Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN OLEH :

WAKIL MURID SKKJ

SEMPENA :

MAJLIS APRESIASI UPSR 2017


SEKOLAH RENDAH ISLAM AL EHYA
ASSHARIFF

PADA :

23 NOVEMBER 2017
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Puan Suzaina bt. Mohamad,Guru Besar Sekolah Rendah Islam

Al Ehya Asshariff

Barisan pentadbir sekolah

Pn. Siti Faridah bt. Abdul Hamid, Penolong Kanan Kurikulum

Pn. Salwah bt. Kasim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn, Haliza Hani bt. Hamidon Penolong Kanan Ko-kurikulum

Seterusnya barisan guru-guru, ibu bapa dan juga rakan-rakan yang dikasihi

sekalian.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang

untuk menyampaikan ucapan pada majlis Apresiasi 2017 ini. Saya mewakili

semua pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Al Ehya Asshariff tahun 2017

ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas

kepada warga pendidik SRIES kerana berjaya menganjurkan majlis ini.

Hadirin sekalian,

Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid tahun 6 yang akan menamatkan

pengajian di sekolah ini, sekolah yang kami sayangi ini. Betapa bangganya

kami kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah kami telah
diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis yang belum kami rasai

sebelum ini. Majlis Apresiasi UPSR ini kelak akan menjadi suatu memori

indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan

sejarah. Inilah detik paling indah dan guru-guru yang berwajah berseri-seri.

Oleh itu, saya mewakili semua murid tahun 6 mengucapkan setinggi-tinggi

terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami tahun

satu hingga tahun enam.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban

masa, tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah

yang menjadi ibu bapa kedua bagi kami.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,

Majlis Apresiasi ini memberikan pengertian yang amat besar kepada murid-

murid tahun 6. Memakai jubah dan berbaris, kemudian naik ke pentas seorang

demi seorang untuk menerima skrol merupakan pengalaman paling berharga

buat kami. Majlis hari graduasi ini telah menjadi pembakar semangat kami agar

tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayan demi kejayaan sehingga kami

benar-benar dapat menjejakkan kaki ke menara gading.


Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar

bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan

dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis hari graduasi ini menjadi

titik permulaan kepda kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke pangkal

lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, bara

yang digenggam biar sampai jadi arang, agar pada suatu hari nanti kami

menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

Akhir kata, selaku wakil murid Sekolah Rendah Islam Al Ehya Asshariff tahun

2017 saya mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk memohon maaf

kepada semua guru sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat

kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar

murid. Harapan kami agar guru-guru sekalian berasa dalam lindungan dan

rahmat Allah S.W.T sentiasa.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai