Anda di halaman 1dari 7

UCAPAN TEKS MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN

BI AGENDA TEKS
L
1 Ketibaan tetamu Diumumkan ketibaan PUAN DYGku MASWATI BINTI AWANGKU
khas IBRAHIM, PENOLONG PENGARAH SEKTOR PENDIDIKAN KHAS BAGI
MEWAKILI KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR PENDIDIKAN KHAS.
Di iringi PEN. KANAN pend khas PN HAFIZAH BINTI AWANG KANAK
dan kem Komandan ke tempat duduk utama.
Semua hadirin diminta berdiri.
2 Nyanyian lagu Bagi memulakan majlis kita pada Petang yang berbahagia ini
NegaraKu dan lagu marilah kita sama-sama menyanyikan lagu NegaraKu dan Lagu
wilayah wilayah, lagu sekolah dan lagu pengakap.

#Hadirin dipersilakan duduk

3 Bacaan Doa Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk itu, dipersilakan Ustaz Badrun Hisyam untuk mengetuai


bacaan doa..dipersilakan.

# Amin.... amin... ya Rabbal alamin....terima kasih atas bacaan doa


itu tadi.

Bacaan ikrar Dipersilakan adik Eryna untuk mengetuai bacaan ikrar pengakap.
pengakap
4 Ucapan aluan Mencari timba si anak dara
Pengerusi Majlis Dibawah sarang burung tempua.
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum,Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang berbahagia

Yang dihormati YDP PIBG Sk. Pantai


EN MOHD RUZAIMI BIN IBRAHIM

Yang Berusaha PEN KANAN PEND


KHAS PN Hafizah binti AWG KANAK

Yang dihormati Kem komandan Perkhemahan Unit Beruniform


PENGAKAP PPKI SK PANTAI, EN Ahmad Syiham

, ahli jawatankuasa Pelaksana, serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah


kurnianya kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis Penutup
Perkhemahan unit beruniform pengakap PPKI sk pantai
Saya selaku wakil AJK Pelaksana Perkhemahan unit beruniform
pengakap Sk pantai amat mengalu-alukan kedatangan
semua hadirin ke majlis penutup ini.

Hadiri yang dihormati,

Seperti yang kita sedia maklum, Perkhemahan ini telah


berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 27-28 oktober 2023.
Sepanjang perkhemahan ini banyak aktiviti yang telah di jalani oleh
murid- murid seperti aktiviti persembahan malam kebudayaan,
aktiviti rentas berhalangan, , masakan rimba, dan sebagainya.

Semua ini bersesuaian dan sejajar dengan objektif yang ingin


dicapai iaitu :

1. Melahirkan murid-murid PPKI yang bersemangat, yakin serta


mampu menghadapi segala cabaran hidup walau berada dalam
situasi apa jua pun.
2. Memberikan kesedaran kepada murid PPKI tentang
pentingnya pengurusan masa yang betul dan sentiasa
bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
3. Memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping
memberi gaya imej kepimpinan yang dihormati dan disegani di
sekolah.
4. Sentiasa menghormati rakan dan patuh kepada arahan ketua
serta mewujudkan hubungan tali persaudaraan yang lebih erat.

6 Ucapan Guru Besar Seterusnya saya menjemput PN Hafizah binit Awg Kanak, PEN KANAN
PEND. khas
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

# Terima kasih atas ucapan itu tadi


7 Ucapan perasmian Hadirin yang dirahmati sekalian

Pergi ke kota beli selasih


Sayang si dara senyum tertawa
Kata azimat simpulan kasih
Sulamkan Mesra, satukan jiwa.

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian


penutup yang akan disampaikan oleh

PUAN DYGku MASWATI BINTI AWANGKU IBRAHIM, PENOLONG PENGARAH


SEKTOR PENDIDIKAN KHAS BAGI MEWAKILI KETUA PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS

# Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tadi.

GIMIK PERASMIAN
Tak lengkap majlis kita pd ptg ini tanpa gimik perasmian
penutupan.Majlis mempersilakan

VIDEO MONTAJ Majlis diteruskan lagi dengan persembahan video montaj aktiviti yang telah
AKTIVITI dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung.
PERKHEMAHAN

Penyampaian Hadirin yang dihormati.


8 hadiah
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah
kepada peserta yang bertungkus lumus menjalani aktiviti
pertandingan sepanjang perkhemahan dijalankan serta sesi
penyampaian sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan.

Sblm itu, dijemput PN DYGKU MASWATI diiringi PEN KANAN


PEND KHAS untuk menyampaikan hadiah kpd peserta.

# RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG

# Terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi

PERSEMBAHAN Dijemput kumpulan 4 yang memenangi persembahan malam


KUMPULAN kebudayaan untuk membuat persembahan khas pada petang ini.
PEMENANG MALAM
KEBUDAYAAN

Penyampaian sijil Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta perkhemahan.
9 penyertaan kepada Penerima pertama, dipersilakan....................................................
peserta (baca list)
Perkhemahan.

10 Kata penutup dan


jamuan Oleh itu berakhirlah majlis perasmian penutup kita pada hari ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada hadirin
sekalian kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis
perasmian penutup perkhemahan pada kali ini.

Anda mungkin juga menyukai