Anda di halaman 1dari 4

HARI GRADUASI KALI KE – 4

SM ST FRANCIS XAVIER KENINGAU

PADA :
19 OKTOBER 2019

BERTEMPAT DI :
DEWAN PEIDE

Shallom dan salam sejahtera,


Terima kasih diucapkan kepada puan pengerusi majlis.

Yang berbahagia,
Bapa uskup …. ,
Penaung SM SFX
Yang dihormati,
En Masly Wahip
Pegawai Pendidikan Dearah Keningau
Yang berusaha,
Puan Betty Leong,
Pengetua SMSFX.

Yang berusaha,
Puan Gilbert Olas
Penolong Kanan Kurilulum

Yang dihormati,
Encik Jee Roslaily d Awang
Penolong Kanan HEM
Puan Letty Teo
Penolong Kanan Kokurikulum

1
En. Anthony Chong
Penolong Kanan Petang

Barisan Guru Kanan Mata Muridan


Guru-guru cemerlang,
Barisan Pendidik,
Ibu bapa dan rakan-rakan sekalian.

Shallom dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


puan pengerusi majlis kerana memberi saya ruang dan peluang untuk
menyampaikan ucapan selaku Wakil murid SMSFX dalam majlis graduasi kali ke -4
ini. Saya mewakili Murid-murid tingkatan lima 2019 ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik SMSFX kerana
berjaya menganjurkan majlis yang amat berprestij ini.

Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid-murid tingkatan lima yang akan
menamatkan pengajian mereka di sekolah ini di sekolah yang kami sayangi ini.
Betapa bangganya kami, kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan
sekolah, kami telah diraikan dan diberi penghormatan dalam majlis yang belum
pernah kami rasai sebelum ini. Majlis Graduasi ini kelak akan menjadi suatu
memori indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan
sejarah. Inilah detik paling berwarna-warni dengan guru-guru yang berwajah
berseri-seri. Oleh itu, saya mewakili semua murid mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami tingkatan
satu hinggalah tingkatan lima.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban masa,
tenaga, dan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi
ibu bapa kedua bagi kami.

Wahai guru kami,


Jasamu semerbak kasturi,
Seluas lautan tak bertepi,
Kasih sayangmu begitu agung,
Yang meniti setiap suka dan duka,
Tidak dapat ku balas.

2
Wahai guru kami,
Kalian umpama dian,
Menerangi kami dalam kegelapan,
Kain putih kau corakkan,
Membentuk kami menjadi insan.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,


Majlis graduasi ini memberi pengertian yang amat besar kepada murid-murid
Tingkatan 5. Memakai jubah dan berbaris, kemudian naik ke pentas seorang demi
seorang untuk menerima skrol merupakan pengalaman paling berharga buat
kami. Kami dapat merasakan seolah-olah kami telah berada di menara gading
untuk menerima ijazah dalam majlis konvokesyen, majlis graduasi ini telah
menjadi pembakar semangat kepada kami agar tidak jemu-jemu berusaha untuk
mencapai kejayaan demi kejayaan sehinggalah kami benar-benar dapat
menjejakkan kaki ke menara gading sama ada di institusi pengajian awam atau
institusi pengajian swasta.

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang
sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis graduasi ini
menjadi titik permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke
pangkal lengan, alang- alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam,
bara yang digenggam biar sampai menjadi arang, agar pada suatu hari nanti kami
menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

Akhir kata, selaku Ketua Murid SMSFX tahun 2019 saya mengambil
kesempatan dalam majlis ini untuk memohon maaf kepada semua guru,
khususnya kepada bonda Puan Hashimah bt Hashim, pengetua yang amat kami
kasihi sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur
kata dan tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar murid.Harapan
kami agar guru-guru sekalian sentiasa berada dalam lindungan tuhan .

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun daripada saya;

Hendak berburu ke luar kota,


Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
3
Kalau ada lengguni pahit,
Mari ditaruh dalam celepa,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati kami tak lupa.

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai