Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN OLEH :

WAKIL MURID SKHA

SEMPENA :

HARI GRADUASI TAHUN 6 2017


SK HASHIM AWANG

PADA :
7 NOVEMBER 2017

BERTEMPAT DI :
DEWAN HARMONI,
SK HASHIM AWANG, KEPALA BATAS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha En Mohd Husni b………….., Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Hashim Awang

Barisan pentadbir sekolah

Pn. Hjh. Badariah bt Jaafar, Penolong Kanan Kurikulum

Pn. Salawati bt………….., Penolong Kanan Hak Ehwal Murid

Pn Noraini bt……………….., Penolong Kanan Ko-kurikulum

Pn. Rosliza bt ……………………, ……………..Pendidikan Khas

Seterusnya barisan guru-guru, dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang

untuk menyampaikan ucapan pada majlis Hari Graduasi Tahun 6 2017 ini. Saya

mewakili semua pelajar tahun 6 SK Hashim Awang tahun 2017 ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik

SKHA kerana berjaya menganjurkan majlis ini.


Hadirin sekalian,

Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid tahun 6 yang akan menamatkan

pengajian di sekolah ini, sekolah yang kami sayangi ini. Betapa bangganya kami

kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah kami telah

diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis yang belum kami rasai

sebelum ini. Majlis Hari Graduasi Tahun 6 ini kelak akan menjadi suatu memori

indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan sejarah.

Inilah detik paling indah dan guru-guru yang berwajah berseri-seri. Oleh itu, saya

mewakili semua murid tahun 6 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami tahun satu hingga tahun

enam.

Terima kasih juga kerana bersusah payah menganjurkan pelbagai program

PASCA UPSR buat kami. Letih belajar terubat, aktiviti memberi manfaat.

Kenangan indah pasti tertambat. Buat bekalan dunia akhirat.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban

masa, tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah

yang menjadi ibu bapa kedua bagi kami.


Hadirin dan rakan-rakan sekalian,

Majlis hari graduasi ini memberikan pengertian yang amat besar kepada murid-

murid tahun 6. Memakai jubah dan berbaris, kemudian naik ke pentas seorang

demi seorang untuk menerima skrol merupakan pengalaman paling berharga buat

kami. Majlis hari graduasi ini telah menjadi pembakar semangat kami agar tidak

jemu berusaha untuk mencapai kejayan demi kejayaan sehingga kami benar-

benar dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar

bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan

dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis hari graduasi ini

menjadi titik permulaan buat kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke

pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar

hitam, bara yang digenggam biar sampai jadi arang, agar pada suatu hari

nanti kami menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

Akhir kata, selaku wakil murid SKHA tahun 2017 saya mengambil kesempatan

dalam majlis ini untuk memohon maaf kepada semua guru sekiranya sepanjang

kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang
tidak disenangi sepanjang bergelar murid. Harapan kami agar guru-guru sekalian

berasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T sentiasa.

Akhir kalam…

Cikgu jangan berputus asa dengan karenah anak muridmu…

Teruskan perjuanganmu. Sesunguhnya Allah tahu harapan mu…

Pekerjaanmu yang mulia, tiada sesiapa mampu menafikannya.

Kerana kami sendiri tidak tahu bagaimana dikau mampu berdiri mendidik kami

sehingga ke detik ini…Kekuatan dan kesabaranmu hanya Allah yang maha

tahu…

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai