Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN LAMBAIAN KASIH TAHUN 6

1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang Berbahagia Encik Mohd Kamal bin Mohd Nor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato'
Kramat

Yang Berusaha Encik____________________________, YDP PIBG Sk Dato Kramat

Yang Dihormati Pn Norafriza Bt Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran), Pn Erlina Bt Elias


(Penolong Kanan Hem), En Syed Amir Hafidzan Bin Syed Ahmad (Penolong Kanan
Kokurikulum), guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia


dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Jamuan Lambaian Kasih Tahun 6 SK
Dato Kramat pada hari ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

2.BACAAN DOA

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan memulakan majlis kita dengan ummul kitab al-fatihah.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

3.UCAPAN KETUA PENGAWAS

Hadirian sekalian,
Kita mulakan majlis kita dengan ucapan dari Ketua Pengawas SK Dato Kramat, adik
Muhammad Nur Aiman Bin Zam Nor Azuri untuk memberikan ucapan bagi mewakili murid-
murid tahun 6.
Terima kasih kepada adik Nur Aiman atas ucapannya sebentar tadi.

4.UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan______________ YDP PIBG


SK Dato Kramat untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ YDP PIBG di atas kesudian


menyampaikan ucapan.

5.UCAPAN GURU BESAR

Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En Mohd Kamal bin Mohd Nor Guru Besar
SK Dato Kramat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Jamuan
Lambaian KasihTahun 6. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas kesudian merasmikan Jamuan
Lambaian Kasih Tahun 6.

6.JAMUAN MAKAN

Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara:
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan

7.CABUTAN BERTUAH

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu cabutan
bertuah.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan __________________ untuk membuat 10
cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

8. PERSEMBAHAN MURID

Sambil kita menjamu selera, kita akan dihiburkan dengan persembahan daripada murid-
murid Tahun 6.

10. PENUTUP

Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon sedikit kesempatan untuk
merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis pada hari ini berlangsung
dengan jayanya.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai