Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diberkati majlis ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang berusaha Pn Nor Azlina binti
Arshad,Guru Besar Sk Perantau Damai, Yang dihormati, , Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Pn. Nor Aisah binti Adam , Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En.
Mohd Amran bin Mat Omar,guru-guru,staf-staf sokongan dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian

Ingin rasa memakan kari


Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
bertemu tuan yang baik hati

Bersyukur kita kepada Allah kerana pagi yang berbahagia ini kita dapat berkumpul di
tempat yang selesa iaitu Jamuan Perpisahan murid murid tahun 6. Kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa
bersama sama kami.

Besar langit di tepi busut


Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat dalam hati

Dijemput ketua Murid Tahun 6 Sk Perantau Damai , saudari Izzah insyirah binti
Khairul Sham untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid tahun 6.
Dipersilakan
UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada saudari iizah insyirah atas ucapan sebentar tadi

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan selisish
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan pengikat kasih

Majlis berbesar hati menjemput tuan guru besar , Pn Nor Azlina binti Arshad untuk
menyampaikan ucapan.dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN GURU BESAR
Terima kasih diucapkan atas kepad Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi
Kalau tuan pikat cemara
Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Dipersilakan guru besar, guru guru penolong kanan, guru-guru dan staf-staf
sokongan dan rakan-
Dijemput saudara Mohd hariz bin mohd Helmi untuk membaca doa makan
Doa makan

Sambil kita menjamu selera, marilah sama-sama kita melihat tayangan montaj yang
disediakan oleh murid-murid tahun 6 sebagai kenangan terakhir mereka di skpd.
Dipersilakan

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sesi pertukaran hadiah antara murid-murid
tahun 6

Dipersilakan sekali lagi Guru Besar Sk Perantau Damai untuk membuat cabutan
CABUTAN

Terima kasih diucapkan

Dipersilakan Guru Penolong Kanan Hal Ehawal Murid

Dipersilakan Guru Penolong Kanan kokurikulum

Terima kasih diucapkan


Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada semua murid
tahun 6

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha Pn Nor Azlina binti
Arshad untuk meyampaikan cenderahati kepada murid murid Tahun ^
Penyampaian Cenderahati

Terima kasih diucapkan

Berakhirlah majlis jamuan perpisahan tahun 6 pada hari ini. Kami mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang sudi meganjurkan majlis ini. Kami akhiri
majlis ini dengan dua rangkap pantun

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Lain masa berjumpa lagi
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan juga kami pohonkan

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai