Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN.

Terima kasih pengerusi majlis.Yang saya hormati, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Panglima Garang ________________, Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad ___________,
warden-warden asrama, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekaliaN.
Selamat petang dan salam perpadua.Saya _______________ selaku wakil pelajar asrama SMK
Panglima Garang tahun 2014 ingin mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah
berusaha keras mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu
hari nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan ddan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah
nasihat- nasihat daripada guru agar kita akan terus Berjaya.
Hargailah jasa dan sumbanganguru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam
bidang akademik danbergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Rakan-rakan sekalian. Sebagai kapten
asrama aspura dan telah menghabiskan 5 tahun menuntut ilmu di SMKPGAS tercinta ini, saya ingin
menyeru kepada adik-adik sekalian agar tingkatkan usaha adik-adik semua untuk menaikkan dan
mengharumkan nama sekolah dan asrama kita yang tercinta ini diperingkat daerah, bahagiaan, negeri
dan kebangsaan. SMKPGAS yang tercinta ini masih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan
prestasinya sama ada dalam bidang akademik mahupun Ko-kurikulum.
Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua meletakkan kepentingan sekolah dan
asrama sebagai tanggungjawab kita bersama.Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan
jangan terus lupakan sekolah dan asrama kita yang tercinta ini. Ingatlah jasa guru-guru dan
terutamanya warden kita sepanjang kita menuntut ilmu di sini. Buat adik-adik sekalian, perjuangan
tugas untuk menggalas nama baik sekolah dan asrama terletak dibahu bahu adik-adik sekalian.
Junjunglah nama baik sekolah dan asrama kita. Berusahalah untukmeningkatkan prestasi
akademik sekolah kita. Khas buat warden dan guru-guru, Kami memohon maaf andainya banyak
salah dan silap kami sepanjang guru mendidik kami. Budi guru akan kami sematkan sampai bila-bila.
Terima kasih kerana warden dan guru-guru sekalian yang telah mencoretkan warna-warna hidup kami.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai