Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Permatang To’ Jaya kali ke 47 tahun 2021. Pertamanya, izinkan
saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Muhammad Yusoff bin Mohd Noor (ADUN
Sungai Dua) kerana sudi melapangkan masa untuk bersama dalam satu lagi agenda pendidikan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Terima kasih tidak terhingga juga kepada YDP PIBG En Abdul Rahim bin Mohamad Amin
dan ahli jawatankuasa serta para guru yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan apa-apa jua majlis
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Sesungguhnya kesan Pendemik Covid 19 merubah norma kita semua, malahan seluruh dunia. Perkara yang
dahulunya kita merasakan agak mustahil namun kini telah menjadi suatu kebiasaan baharu.malah pertemuan
kita kali ini dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ini pun adalah suatu sejarah di mana kita hanya bertemu
secara alam maya. Namun kita harus berubah berpijak di bumi yang nyata bersama para guru, ibubapa serta
anak-anak harus menguasai kemahiran-kemahiran baharu demi memastikan pendidikan anak-anak tidak
ketinggalan. Keprihatinan ibubapa dan hubungan bersama pihak guru bagi memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PDPR) berjalan lancar amatlah dihargai.

Saya amat yakin asas hubungan yang kukuh antara pihak kami dengan pihak tuan-tuan dan puan-puan amat
membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita seterusnya melahirkan insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak– anak mereka sangat saya sanjungi
dan harapkan. Ini menunjukkan anda semua sebagai ibu bapa amat prihatin dengan anak – anak anda. Tahniah
dan syabas saya ucapkan.

Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anak – anak kita berjaya dan menjadi
orang yang berguna kepada keluarga dan negara kita. Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan
keredhoan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin
kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Permatang To’ Jaya terus mara dan proaktif dalam
usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SK Permatang To’ Jaya.

Sekian, terima kasih.

(BERKHIDMAT UNTUK NEGARA)

 
AZIZI BIN BAKAR
Guru Besar,
SK Permatang To’ Jaya
13800 Sg. Dua Butterworth
 

Anda mungkin juga menyukai