Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Yang dihormati, Encik Balaweng Turau, Ketua Kampung Long Meraan,


Pastor Eliakim Balaweng,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu William Wan,
Guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
peluang dan kepercayaan untuk menyampaikan ucapan pada pagi ini.
Hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini cukup bermakna buat saya dan rakan-rakan. Walaupun
kami tidak dapat meraikan majlis ini bersama-sama, namun inilah
kenangan yang akan saya abadikan sampai bila-nilam

Covid 19 kini semakin menular dalam kalangan masyarakat kita. Keadaan


ini menyumbang banyak kekangan terutama dalam pembelajaran kami di
sekolah.

Walau bagaimanapun, perjuangan kami dalam menimba ilmu belum


selesai. Sesungguhnya, guru-guru termasuklah staf sekolah telah banyak
membantu kami sepanjang pandemik ini.

Saya dan rakan-rakan berasa amat bersyukur kerana guru-guru serta staf
sekolah sanggup meredah sungai dan hutan setiap minggu semata-mata
untuk mengajar kami. Pengorbanan mereka mengajar kami untuk tidak
berputus asa dalam menuntut ilmu. Bak kata pepatah, jika tidak
dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya. Hanya Tuhan
sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Oleh itu, saya berharap agar rakan-rakan sentiasa ingat akan pengorbanan
guru-guru kita. Janganlah kita seperti kacang lupakan kulit apabila kita
sudah berjaya kelak.

Saya juga berharap agar rakan-rakan seperjuangan saya untuk terus


berusaha dengan gigih dalam menimba ilmu. Sesungguhnya ilmu itu lebih
berharga daripada harta dan wang ringgit.
Kerana ilmulah hidup kita lebih senang,
Kerana ilmulah kita lebih dihormati,
Kerana ilmulah menjadikan kita seorang manusia yang berjaya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan
dan dorongan kepada kami untuk bersekolah. Walaupun kami terpaksa
berjauhan daripada mereka dari Tahun 1 sehinggalah ke Tahun 6, namun
kami berpeluang untuk belajar hidup berdikari.
Terima kasih, ibu.
Terima kasih, bapa.

Akhir kata, saya sebagai wakil kepada murid-murid tahun 6, ingin


memohon maaf atas salah dan silap kami sepanjang kami bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Long Seridan. Saya sudahi ucapan saya dengan
serangkap pantun,
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumla lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai