Anda di halaman 1dari 11

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR


PKP COVID-19

FADILAH BINTI HAMZAH


GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
1
GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PASCA PERATURAN KAWALAN PERGERAKAN
1.0 PENGENALAN
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu peraturan yang dikuatkuasa oleh Kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak
COVID-19 di negara ini. PKP telah dilaksana mulai 18 Mac 2020 dan telah pun dilanjutkan kepada beberapa fasa yang akan
berakhir pada 9 Jun 2020. Fasa seterusnya adalah fasa pemulihan yang bermula dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Sewaktu PKP
berkuasa, semua premis termasuk sekolah telah diarah untuk ditutup. Sehinggalah tempoh PKP tamat, pengoperasian sekolah
akan mangalami fasa baru atau “new normal” yang mana ia beroperasi dengan langkah-langkah yang lebih ketat. Justeru itu, Pusat
Sumber Sekolah juga tidak terkecuali dan setelah PKP tamat, beberapa langkah keselamatan dan berjaga-jaga hendaklah dipatuhi
agar tidak dijangkiti wabak yang merbahaya ini.

Oleh yang demikian, satu garis panduan pengoperasian perpustakaan di seluruh negara telah disediakan oleh kumpulan
perpustakaan perubatan. Memandangkan pengoperasian Pusat Sumber Sekolah adalah mirip kepada pengoperasian perpustakaan,
maka garis panduan ini boleh dijadikan rujukan untuk membantu pentadbir, guru-guru serta warga sekolah dalam mengambil
langkah berjaga-jaga untuk mengamalkan penjarakan sosial, mengurus kesesakan dan meningkatkan amalan penjagaan
kebersihan diri sewaktu berada di Pusat Sumber Sekolah apabila sekolah beroperasi semula setelah PKP tamat. Garis panduan ini
turut membantu dalam meminimumkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dikalangan warga sekolah terutama mereka yang
bertugas di Pusat Sumber Sekolah. Seperti juga perpustakaan diseluruh negara, Pusat Sumber Sekolah juga adalah disarankan
untuk mengguna pakai garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan/serta Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai tambahan kepada garis panduan yang disediakan ini.

Kesimpulannya, garis panduan ini adalah rujukan kepada pihak berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Ia boleh disesuaikan
dengan polisi dan keadaan pengoperasian Pusat Sumber Sekolah mengikut organisasi masing-masing.

2
2.0 OBJEKTIF
Garis panduan ini disediakan untuk membantu petugas di Pusat Sumber Sekolah, guru-guru serta murid-
murid untuk meminimumkan potensi penyebaran wabak COVID-19.

Objektifnya adalah untuk:


a) Mengurang transmisi dikalangan guru-guru, murid-murid, petugas Pusat Sumber Sekolah serta
sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan Pusat Sumber Sekolah, dan
b) Mengekal persekitaran yang sihat sewaktu pengoperasian Pusat Sumber Sekolah

3.0 SASARAN

Garis panduan ini terpakai untuk:


a) Pentadbir sekolah.
b) Guru Perpustakaan dan Media.
c) Petugas Pusat Sumber Sekolah.
d) Semua guru-guru.
e) Semua murid-murid.
f) Semua pelawat Pusat Sumber Sekolah.

3
PENGURUSAN PENGGUNA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PENJARAKAN SOSIAL
Tindakan Penerangan Ringkas
Penjarakan Sosial Memastikan penjarakan sosial 1 meter semasa di dalam perpustakaan
Penggunaan Hand Sanitizer Mewajibkan penggunaan hand sanitizer atau menyediakan kawasan
mencuci tangan dengan sabun
Mengambil dan merekod suhu Mengambil dan merekod suhu badan guru, murid, dan warga sekolah
badan guru, murid dan warga serta pekerja kontrak di pintu masuk perpustakaan
sekolah serta pekerja kontrak, Mencatatkan nama dalam buku log penggunaan
pelawat dan pelanggan Pengguna digalakkan memakai pelitup muka (mask)
Pembersihan dan sanitasi Pekerja kontrak pembersihan melakukan pembersihan mengikut garis
panduan KKM
Susun atur meja Jarak antara meja 1 meter
Bilangan Penggunaan Maksima 30 orang sahaja dalam satu masa

Perkhidmatan Pinjaman buku dan Perkhidmatan Pinjaman bahan ditutup sepanjang tempoh PKP
bahan

4
JADUAL HARIAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

HARI MASA AKTIVITI


ISNIN 8.00 PAGI – 2.00 PETANG Membaca / membuat
latihan/mendapatkan maklumat
SELASA 8.00 PAGI – 2.00 PETANG Membaca / membuat
latihan/mendapatkan maklumat
RABU 8.00 PAGI – 2.00 PETANG Membaca / membuat
latihan/mendapatkan maklumat
KHAMIS 8.00 PAGI – 2.00 PETANG Membaca / membuat
latihan/mendapatkan maklumat
JUMAAT 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI Membaca / membuat
latihan/mendapatkan maklumat
SABTU TUTUP 5
SOP UMUM - KONTAK PENGGUNA
 Membuka kasut sebelum masuk ke perpustakaan
 Masuk ke perpustakaan mengikut pandu arah yang telah ditetapkan
 Tiada aktiviti perbincangan dalam kumpulan
 Makan dan minum di raung yang disediakan dengan menjaga

penjarakan sosial
 Tidak dibenarkan membuat bising, bermain-main yang boleh

mengganggu pengguna lain


 Tiada sebarang unsur kontak terus dengan orang lain
 Tiada peminjaman buku atau bahan perpustakaan

6
SOP PERGERAKAN KELUAR DAN MASUK PENGGUNA
KE PERPUSTAKAAN
 Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
 Digalakkan memakai pelitup muka semasa masuk ke perpustakaan
 Menyediakan kemudahan hand sanitizer di pintu masuk perpustakaan
 Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak 1 meter di
lantai pada tempat hand-sanitizer diletakkan.
 Pelajar dikehendaki mengambil suhu sebelum masuk ke perpustakaan
 Pelajar dikehendaki menggunakan laluan pergerakan masuk dan
keluar yang disediakan

7
PELAN KEDUDUKAN MEJA PENGGUNA

MEJA
KELUAR PENGGUNA

MASUK
RAK BUKU

KAUNTER
SIRKULASI

X
X

8
9
ETIKA KEBERSIHAN DIRI
1. Cuci tangan dengan kerap
2. Elak daripada menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan
yang tidak dicuci.
3. Lindungi batuk dan bersin
4. Buang tisu yang telah diguna ke dalam tong sampah.
5. Proses pembersihan secara rutin perlu diamalkan di dalam premis
Pusat Sumber Sekolah untuk menyingkir debu-debu daripada
permukaan rak buku serta perabot.
6. Sanitasi adalah penting untuk kebersihan diri. Ini perlu dilakukan
setiap hari terutama permukaan yang sentiasa disentuh oleh orang
ramai seperti tombol pintu, suis lampu dan lain-lain permukaan
yang boleh bersentuhan dengan bendalir dari badan.

10
SEKIAN, TERIMA KASIH

11

Anda mungkin juga menyukai