bermakna. Buku ini memuatkan pelbagai kisah inspirasi yang membantu kita menemukan
dan mengembangkan makna daripada kisah tersebut. Terdapat juga renungan atau pertanyaan
kecil dalam buku tersebut yang bertujuan untuk kita membuat kesimpulan daripada kisah yang
dipaparkan. Kisah-kisah yang dinyatakan dalam buku ini adalah sumber daripada pengalaman
individu yang berjaya, yang gagal, rakan sekerja, guru-guru, filem-filem dan sebagainya.
Kesimpulannya, dengan membaca buku ini kita semakin diperkaya dengan mendapat inspirasi
bagi mengembangkan diri ke arah yang lebih baik. Di samping itu, ia dapat mengukuhkan nilai-
nilai bagi diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Berusaha membina kepercayaan dalam kalangan rakan-rakan


- Dapat membuat keputusan yang tepat dan baik
- Perlu mempunyai motivasi yang tinggi dan bertanggungjawab
- Berfikir secara positif walaupun dalam keadaan yang negatif
- Perlu memahami orang lain

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Gunakan slogan ;
“ SAYA TAHU – ORANG LAIN TAHU’’
....hinggalah hidup kita lebih terbuka dan disukai oleh orang lain...

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................................................
( FARIDAH BINTI BAKAR ) ( )
Lampiran

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 Kod Sekolah: WBA0057

FARIDAH BINTI BAKAR


1. Nama Guru

2. Judul AL-ARQAM di Sebalik Tabir 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 20 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Sebuah buku yang menyingkap kisah sebuah pertubuhan Islam yang telah diharamkan. Namun,
ia diceritakan secara mendalam, khususnya dari segi sejarah, ideologi, struktur organisasi,
kehidupan sosial dan pandangan hidup anggotanya. Pertubuhan ini yang ditubuhkan pada tahun
1968 telah memainkan peranan sebagi agen perubahan sosial yang penting dalam kalangan
masyarakat Islam di Malaysia.
Mereka bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah
memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh
anggota jemaahnya.
Walaupun apa yang dicita-citakan oleh pertubuhan ini tidak menjadi kenyataan, tetapi asas
yang dibina masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Asas perjuangan mereka masih kental
terutamanya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sesuatu perkara yang dilakukan mestilah dibuat dengan bersungguh-sungguh walaupun pelbagai
rintangan yang terpaksa dihadapi. Kejayaan yang kita kecapi bukanlah boleh diperoleh dalam masa
sehari atau setahun tetapi ianya mungkin mengambil masa berbelas tahun untuk kiata
merasainya. Di samping itu, sesuatu kejayaan tidak datang disebabkan oleh seorang sahaja,
tetapi kepuasan sebenar erti kejayaan adalah bila ia turut disebabkan orang lain.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sesuatu kejayaan yang dikecapai oleh sesebuah sekolah bukanlah disebabkan oleh seseorang
guru, tetapi sebenarnya ia melibatkan seluruh organisasi di dalamnya. Oleh itu, kerjasama sangat
penting dalam memastikan kejayaan sesuatu program.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................................................
( FARIDAH BINTI BAKAR ) ( )
Lampiran

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 Kod Sekolah: WBA0057

FARIDAH BINTI BAKAR


1. Nama Guru

2. Judul SERLAHKAN AURA GURU 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 27 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku yang ditulis oleh Pengetua Cemerlang Jusa C ini sebenarnya sangat bermanfaat
khususnya untuk pentadbiran sesebuah sekolah. Ia menceritakan tentang ciri-ciri kepimpinan
yang baik dan prinsip-prinsip kepimpinan yang sangat terpuji dan sangat relevan untuk diikuti. Ia
dapat memberi dorongan dan motivasi kepada kita. Isi kandungan buku ini juga meliputi kisah-
kisah yang menyentuh hal-hal kemanusiaan dan sesuai dibaca oleh semua guru besar, pengetua
dan barisan pentadbir kerana ia banyak memberi panduan ke arah menyayangi murid, staf dan
guru serta memberi mereka perangsang untuk berjaya dan cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Seorang pemimpin mestilah memiliki ciri-ciri atau sifat terpuji bagi memimpin warganya ke arah
kejayaan yang cemerlang. Sebelum kita ‘mencermelangkan’ organisasi, terlebih dahulu kita
mestilah cemerlangkan diri sendiri dahulu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Bagi melahirkan murid yang cemerlang ia memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan
kita sebagai pemimpin. Kita seharusnya mencari ilmu bagaimana untuk mengurus dan memimpin
institusi pendidikan yang serba mencabar pada era globalisasi ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................................................
( FARIDAH BINTI BAKAR ) ( )
Lampiran

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 Kod Sekolah: WBA0057

FARIDAH BINTI BAKAR


1. Nama Guru
ASAL KEJADIAN LANGIT DAN
2. Judul BUMI 3. Bidang: AGAMA

4. Tarikh Pembentangan 2 MEI 2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Sebuah kitab edisi Jawi lama yang disusun semula. Ia memetik ayat-ayat Al-Quran dan hadis-
hadis untuk kita mendalami asal kejadian langit dan bumi serta segala makhluk lain yang penuh
dengan misteri yang jarang diperkatakan secara terbuka. Kitab ini banyak mendedahkan rahsia-
rahsia kejadian Allah yang banyak berhubung kait dengan diri kita zahir dan batin. Antara perkara
yang dibincangkan dalam kitab ini ialah Lawh Mahfuz, Perihal Kejadian Arasy,Kursiy, Malaikat,
Maut, Sidrat Al-Muntaha, Jin, Syurga, Neraka, Bidadari, Matahari, Bulan, Bintang, Planet, dan
sebaginya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Di sebalik semua kejadian, kita haruslah kembali kepada Allah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Penerapan nilai-nilai agama dalam pengajaran dan pembelajaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................................................
( FARIDAH BINTI BAKAR ) ( )
Lampiran

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN TUN DR ISMAIL 2 Kod Sekolah: WBA0057

FARIDAH BINTI BAKAR


1. Nama Guru
BERBUNGA CINTA AISYAH DI
2. Judul 3. Bidang: AGAMA
HATI RASULULLAH
4. Tarikh Pembentangan 4 MEI 2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mendedahkan tentang pendekatan dan tip-tip ke arah kebahagiaan cinta. Ia
menyampaikan mesej kasih sayang ke minda lelaki. Ia juga berkaitan bagaimana mendapatkan
komitmen lelaki dalam menguruskan perhubungan sedia ada. Buku ini menjadikan diri bagaikan
Aisyah yang digambarkan sebagai isteri yang mempunyai orientasi tindakan yang tinggi pada
situasi sekarang. Beliau memberi respons aktif secara lisan dan perbuatan kepada apa yang
disampaikan oleh Nabi sama ada didikan, teguran dan peringatan. Aisyah menjadi penting kerana
beliau menjadi rujukan alternatif kepada orang Islam. Segala tindakan Aisyah meneguhkan
kedudukan Nabi Muhammad baik dari segi hidup peribadi, dakwah dan mengurus hidup
bekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- Setiap pasangan boleh menyampaikan rasa hati melalui pendekatan cara berfikir, lisan dan
bahasa badan
- Lelaki mudah seronok dan bersedia menerima cinta seorang wanita dan bersedia memberi
kesetiaannya
- Menawan hati seseorang bukan sahaj datang dalam diri tetapi orang di sekeliling juga dapat
membantu
- Terdapat halangan-halangan dalam cinta dan perlu bersedia bersedia cabaran dan halangan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Cinta bukan sahaja antara lelaki dan wanita tetapi ianya boleh diaplikasikan kepada semua orang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................................................
( FARIDAH BINTI BAKAR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai