Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN TAHUN 6 SK.

KEPAYAN, 2016

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Hj Awang Jamil Bin AG Puteh,


Yang diPertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kepayan, diiringi,
Yang Berusaha Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kepayan
dan barisan Guru Penolong Kanan. Hadirinsekalian dipohon berdiri.

(Setelah pegawai perasmi dan barisan pentadbir berada di kerusi VIP)

Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku,


Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah.

(Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah)

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil Bin AG Puteh, Yang diPertua Persatuan
Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kepayan

Yang Berusaha Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan


Kepayan,

Yang dihormati Puan Norlianah Tantu, Penolong Kanan Kurikulum,


Puan Rokiah Hj Abdul Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Rozlee Hj Ideris, Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Ibrahim bin Hj S.Latip, Penyelaras tahun 6,
Puan Halinah Zambri Yong, Penyelaras Majlis Konvokesyen Tahun 6,
Guru-guru, Ajk PIBG, para ibubapa, seterusnya yang diraikan murid-murid tahun 6
sekalian.

Sungguh manis si buah lokan,


Menjadi bekal para nelayan,
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Konvokesyen Tahun 6 SK.Kepayan.

Hadirin yang dihormati, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis ceria
dan penuh bermakna pada hari ini.

Bagi pihak pengelola majlis, saya sekali lagi mengalu-alukan, kedatangan tetamu
kehormat, dif-dif jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ke Majlis
Konvokesyen, Tahun 6, SK.Kepayan 2016.
Sesungguhnya majlis konvokesyen pada hari ini merupakan upacara kemuncak
yang pasti akan menjadi detik bersejarah dan sering dinanti-nantikan oleh setiap
murid SK Kepayan. Inilah saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi atas
kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang pengajian
mereka selama 6 tahun di SK Kepayan.

(Bacaan Doa)
Sebelum majlis diteruskan, marilah kita bersama-sama memohon keberkatan dari
Ilahi. Untuk itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Zainuzi bin Desa untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan di atas pimpinan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita mendapat berkat dan rahmat dari Allah swt.

(Ucapan Wakil Murid Tahun 6)


Sidang Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini kita mulakan
dengan menjemput adik Nur Farah Waheedah bt Misbahuddin, wakil murid tahun 6,
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan wakil murid tahun 6 sebentar tadi.

(Ucapan Penyelaras Tahun 6)


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Ibrahim bin Hj S.Latip, Penyelaras
tahun 6 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Penyelaras Tahun 6 sebentar
tadi.

(Ucapan Alu-aluan Guru Besar)


Dihidang kemas kuih pelita,
Buat santapan para pahlawan,
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Sabariah Hj Haris,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepayan,untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan Puan Guru
Besar sebentar tadi.

(Ucapan Perasmi)
Hadirin sekalian, seterusnya majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil bin AG Puteh, Yang
diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Kepayan, 2016.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Awang
Jamil bin Ag Puteh atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian, sebagai tandamata atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Hj


Awang Jamil bin AG Puteh hadir ke majlis konvokesyen kita pada hari ini, pihak
majlis sekali lagi menjemput Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kepayan untuk menyampaikan cenderahati kenangan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan.
Dipohon Puan Guru Besar untuk terus berada di atas pentas.

Seterusnya dijemput Encik Ibrahim bin Hj S.Latip untuk menyampaikan cenderahati


kepada Puan Guru Besar. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Puan Guru Besar dan Penyelaras tahun 6, Encik Ibrahim.

(Penyampaian Sijil Graduasi)


Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Kini, tibalah kita ke upacara yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Sijil Graduasi
kepada Murid-murid Tahun 6.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan HJ Awang Jamil bin AG Puteh, Yang DiPertua Persatuan Ibubapa
dan Guru untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid tahun 6 Raflessia
dan 6 Seroja.

Memulakan senarai penerima sijil graduasi, dipersilakan ke pentas adik


___________________________________

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan Yang Dipertua
PIBG menyempurnakan majlis menyampaikan sijil sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Graduasi bagi kelas 6 Anggerik dan
6 Dahlia. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Sabariah Hj
Haris, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepayan untuk menyampaikan sijil.

Memulakan senarai penerima sijil graduasi, dipersilakan ke pentas adik


___________________________________
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar di atas
penyampaian sijil sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil
Graduasi bagi kelas 6 Mawar dan 6 Teratai. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Puan Norlianah Tantu, Penolong Kanan Kurikulum Sekolah
Kebangsaan Kepayan untuk menyampaikan sijil.

Memulakan senarai penerima sijil graduasi, dipersilakan ke pentas adik


___________________________________

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Penolong Kanan
Kurikulum di atas penyampaian sijil sebentar tadi.

(Penyampaian Hadiah Murid Teladan)

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan pula dengan
PENYAMPAIAN HADIAH MURID TELADAN dan MURID TERBAIK
KESELURUHAN.

Untuk itu, majlis sekali lagi dengan penuh takzim dan segala hormatnya
mempersilakan Tuan Hj Awang Jamil bin AG. Puteh, Yang DiPertua Persatuan
Ibubapa dan Guru dengan diiringi Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kepayan untuk naik ke pentas dan menyampaikan hadiah.

Mendahului senarai penerima ialah Adik Iris Octivia Grace Polerene dari kelas 6
Raflessia. Seterusnya dipersilakan Adik Amir Hafizi bin Mohd Salleh, 6 Seroja.
Mohd Dzulhafiz bin Muhd Zulfikri – 6 Anggerik
Muhammad Syafiq Ikhwan bin Ag Ismail – 6 Dahlia
Nur Zulaylah Sofia bt Alsadat – 6 Mawar
Ahmad Farhan bin Yusuf – 6 Teratai

Untuk Hadiah Murid Terbaik Keseluruhan Tahun 6, dipersilakan penerimanya Adik


Iris Octavia Grace Polerene dari kelas 6 Raflessia.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan dan
Yang Berusaha Puan kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
sebentar tadi. Tahniah kepada adik Iris Octavia kerana terpilih sebagai penerima
Hadiah Murid Terbaik Keseluruhan tahun 6.
Hadirin sekalian, dengan penyampaian hadiah itu tadi, maka, berakhirlah sudah
Majlis Konvokesyen Tahun 6 SK. Kepayan 2016 pada kali ini. Kami mewakili seluruh
warga SK Kepayan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu
kehormat, dif-dif jemputan, guru-guru, staf-staf sokongan, anggota-anggota Unit
Penyelaras, pihak pengurusan PIBG SK Kepayan, para penyumbang, ibu bapa dan
semua yang terlibat bagi menjayakan dan memberi sumbangan dalam majlis yang
bersejarah ini.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya
tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai