Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS JAMUAN TAHUN 6, 2022/2023

TENTATIF PROGRAM

HARI : RABU
TARIKH : 15.02.2023
MASA : 10:00 a.m. – 12:00 p.m.
TEMPAT : DEWAN AL-GHAZALI
10:00 a.m. : Murid-murid tahun 6 mengambil tempat (Guru masa tersebut membawa murid turun ke
dewan dan menyusun murid)
10:20 a.m. : Bacaan doa oleh Ustaz Iman
10:30 a.m. : Ucapan wakil murid
10:45 a.m. : Ucapan pentadbir / wakil
11:00 a.m. : Edaran makanan dan minuman kepada murid
11:15 a.m. : Bacaan doa dan makan
12:00 p.m. : Bersurai. Murid berbaris dan masuk ke kelas.

ATURCARA TEKS CATATAN


KETIBAAN
Mengumumkan perarakan masuk YANG BERUSAHA, PUAN GURU

BESAR SK PERMATANG TOK SIK, PN NORIZA BINTI CHE

YAHAYA,GURU-GURU PENOLONG KANAN, diiringi penyelaras

Tahun 6 serta guru-guru SKPTD.

Para hadirin dengan hormatnya di mohon berdiri.

Yang berbahagia,

PN NORIZA BT CHE YAHAYA

GURU BESAR SEK KEB PERMATANG TOK DIK

Yang dihormati,

EN MOHD NOR BIN AHMAD

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,

EN ABU HASYIM BIN CHE HAD

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


EN MOHD ZAIDI BIN SALLEH

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PN FATIMAH BINTI MURAD

GURU PENOLONG KANAN PPKI ,

Penyelaras Tahun 6, guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang

diraikan sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sungguh manis si buah lokan,

Di beli dari pulau Mutiara,

Selamat datang kami ucapkan,

Awal bismillah pembuka bicara.

Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya, kita dapat Bersama-sama pada pagi ini bagi meraikan

anak-anak tahun 6 sesi 2022/2023 yang akan mengakhiri zaman

sekolah rendah mereka tidak lama lagi.

BACAAN
DOA Sayang kumbang di tasik keramat,

Terbang seiring di tepi kali,

Doa dibaca mohon rahmat,

Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis ingin

menjemput AL-FADHIL USTAZ MOHD NOOR IMAN BIN ILIAS bagi

mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

( Bacaan Doa)

Amin…amin… ya rabb al-alamin…

Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz di atas bacaan doa

sebentar tadi
UCAPAN
WAKIL Hadirin sekalian,
MURID Majlis seterusnya menjemput (NAMA PELAJAR ) bagi mewakili Nama Pelajar :

semua murid tahun 6 untuk menyampaikan kata-kata aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada (Nama Pelajar )di atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN
PENTADBIR Emas tempawan buat mu puteri,

Busana indah buat kekasih,

Sudilah tuan tampilkan diri,

Berilah kata simpulan kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, majlis menjemput PN NORIZA BINTI CHE YAHAYA, untuk

memberikan ucapan sempena MAJLIS JAMUAN TAHUN 6

2021/2022

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada PUAN GURU BESAR benar di atas

ucapan yang penuh inspirasi sebentar tadi.


EDARAN
MAKANAN Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih,

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

Hadirin sekalian,

Majlis menjemput semua guru dan staff sekolah ke kantin untuk

menjamu selera.

Untuk para pelajar, makanan akan diedarkan mengikut giliran.

( Edaran Makanan )
Majlis dengan berbesar hati sekali lagi menjemput USTAZ MOHD

NOOR IMAN BIN ILIAS untuk bacaan doa.

( Bacaan Doa )

Amin, amin, Ya rabil al amin

Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz di atas bacaan doa

sebentar tadi
BERSURAI
Hadirin sekalian,

Kami, wakil pihak pengurusan majlis Jamuan tahun 6 ingin

memohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran, kepincangan dan

kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.. wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai