Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK IDEAL HEIGHTS Kod Sekolah: BEA 7609


1. Nama Guru
NORHASNIZA BINTI AZIZ

2. Judul Kerja Bukan Kerana Pangkat 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Selain daripada mencari rezeki, salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi khidmat
kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-
kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan bagi member perkhidmatan yang terbaik.
Setiap perkara yang dibuat itu, sudah tentu akan ada ganjaran sama ada ganjaran sementara
seperti upah, kepuasan diri, penghormatan atau ganjaran kekal seperti balasan nikmat akhirat.
Kesemua bentuk ganjaran itu selalu melingkari pemikiran kita yang terbatas sehingga kita
lupa apakah tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugasan itu. Orang lain tidak tahu apa
sebenarnya yang ada dalam pemikiran kita semasa membuat sesuatu melainkan kita sahaja
boleh memikirkannya secara diam-diam.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku yang dicoretkan ini penuh dengan bukti yang sahih dari ayat Al-Quran dan Hadis. Kita didoronguntuk
mengimbas kembali tujuan utama kita bekerja dan penyataan contoh bagi setiap tajuk diberikandengan gambaran
yang mudah difahami. Penulis juga menyatakan dengan baik cara untuk kitamempertahankann minat pada
pekerjaan, latihan menjelaskan nilai (baik) samada ketika masa kini dan pada zon selesa. Kita didedahkan
dengan pelbagai teknik untuk mewujudkan kepuasan kerja danmengadakan hubungan baik dalam
organisasi
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Kecenderungan untuk terus berusaha bilamana kita berada di landasan yang betul. Guru yangmerasakan diri sudah
berada dalam zon selesa, dapat mengubah cara dan teknik dengan lebih baik untuk memainkan peranan yang
berkesan dalam sebuah organisasi di sekolah. Selain itu, contoh yangdiberikan oleh penulis, dapat menjadi pengajaran
kepada guru untuk lebih berintegriti ketikalaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran. Ini adalah
kerana ganjaran di dunia berupasementara manakala di akhirat kekal abadi dan setiap perkara (amanah) yang kita
lakukan di dunia pastidan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bersama kita terus cemerlangkan mutu kerja
bukan hanyamengharap pangkat atau kerja sekadar rasa untuk merasa gaji di hujung bulan dan menanti masa
(time- based) untuk dinaikkan pangkat. Teruskanlah berkhidmat dan perbaiki niat kita

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai