Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444

PERINGKAT SEKOLAH – SK DESA AMAN

1.PENDAHULUAN

Maal Hijrah dari sudut bahasa ialah sama-sama berpindah manakala dari segi istilah
pula ialah berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara positif
kepada perkara yang afdhal. Justeru itu penghayatan cara hidup Islam yang sebenar perlu
ditanam di dalam jiwa setiap warga SK Desa Aman bagi menghasilkan kehidupan yang lebih
bahagia di dunia dan akhirat.

2.RASIONAL

Dalam program keagamaan yang disiarkan di kaca tv terutama apabila tibanya bulan
Muharram atau Maal Hijrah terdapat banyak ceramah serta kuliah yang membincangkan
tajuk tentang Hijrah ini. Ceramah dan kuliah seperti ini mengajar kita untuk menghayati
perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
Tajuk ini juga boleh menjadi motivasi kepada pelajar dalam menuntut ilmu dan perubahan
akhlak dalam mendapatkan keredhaan Allah.

3.OBJEKTIF

3.1 Pelajar dapat memahami maksud hijrah yang sebenar


3.2 Mengetahui jalan cerita penghijrahan Rasulullah dan para sahabat
3.3 Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah.

4.TARIKH

12 September 2022 Hari Jumaat (14 Muharram 1444 Hijrah)


8.30pg – 10.30pg

5.TEMPAT

Dewan Terbuka SK Desa Aman.

6.SASARAN

Murid Islam Tahun 4,5 dan 6.

7.JAWATANKUASA PROGRAM MAAL HIJRAH

Penasihat : En. Shahidan bin Hj. Said ( Guru Besar )


Pengerusi : En. Norherman Shah bin Mohd Ansor ( PK Pentadbiran )
Timb. Pengerusi : En. Mazlan bin Imam ( PK HEM )
Naib Pengerusi 1 : En Abdul Halim bin Wan Hassan (PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 2 : Pn Anum binti Sagaf ( PK Petang )
Ketua Panitia : Ustaz Mohd Fairus B Ismail
Penyelaras Program : Ustaz Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman
Timb. Penyelaras : Ustazah Norwati Bt Imammuhairi
Setiausaha : Ustazah Majida binti Selidin
Bendahari : Ustazah Dayang Supia Bt Darmawi
AJK KERJA

Persiapan Tempat : Ust Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman


Pengerusi Majlis : Ust Khairil Aswan bin Hara Bayni
Pertandingan Kuiz : Ustzh Rosnita bt Ismail
Hadiah Murid : Ustzh Nurul Zakiah bt Ab Rahman
Disiplin Murid : Ustzh Normala bt Taib
Ustzh Majida bt Selidin
Ustzh Wan Halimah bt Wan Abdullah
Ust Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman

8.ATURCARA PROGRAM

7.30pg – 8.00pg : Murid masuk kelas/Guru kelas ambil kehadiran


8.00pg – 10.00pg : Murid berkumpul di Dewan Terbuka.
Ceramah Maal Hijrah Bermula
Sesi soal jawab bersama penceramah

10.00pg – 10.30pg : Kuiz Maal Hijrah dilaksanakan

9.ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan :

PCG Panitia Pendidikan Islam : RM300.00


Kegiatan Islam dan Moral : RM130.00

Perbelanjaan :

Saguhati Penceramah : RM250.00


10 hadiah kuiz Tahun 4 : RM100.00
10 hadiah kuiz Tahun 5 : RM100.00
10 hadiah kuiz Tahun 6 : RM100.00

JUMLAH : RM550.00

10.PENUTUP

Semoga usaha murni mengingati sirah perjuangan Rasulullah dalam peristiwa hijrah
ini mendapat sokongan dari semua pihak. Mudah-mudahan juga seluruh umat Islam
berusaha untuk berubah dari tabiat mazmumah kepada akhlak mahmudah, khususnya
kepada warga SK Desa Aman. Seterusnya marilah kita sama-sama beristiqamah dan
beriltizam untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang mendapat keredhaanNya di dunia
dan akhirat.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

(Kamarul Aifin b. Kamarudzzaman) (Us. Mohd Fairus B Ismail)


Penyelaras Program Ketua Panitia Agama Islam

Anda mungkin juga menyukai