Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

Asslamualaikum dan selamat sejahtera


(bismillahirahmanirahim dan selawat nabi)

Terima kasih pengerusi majlis,


Yang berusaha, pengetua smk kalumpang, encik yusri bin yasin

Yang dihormati, nama tetamu

barisan guru-guru penolong kanan dan guru-guru yang dihormati,

Yang dikasihi lagi disayang rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusu kepada pihak jawatan kuasa kerja majlis graduasi 2023, kerana
memberi kepercayaan dan peluang kepada saya, mohamad darwisy bin mohamad rizal azuan dari kelas 5 sains untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam majlis penuh makna yang dianjurkan khusus buat kami ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Meskipun saban tahun seumpama ini diadakan, namun setiap penganjuran majlis tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi
kami, majlis graduasi ini merupakan hari yang kami nantikan dengan perasaan yang bercampur baur. Gembira kerana kami sudah hampir ke
garisan penamat dan sedih kerana dalam masa 2 bulan selepas ini, kami tidak lagi akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK
KALUMPANG.

Dalam pada itu, majlis graduasi ini juga merupakan bukti keikhlasan dan komitmen para giri dalam menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai jentera pendidikan dalam menyampaikan ilmu dan pengajaran demi masa hadapan anak bangsa, kerana tanpa guru-guru tiada kami,
tiada ilmu dan maka itu, tiadalah graduasi.

Guru-guru yang kami sanjungi,

Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan pelajar-pelajar seperti kami, guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagi karenah
dan cabaran ; ada yang menyakitkan hati, ada yang menghampakan, ada yang menggembirakan, ada yang melucukan dan ada yang
menyeronokkan.

Segala pengalam pahit manis ditelan dengan penuh sabar, sehingga kami dapat merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar
guru biasa, malah ada yang berperana sebagai ibu dan bapa kepada kami, sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil berat.

Kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian, kerja rumah, modul, kerja kursus, latihan pengukuhan dan
pelbagai tugasan kami akan diperiksa. Ada juga guru-guru yang menggorbankan masa bersama keluarga untuk mengajar kami, tidak kira masa,
termasuklah pada hari cuti.

Pendek kata, soal masa depan kami sering merunsingkan guru-guru sekalian. Selain tunjuk ajar, ada juga guru-guru turut menjadi tempat
rujukan kami untuk meleraikan kekusustan dan segala macam perkara, termasuklah perkara-perkara bersifat peribadi. Guru-guru adalah
segalanya buat kami, terima kasih cikgu!

Inang-inang padi pak dalik


Padi tak sama rupa bunganya,
Sungguh kukenang budi yang baik,
Tidak dilupa selama-selamanya.

Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan
SPM yang akan menjelang beberapa minggu lagi.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, tahniah atas graduasi pada hari ini, tetapi perjuangan kita masih belum selesai. Gunakanlah masa yang
berbaki ini untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh supaya kita dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM nanti, demi ibu
apa, guru-guru dan masa depan kita. Saya ucapkan selamat berjaya untuk semua.

Akhir kata, sebelum saya menyerahkan majlis ke tuan pengerusi majlis, saya selaku wakil pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2023 sekali ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah sudi menabur bakti demi
kecemerlangan hidup kami. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak kami balas, justeru kami serahkan kepada tuhan jua untuk
membalasnya.
Sekian waillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengan rendah hati ingin mengundurkan diri. Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai