Anda di halaman 1dari 6

Laporan Kejohanan Balapan & Padang Kejohanan olahraga Tahunan Tahun 2014

NAMA AMBILAN

: Mohd Aziman Bin Mohd Khairudin : Januari 2012

SEMESTER : 5 OPSYEN TARIKH TEMPAT : PISMP BM/PJ/PM : 20 Mac 2014 : Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Laporan Reflektif : Laporan Kejohanan Tajuk : Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

(A) Laporan Aktiviti & Peristiwa Pada 20 Mac 2014 bersamaan dengan hari Khamis, guru-guru pelatih dari opsyen 5 PISMP telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temnggong Ibrahim (IPGKTI), Johor. Kejohanan Sukan Balapan dan Padang IPGKTI Johor Bahru merupakan antara acara tahunan yang diadakan setiap tahun. Kejohanan Olahraga Tahunan ini penting dan menjadi tradisi di IPG ini kerana aktiviti ini menjadi medium penting bagi mencungkil bakat dan menggilap potensi pelajar di samping memilih pelajar untuk mewakili Kampus Temenggong Ibrahim Johor

Bahru dalam Kejohanan Olahraga ke Peringkat Kebangsaan. Kejohanan Sukan Kali Ke-47 ini menjadi medan pertemuan antara seluruh warga IPG KTI. Kejohanan ini juga akan menjadi satu medium pengukuhan ukhwah di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya. Guru-guru pelatih telah berkumpul di hadapan Astaka padang IPGKTI sekitar pukul 7.15 pagi pada hari kejohanan untuk pendaftaran nama dan kehadiran . Bermula 7.45 pagi para tetamu dan jemputan telah berkumpul di padang IPG KTI dan para peserta perbarisan rumah sukan telah mengambil tempat masing masing bagi memulakan perbarisan. Sekitar jam 8.00 pagi tibanya Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Akademik, Dr Mazlan bin Aris selaku tetamu kehormat dengan diiringi bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit IPGKTI. Setibanya Timbalan Pengarah di padang, majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Bangsa Johor dan semaian subur. Usai nyanyian lagu, majlis diteruskan dengan upacara lintas hormat daripada Unit Unit beruniform dan ahli rumah sukan yang didahului oleh Rumah Biru diikuti Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Kejohanan Balapan dan Padang diteruskan dengan salutasi daripada wakil daripada setiap rumah sukan yang kemudiannya diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola (insert name here), member ucapan alu aluan. Kemudianya dijemput Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Akademik, Dr Mazlan bin Aris memberi Ucapan Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang, Kejohanan Olahraga Tahunan dan upacara simbolik perasmian. Selesai upacara simbolik, upacara menaikkan bendera kejohanan dijalankan di tengah padang dan bacaan ikrar kejohanan daripada wakil pelajar bermula. Perbarisan keluar padang bermula selesai bacaan ikrar mengikut turutan perbarisan. Jam 9.15 pagi Sekolah Pulai Perdana melakukan persembahan senamrobik. Senamrobik ini adalah hasil sumbangan dan jasa baik daripada SK Pulai Perdana. Pada 9.20 pagi Pegawai Kejohanan melakukan persiapan alatan bagi kegunaan kejohanan dan atlet atlet yang terlibat turut bersiap sedia. Tepat jam 10.35 pagi secara rasminya acara Kejohanan Olahraga Tahunan bermula dengan acara lari 100 meter lelaki diikuti acara lari 100 meter perempuan. Kemudiannya diikuti dengan acara lompat

tinggi lelaki dan acara lompat tinggi perempuan. Acara acara lain telah selesai dipertandingkan pada hari sebelumnya. Majlis berhenti rehat pada jam 11.00 pagi dan ini diisyaratkan oleh persembahan senamrobik di hadapan astaka. Pada jam 12.30 tengah hari kami bersiap sedia untuk Majlis Penutupan dimana tetamu dan pelajar mengambil tempat dan bersedia. Wakil daripada setiap rumah sukan melakukan upacara solutasi dan Majlis Penyampaian hadiah berlangsung sejurus selepas itu. Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Akademik, Dr Mazlan bin Aris memberi ucapan Perasmian Penutupan dan upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan
penyerahan Bendera Kejohanan kepada Timbalan Pengarah Akademik sebagai tanda

penutupan majlis. Nyanyian Lagu Negaraku berkumandang mengakhiri majlis dan kami
bersurai. 5 PISMP ambilan Januari 2011 dan beberapa sukarelawan bekerjasama melakukan aktiviti mengemas padang dan peralatan yang digunakan. Senarai semak peralatan dikemaskini dan disemak semua bagi memastikan tiada kehilangan dan segala peralatan yang rosak dilaporkan.

Figure 1 Perbarisan Rumah Sukan

Figure 2 Senaman Aerobik

Figure 3 Atlet Rumah Sukan

Figure 4 Pendaftaran Pelajar

Figure 5 Upacara menaikkan Bendera

Figure 6 Persembahan

Figure 7 Ucapan Wakil Pelajar

Figure 8 Majlis Penyampaian Hadiah

Isu / Masalah Kejohanan ini telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah besar sehingga menyebabkan Kejohanan ini terpaksa dibatalkan atau ditangguh ke hari lain. Timbul beberapa masalah kecil dan faktor cuaca tetapi dapat diselesaikan berkat kewibawaan ahli ahli jawatankuasa.

(B) Analisis Strenth, Weakness, Opportunity, Threat (SWOT)

I.

Kekuatan Siswa dan siswi guru 5 PISMP dapat mendalami pengurusan sebuah kejohanan secara lebih efektif dan terancang. Mendapat sambutan mesra dan sokongan daripada warga IPGKTI walaupun bilangan yang kecil. Menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh dirancang untuk peserta peserta. Dapat melihat hubungan mesra yang terjalin sesama warga IPGKTI.

II.

Kelemahan Tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Pengarah IPGKTI. Tidak ada kesempatan untuk bergaul mesra dengan tetamu tetamu jemputan. Timbul isu kekurangan ahli jawatankuasa dan peserta kerana bilangan warga IPGKTI yang tiada di kampus.

III.

Peluang Berpeluang untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga dan mengetahui pengurusan dan pentadbiran kejohanan tersebut. Mendapat pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah Kejohanan Tahunan.

IV.

Ancaman Atlet, pegawai dan pemerhati berisiko mengalami kecederaan sekiranya tidak mematuhi arahan marshal yang bertugas dan tidak berhati hati semasa dan ketika berada di padang.

Anda mungkin juga menyukai